CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Eksekutif Apple Letak Jawatan Sebab Kena Kembali Ke Pejabat

13-5-2022 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1293| Komen: 25

Description: Ada banyak faktor mempengaruhi keputusan seorang pekerja untuk berhenti kerja, namun seorang eksekutif Apple Inc menggunakan alasan polisi kembali ke pejabat untuk meletak jawatan.
Ada banyak faktor mempengaruhi keputusan seorang pekerja untuk berhenti kerja, namun seorang eksekutif Apple Inc menggunakan alasan polisi kembali ke pejabat untuk meletak jawatan.


Ian Goodfellow, pengarah program Apple Machine Learning yang menyertai syarikat pada April 2019, telah bertindak untuk meletak jawatan sebagai protes kepada polisi kembali ke pejabat yang diperkenalkan.



Menurut email dihantar Goodfellow kepada Apple, punca utama kepada peletakan jawatan tersebut adalah kerana beliau merasakan pasukannya lebih fleksibal bekerja dari rumah daripada memasuki pejabat.

Umumnya, Apple melaksanakan polisi kembali ke pejabat bermula 11 April secara berperingkat, namun setelah 2 tahun bekerja di rumah terdapat segelintir pekerja syarikat berasa ralit untuk kembali kerana sudah berasa selesa bekerja dari rumah.

Sebagai makluman, Apple adalah syarikat pertama mengarahkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah pada Mac 2020, sebaik virus Covid-19 mulai mengganas dan merebak ke seluruh dunia.

la merupakan 1 keputusan drastik kepada syarikat yang mengamalkan amalan kerja kerjasama secara peribadi dan memfokuskan pembangunan produk perkakasan baharu oleh pekerja di pejabat.

Kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook telah membuat keputusan untuk memperkenalkan polisi kembali ke pejabat secara berperingkat mulai 11 April tahun ini dikenali sebagai Hybrid Working Pilot.

Hybrid Working Pilot akan menyaksikan pekerja perlu kembali ke pejabat sehari dalam seminggu pada 3 minggu pertama, kemudian 2 hari seminggu pada minggu seterusnya.
 
Seterusnya 3 hari seminggu menjelang 23 Mei, dengan pilihan hari bekerja dari rumah pada Rabu dan Jumaat.

Sungguhpun begitu polisi tersebut menerima tentangan kuat oleh para pekerjanya yang menganggap undang-undang itu tiada fleksibiliti yang baik selain mengundang rasa takut.

Sehingga kini pihak Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai penentangan berterusan terhadap polisi yang diperkenalkan
itu.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 13-5-2022 02:33 PM
Ya. banyak company yang boleh offer yang tidak perlu ke pejabat
Quote kyrana 13-5-2022 02:50 PM
Ramai yg boleh kerja WFH asalkan ada line internet laju untuk akses vpn.

Aman2 lagi wfh sehari dalam seminggu je kena g ofc. Rasa tak sanggup dah hadap jem lps era pandemik ni.
Quote sambaldurian 15-5-2022 06:21 AM
Haha ofis aku pun beransur2 ke wfo balik, seronok tu seronok la wfh, xyah hadap jem, xyah nmpak colleague x ngam ke, tp nk wat cmne ni bkn company bapak aku, komitmen harus dibayar. Ofis pun harus diguna, rugi company sewa [em:14:]
Quote slyfynx 15-5-2022 08:06 AM
Umumnya, Apple melaksanakan polisi kembali ke pejabat bermula 11 April secara berperingkat, namun setelah 2 tahun bekerja di rumah terdapat segelintir pekerja syarikat berasa ralit untuk kembali kerana sudah berasa selesa bekerja dari rumah.


Maksud ralit :
Definisi : Kd, Ph, Pn asyik, leka (suka benar)

Sangat x sesuai pengguanaat ralit di situ.

Maybe penulis nak tulis ralat
Definisi : 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. ke­salah­an cetakan (tulisan dll)
Quote kakikuDibibirmu 15-5-2022 09:44 AM
dino Apple tersenyum sinis

MV5BZDJiZWY5ZjAtZjEwNi00NzliLWE3ZTAtZDdiMDgxMmY3Y2QwXkEyXkFqcGdeQXVyODk1MjAxNzQ@.jpg
Quote green~tea 15-5-2022 09:50 AM
Edited by green~tea at 15-5-2022 09:54 AM

Mmg covid mengajar weols.... mcmana it forces us to transition urusan business to online transaction secepat mungkin... also iols realized that focus family adalah lebih penting, dan mcmana banyak nya masa i terbuang dalam jem setiap hari pergi balik keje...

Am currently on my "career break" sambil kembangkan business.... Hamdalah dengarnya ofis iols maseh 100% wfh.... pasni implement hybrid sampai bebila (depend pada nature of bisnes, kalo operation kena fully wio)...

tengok ler iols ada mood ke idok nak kembali bekerja makan gaji.. mcm seronok je business ni.. maybe bakalan terinspirasi dengan pekerja epal ni
Quote nuryakmal 15-5-2022 09:53 AM
Ada keja boleh hybrid. Ada yg tak. Kalau la transfer tanah ni boleh pakai online signature, best hidup.
Mohon bank pun please allow documents to be sign off digital as well.

