CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Besarkan Anak Jadi Samseng Ke?"-Ibu Dikecam Buat Tatu Pada Badan Bayi

18-5-2022 07:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1394| Komen: 9

Description: WEST PALM BEACH, FLORIDA – Seorang pereka fesyen dari negeri Florida, Amerika Syarikat tular di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada badan bayi lelakinya, lapor laman Oddity Central. ...
WEST PALM BEACH, FLORIDA – Seorang pereka fesyen dari negeri Florida, Amerika Syarikat tular di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada badan bayi lelakinya, lapor laman Oddity Central.


Shamekia Morris, 29, dari bandar West Palm Beach mula membuat tatu sementara pada badan anak lelakinya, Treylin ketika dia berusia enam bulan. 

Sejak itu, ia menjadi satu kebiasaan dan gambar anaknya yang bertatu dikongsikan kepada beribu-ribu peminat di media sosial termasuk TikTok dan Instagram. 


Foto: Oddity Central

Walaupun kesannya dilihat agak menarik, sesetengah pengguna sebaliknya memanggil Morris sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.


“Saya mendapat banyak maklum balas, mereka berkata bahawa saya membesarkan anak untuk menjadi samseng. Mereka tidak biasa melihat seorang bayi bertatu.

“Kritikan itu amat mengerikan. Ia menyakiti perasaan saya kerana saya tahu saya bukan seorang ibu yang jahat,” jelas Morris.  

Wanita itu tidak bercadang untuk mengubah gaya hidupnya dalam masa terdekat. Dia yakin bahawa dia adalah seorang ibu yang baik kepada Treylin dan tidak bercadang untuk berhenti membuat tatu sementara kepada bayi itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-5-2022 10:28 AM
sementara je pon. kecoh aaaa
Quote rosedemon 18-5-2022 10:28 AM
sementara je pon. kecoh aaaa
Quote plasterhati 18-5-2022 11:32 AM
Walaupun tattoo sementara, tetap buruk
Quote Artemesiaa 18-5-2022 01:59 PM
Macam mana acuan macam tu kuehnya
Quote sukacactus 18-5-2022 09:51 PM
Hilang rupa baby
Quote Tinot7 18-5-2022 10:00 PM
Buyuk la...
Quote dani-rox 18-5-2022 11:05 PM

Quote sharlenetexas 18-5-2022 11:11 PM
Ingredients tu tak bahaya ke utk baby?

Quote mdhelmi 19-5-2022 08:11 AM
tiktokers kan memang suka buat benda pelik semata untuk content

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.128598 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top