CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Akibat Serangan Jantung Ketika Tanam Mayat Kekasih Dicekiknya

13-5-2022 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1155| Komen: 8

Description: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) maut akibat serangan jantung di halaman rumahnya di Carolina Selatan ketika menanam mayat wanita yang dicekiknya, lapor pihak berkuasa tempatan.Syerif Daerah ...
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) maut akibat serangan jantung di halaman rumahnya di Carolina Selatan ketika menanam mayat wanita yang dicekiknya, lapor pihak berkuasa tempatan.


Syerif Daerah Edgefield Jody Rowland dan Koroner Daerah David Burnett dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di bandar Trenton.


Kredit foto: Daily Mail

Mangsa adalah Joseph McKinnon berusia 60 tahun.

"McKinnon tidak mempunyai tanda trauma dan disyaki meninggal dunia akibat dan punca semula jadi.


"Ketika menyiasat kematian dan memaklumkan kepada waris, mayat kedua ditemukan di dalam lubang yang baru digali," katanya dalam satu kenyataan.

Patricia Ruth Dent, 65, dari alamat yang sama dilaporkan meninggal dunia akibat perbuatan khianat.

Dent ditemui terikat dan dibungkus dalam beg sampah di lubang dengan siasatan dijalankan bagi mengenalpasti punca kedua-dua kematian.

Keterangan dan kenyataan saksi menunjukkan bahawa McKinnon menyerang Dent di rumah mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 13-5-2022 02:57 PM
agaknya mati terkejut tgk hantu wife dia kot.
Quote gangerina 13-5-2022 04:02 PM
ohemgee....karmaa
Quote gangerina 13-5-2022 04:02 PM
ohemgee....karmaa
Quote Artemesiaa 13-5-2022 04:07 PM
Cash sudah sama2 berubah alam
Quote Decaffeinated 13-5-2022 05:51 PM
Mesti terkejut kekasih dia bila jumpa dia di alam barzakh. Eh ko pun dah mati ka, bila?

Quote sukacactus 13-5-2022 08:08 PM
Edited by sukacactus at 13-5-2022 08:09 PM

If we go down, then we go down together
Quote jazaa100 13-5-2022 08:48 PM
Decaffeinated replied at 13-5-2022 05:51 PM
Mesti terkejut kekasih dia bila jumpa dia di alam barzakh. Eh ko pun dah mati ka, bila?

Ada lak mcm tu......

Gf dia kata - padan muka, kau bunuh aku....kau pun mati jugak......
Quote hasniey 13-5-2022 08:52 PM
Ni mesti hantu gf dia dtg serang dia.pdn muka  mati jgk

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.247220 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top