Quote Dwdrum 15-5-2022 10:07 AM
Executive saja mahu resign if tim cook sendiri mahu resign sebab wfh.. Memang shocking news..
Quote kakigojes 15-5-2022 10:22 AM
green~tea replied at 15-5-2022 09:50 AM
Mmg covid mengajar weols.... mcmana it forces us to transition urusan business to online transaction ...

Sis business apa
Quote kakigojes 15-5-2022 10:22 AM
Dwdrum replied at 15-5-2022 10:07 AM
Executive saja mahu resign if tim cook sendiri mahu resign sebab wfh.. Memang shocking news..

Che’.. lagu mana Tim tu nak resign, dia yang reka hybrid plan ni
Quote Dwdrum 15-5-2022 10:36 AM
kakigojes replied at 14-5-2022 06:22 PM
Che’.. lagu mana Tim tu nak resign, dia yang reka hybrid plan ni

Memang dia yang buat...if yang mahu resign execs depa tiada yang significant.. till now rasa nya  depa dapat bonus untuk wfh ... Banyak lagi company yang biar pekerja wfh...
Quote Artemesiaa 15-5-2022 10:42 AM
Eloklah sendiri yang nak letak jawatan kalau dah tak seperti yang dimahukan.  Dari datang opis lepas tu buat perangai siap hasut orang sana laga2 kan orang sini hanya sebab sendiri yang tak puas hati tak dapat seperti kemahuan hati
Quote green~tea 15-5-2022 11:01 AM
kakigojes replied at 15-5-2022 10:22 AM
Sis business apa


Mcm2 juga masuk... sbb family business.. bukan sorang2... ada tourism, F&B, agriculture, agricommodity, construction (lantik adik jadi MD).. automotive biz pun ada (husband ED, yg ni pun pecah pada 3 jenis company).. asal nya start satu je (tourism & agri), tp lama kelamaan ia berkembang sbb biz partners guide & motivate..
Quote ultra78 15-5-2022 12:14 PM
Ada beberapa faktor kenapa staff Apple tu tak mahu masuk ofis.

Pertama adalah orang dah tak mahu commute berjam-jam setiap hari semata-mata utk duduk di cubicle dan buat kerja sama seperti di rumah. Staff biasa takkan mampu menyewa apatah lagi memiliki rumah berdekatan ofis. Semua orang terpaksa drive jauh. Probably staff sudah pun berpindah keluar dari California terus kerana kos hidup tinggi yang di sana. Kalau dipaksa masuk ofis,mereka lebih sanggup berhenti kerja dan cari kerja lain yang offer WFH.

Kedua adalah work culture di Apple itu sendiri buat staff tak communicate antara different team disebabkan. Semua duk kerja secara silo. Bila kita hanya bercakap dalam team sendiri aje, no point pun balik ke ofis kerana kita akan repeat benda sama waktu WFH. Team yg buat product A tak boleh bercakap dengan team buat product B. Takut nanti feature baru dalam product leak kepada public. Mentaliti nak berahsia ni patut dah stop pada zaman sekarang. Microsoft,Intel,AMD dan software company lain open mengenai future product diaorg.
Quote Dwdrum 15-5-2022 01:32 PM
ultra78 replied at 14-5-2022 08:14 PM
Ada beberapa faktor kenapa staff Apple tu tak mahu masuk ofis.

Pertama adalah orang dah tak mahu co ...

1 word saja... Over.... Google lagi ramai yang commute guna shuttle bus.. Dia hanya mahu wfh... Mungkin tukar company lain saja...untuk keluar dari silicon valley issue travel...dia sudah kurang kan gaji ...
Quote CardiGans85 15-5-2022 01:41 PM
nuryakmal replied at 15-5-2022 09:53 AM
Ada keja boleh hybrid. Ada yg tak. Kalau la transfer tanah ni boleh pakai online signature, best hid ...

Hahaha...pulak kena initial every pg kan

Tp MOT tu payah..siap kena thumbprint kat land opis untuk certain amount. Hadap jela..nl
Quote Nenasketum 15-5-2022 02:54 PM
Malaysians jer ramai bisin kena wfh sebab ramai dok stinky flat. Cuba lah buat konsep rumah ku dunia ku, komunity flat bersihkan flat depa & betulkan semua yang rosak.
Quote kakigojes 15-5-2022 04:02 PM
green~tea replied at 15-5-2022 11:01 AM
Mcm2 juga masuk... sbb family business.. bukan sorang2... ada tourism, F&B, agriculture, agricommo ...

Wow!! Good to know! I pun berangan nak start business sendiri Tapi mcm takut nak take the first step. Macam best I read about your growth. Semoga urusan dipermudahkan & business berkembang
Quote dua_chzy 15-5-2022 04:14 PM
Akak ghasa bidang IT ni memang helok kerja dari rumah saja.

Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.095161 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top