CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Betul Ke Drama Sekarang Banyak Mesej Negatif?

17-5-2022 01:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2388| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Sejak industri seni hiburan tanah air dibenarkan untuk beroperasi semula, syarikat produksi serta semakin rancak meneruskan projek yang sebelum ini tertunda gara-gara terikat dengan Perintah Kawalan P ...

Sejak industri seni hiburan tanah air dibenarkan untuk beroperasi semula, syarikat produksi serta semakin rancak meneruskan projek yang sebelum ini tertunda gara-gara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pun begitu, sejak kebelakangan ini stesen-stesen televisyen kembali meriah dengan pelbagai pilihan drama yang menjadi hiburan kepada penggemar karya tempatan. Antara rantaian episod yang sedang menjadi sebutan adalah 7 Hari Mencintaiku musim ketiga, Nusyuz Berkiblat Cinta, Jangan Menangis Cinta dan Dendam Seorang Isteri.

Bagaimanapun, pelakon yang popular pada era 1980-an, Fatimah Yassin berpendapat bahawa karya-karya yangt disajikan pada masa kini lebih banyak menyelitkan unsur negatif melalui paparan watak yang disifatkan tidak sesuai untuk tontonan golongan generasi muda.

Fatimah Yassin (Sumber BH Online)

Memetik laporan Berita Harian, walaupun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan kerana mengalami masalah osteoporosis, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama PJ Holdings dan Idaman itu masih lagi mengikuti perkembangan industri yang diceburinya sejak tujuh dekad lalu.

"Sehingga ke hari ini saya masih mengikuti perkembangan dunia seni terutama drama Melayu. Bagaimanapun, saya kurang berkenan apabila sesebuah karya itu banyak menonjolkan paparan watak isteri derhaka terhadap suami.

"Ada adegan isteri melawan cakap dan marahkan suami tapi si suami pula hanya diam membisu walaupun si isteri sudah meninggikan suaranya. Tidak dinafikan ada mesej positif yang cuba disampaikan namun apabila terlalu kerap dipaparkan bimbang menjadi contoh tidak baik terutama kepada generasi muda," katanya kepada BH Online.


Ditanyakan pendapat mengenai penghasilan drama yang berlatar belakangkan dunia korporat, wanita berusia 83 tahun itu memuji usaha yang dilakukan namun berharap agar karya tersebut masih lagi mendapat sentuhan tempatan.

Melihat daripada penulisan skrip, Fatimah menyedari bahawa dialog yang diucapkan bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan pemilihan pelakon yang kebanyakannya berwajah pan-Asian.


"Apa yang saya lihat, ramai pelakon pada masa kini yang berwajah pan-Asian. Mereka memang cantik tetapi adakalanya saya keliru kerana pelakon yang membawakan watak sebagai ibu bapa pula berwajah Melayu, anak pula pan-Asian.

"Susah hendak jumpa pelakon yang berwajah Melayu asli. Kalau ada pun mungkin disebabkan pembabitan pelakon senior, " katanya ibu kepada sepasang cahaya mata dan nenek kepada tiga orang cucu itu.

Dalam pada itu, Fatimah turut menitipkan pesanan dan nasihat agar pendatang baharu yang ingin membina kerjaya sebagai pelakon harus belajar menepati masa dan berdisiplin. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 17-5-2022 01:49 PM
mmg realitinya....we are living in a toxic environment....
Quote deebiz14 17-5-2022 02:17 PM
Konon nak mempaparkan keadaan realiti sekarang.

Tapi mrepek la jugak asik paparkan perempuan2 yg tak bermaruah cam sanggup menggadaikan diri  terpregnant ngan lakik orang atau prangkap ngan jantan orang demi nak balas dendam atau saje nak share2 kote; macam watak2 bingai citer 7HM Season 1 smpi ke 3 tu.

Quote stingeramdhan 17-5-2022 02:19 PM
cantthinkofany replied at 17-5-2022 01:49 PM
mmg realitinya....we are living in a toxic environment....

The Hard truth that has become the new norm.....
Quote cantthinkofany 17-5-2022 03:01 PM
stingeramdhan replied at 17-5-2022 02:19 PM
The Hard truth that has become the new norm.....

exactly.....the menjijiks kan menjadi idola...orang memperbodohkan diri menjadi ikutan....mencuri duit berbillion masih dipuja.....mencuri susu untuk bagi anak makan dipenjara.....soooo.....we are too complacent that we need some diversion to the right way of living.....
Quote stingeramdhan 17-5-2022 03:33 PM
cantthinkofany replied at 17-5-2022 03:01 PM
exactly.....the menjijiks kan menjadi idola...orang memperbodohkan diri menjadi ikutan....mencuri  ...

