CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Keluang Man Live Action, Siapa Layak Bawa Watak Utama?

24-5-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6915| Komen: 56|Original author: Tatod

Description: Semalam, Gempak melaporkan pihak Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd bagi menerbitkan fil ...

Semalam, Gempak melaporkan pihak Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd bagi menerbitkan filem aksi pertama Keluang Man.

Lebih dua dekad lalu, siri animasi legenda Malaysia ini suatu ketika dahulu amat popular dan menjadi fenomena dalam masyarakat tempatan. Animasi adiwira yang diilhamkan oleh Allahyarham Haji Kamarudin Ismail bersama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Datuk Hj Mohd Noor pertama kali disiarkan pada 1998.

Netizen terutama mereka yang membesar menonton animasi berkenaan menyambut baik usaha Astro Shaw mengangkat kartun kegemaran ramai itu ke layar perak. 

Rojak Daily menerusi Twitter mengajukan pertanyaan mengenai selebriti yang layak melakonkan karakter Keluang Man. Menarik perhatian ramai, netizen mulai menyarankan beberapa nama aktor yang dirasakan sesuai memegang watak utama.


 

Antara pelakon yang turut menjadi sebutan ialah Shaheizy Sam dan Zahiril Adzim. Tidak hanya watak Keluang Man, netizen turut mencadangkan Bell Ngasri atau Achey melakonkan karakter Tiong Man dan Nad Zainal sebagai wartawan dalam kisah animasi berkenaan.



Berdasarkan cerita animasi, Keluang Man sebenarnya adalah seorang pesakit di sebuah hospital mental di Tumpoi secara tiba-tiba berubah menjadi adiwira membanteras jenayah pada waktu malam dibantu oleh rakannya, Tiong Man.

Keluang Man tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib namun memiliki kelebihan seperti ilmu persilatan, naluri yang kuat serta kejujuran yang tinggi. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-5-2022 01:44 PM
Meols nak pilih Jep & Soeb, tapi Soeb macam acah-acah cool man skrg, style orang kaya, dah tak kelakar...terpaling sedih.. So, meols cadangkan Jep dengan Bell Ngasri...Bell macam comel-comel blur kelakar.... Jep memang watak, suara & gaya cakap macam real Keluang Man... nak pilih Beto, Beto method sangat... hihihihi
Quote bulalof 24-5-2022 01:50 PM
bell ngasri tu dah tentu sesuai jadi side kick kluang man.
Quote rbmy 24-5-2022 01:57 PM
prince_marhaen replied at 24-5-2022 01:44 PM
Meols nak pilih Jep & Soeb, tapi Soeb macam acah-acah cool man skrg, style orang kaya, dah tak kelak ...

soeb jgnlah sibuk dia tak best dah nengok muka dia pun mcm kontrol macho je skrg ntah la kenapa...
Quote maxim 24-5-2022 01:59 PM
semestinya hairul azreen
Quote pembacagosip 24-5-2022 02:00 PM
bulalof replied at 24-5-2022 01:50 PM
bell ngasri tu dah tentu sesuai jadi side kick kluang man.

yess bell layak tiong man. pehal plak kazar tu. Ayooo x nak la. Pastu Nazimah alahaiiii
Quote pembacagosip 24-5-2022 02:01 PM
maxim replied at 24-5-2022 01:59 PM
semestinya hairul azreen

hahahhahahhha cukup2 la. ni bukan arahan member baik dia kan. maaf dia x tercalon
Quote stingerumble5 24-5-2022 02:05 PM
KAYUman korang langsung tak pandang kewww?

Cian daditimoh tau...


Kahkahkahkahkah
Quote kakakko 24-5-2022 02:09 PM
Yes Jep sesuai jadi Keluang Man.. Bell pun okaylah sementelah Soeb dah busy.  
Quote aammyy 24-5-2022 02:23 PM
Yang pasti Tiong Man - Bell Ngasri. Cerita ni walaupun aksi, dia kena ada lawaknya sebab Kluangman ni asalnya pesakit mental. Kalau ambik Beto macam tak kena la. Tak pernah tengok dia berlakon komedi.
Quote aammyy 24-5-2022 02:24 PM
Ada orang obses dengan kayu eh kat sini? Dahsyat eh kayu pun jadi.
Quote mamajawie 24-5-2022 03:02 PM
prince_marhaen replied at 24-5-2022 01:44 PM
Meols nak pilih Jep & Soeb, tapi Soeb macam acah-acah cool man skrg, style orang kaya, dah tak kelak ...

iollss setuju sangat2 Jepp feat. Bell..

Quote She-Ra 24-5-2022 03:08 PM
jep dan bell ngasri sehsuwaiiii sangattt
Quote salimrock 24-5-2022 03:11 PM
bulalof replied at 24-5-2022 01:50 PM
bell ngasri tu dah tentu sesuai jadi side kick kluang man.

dulu dia sidekick cicak man kan?
Quote SherryZass 24-5-2022 03:12 PM
maxim replied at 24-5-2022 05:59 AM
semestinya hairul azreen

hahaha..out of list tu chuolls, tak tercalon dan memang tak selayaknya dicalonkan
Quote adeqbun 24-5-2022 03:13 PM
Bront pon ok ..bg skrip kelakar .klakar la die jdnye ..tiongman lock utk bell..jgn org lain
Quote ketambangkang 24-5-2022 03:14 PM
zizang pon ok
Quote harisbee 24-5-2022 03:39 PM
Zizan dan johan/bell
Quote bluecrystal 24-5-2022 03:44 PM
dulu2 terbayang jep ngan shuib..tapi sekarang tak bape sesuai dah

aku vote mamat ex sepah jadi keluang
amirreka jadi tiong..diorang kan bespren..kat fb ada je membahan berdua ni
Quote shahirakay 24-5-2022 03:45 PM
bulalof replied at 24-5-2022 01:50 PM
bell ngasri tu dah tentu sesuai jadi side kick kluang man.

sama pendapat dengan ai olls. ai suka kombinasi amerul @ bell. amerul sebagai kluang man tapi keluang man tinggi. amerul tinggi tak?

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066632 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top