So what is the right way of living? ....Living the life of The modern days robin hood....is the way of life today?

Aku sedut berbillion lemon.....aku "pulangkheun" semula sebahagian daripadanya kepada rakyat dlm bentuk BRAM BRIM BROOM atau hibahkheun sedikit dari "usaha" "rompakan terpimpin " aku tersebut so boleh eradicate sebahagian jika tidak  all of the conscience of guilt in me?



Quote cantthinkofany 17-5-2022 04:57 PM
stingeramdhan replied at 17-5-2022 03:33 PM
So what is the right way of living? ....Living the life of The modern days robin hood....is the wa ...

first kena tau definition "right" tu...once we know the definition then we know the direction....once we know the objective then we know the plan to achieve.....right for me may not be right for you....and vice versa....

yes still ada....tapi dulu robin hood style 10-90......la ni...robin hood style 90-10....ada la jugak walau sikit.....amik 20 ribu....bayar denda 5 ribu...gitewwwwww
Quote ally9970 17-5-2022 05:00 PM
7HM , berapa ramai watak perempuan nak berebut laki orang
Quote chandrahusin 17-5-2022 05:47 PM
tengok la drama2 RTM
elok je aman2
jalan cerita pun elok
klu kat channel 113
ulang balik drama2 80s
best cerita dulu2
ada drama Al-Kahfi
kisah 3 pemuda terperangkap dlm gua
drama Keramat
kisah org puja kubur
mlm tadi ada Guru Yahya
ada jgk pengajaran
sejak bila eh drama Melayu
asik la kisah berebut lelaki
aku tak suka drama pukul 7 TV3
ramai yg terjerit2
entah la apasal
Quote Nenasketum 17-5-2022 05:53 PM
Lain nya roper Fatimah Yassin walau drama tu arwah aboh aku yang mengarah. Dedulu rambut kepok kepok.
Quote hayrin86 18-5-2022 09:28 AM
ally9970 replied at 17-5-2022 05:00 PM
7HM , berapa ramai watak perempuan nak berebut laki orang

Kan.. Tgk Berita TV9, Nadi Arena dan Awani 7.45 aje la kalau tak suka drama jam 7..

Quote salimrock 18-5-2022 09:35 AM
cantthinkofany replied at 17-5-2022 01:49 PM
mmg realitinya....we are living in a toxic environment....

kan? sebab tu la aku rasa ramai orang melayu tgk korean, american, hollywood, bollywood

cth cm aku tgk citer hindustan yg lst week walopn tak tgk abis, tapi si perempuan tu tak de la smpai pregnant luar nikah, kong kek dgn bapak dsbnya


citer melayu mmg la pakai tudung, sopan bagai, tiba2 pompuan tu kena kongkek, pregnan, kon kek dgn bapak la, apa la...

ntah apa2 citer melayu ni, modal kon kek je...

jgn dedah aurat, jgn isap dadah, jgn minum arak,

tp kong kek boleh, pancut dalam plak tu, orang pakai la kondom, kalo tak  pancut dalam takkan pregnan kan pompuan tu? itu la mese yg wa dgr, atau tgk sedikit dr cerita melayu di sepanjang bulan ramadhon yg mulia ini
Quote salimrock 18-5-2022 09:37 AM
ada la sekali tetamu di rumah open house cerita kisah pak samad dgn anak dia yg pregnan,

aku tak tgk citer pn aku tau jawab..

eh mcm mana anak pak samad tu pregnan

wa jawab: kena main la tu, sebab air mani masuk dlm ovum...

Quote ShadowValiz 8-6-2022 04:54 PM
taktaulah mungkin
Quote Madel 8-6-2022 05:06 PM
Drama dendam sorg isteri tu tak ada ke pihak berwajib/finas memantau ke
Bukan semua drama luarnegara sesuai utk diadaptasi.,lebih2 lgi yg melibat kan agama.
Contoh watak Fasha tu..Amira/Lissa
Dlm Islam sah kah jika berkawen dgn org yg memalsukan identiti.?..
Dlm sijil nikah nama Malissa tpi identiti sebenar dia is Amira..
ke aku yg jahil agama.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059024 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top