CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Menangis Susah Cari Tempat Solat, Noorkhiriah Nak Bina Surau Di Stesen Minyak

11-5-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4638| Komen: 67

Description: Mahu meninggalkan ‘sesuatu’ sebelum menghembuskan nafas terakhir, pelakon Noorkhiriah meluahkan hasrat membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut ...
Mahu meninggalkan ‘sesuatu’ sebelum menghembuskan nafas terakhir, pelakon Noorkhiriah meluahkan hasrat membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.


Niat murni pelakon itu muncul selepas melalui pengalaman sukar mencari surau ketika berada di sebuah lokasi penggambaran yang tidak didedahkannya.

Noorkhiriah, 43, menerusi perkongsian dalam Instagram berkata, dia berasa seperti mahu menangis gara-gara tidak berjaya mencari surau berdekatan untuk mendirikan solat di sebuah lokasi.

Foto: IG

“Tolong sesiapa yang tahu ya. Terfikir nak buat begini pasal saya ada penggambaran di satu lokasi. Nak menangis dik, majoriti tak ada surau di stesen minyak.


“Akhirnya dapat tetapi itupun berebut dengan adik (lelaki) pekerja Grab Food,” katanya.

Noorkhiriah menerusi hantaran berkenaan turut meminta maklumat daripada pengikutnya jika mereka mengetahui mana-mana stesen minyak yang tidak memiliki kemudahan surau.

Jika boleh ujar pelakon itu, dia mahu membina surau di stesen minyak sekitar kawasan Kuala Lumpur ataupun berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Tambah pelakon drama Ayahanda itu, hasratnya membina sebuah surau kecil hanya untuk memudahkan urusan orang lain mengerjakan solat jika berhenti di mana-mana stesen minyak.

“Setakat surau kecil akak mampulah, yang besar belum. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

“Saya tak kaya tapi saya nak tinggalkan sesuatu sebelum meninggal. Moga usaha kecil saya ini Allah permudahkan,” luahnya.

Perkongsian pemilik nama lengkap Noorkhiriah Ahmad Shapie itu mengundang respons positif daripada netizen yang berkongsi maklumat diminta pelakon itu.

Bahkan ada juga sesetengahnya yang meluahkan hasrat untuk berkongsi dan menyalurkan dana bagi membangunkan kemudahan tersebut tetapi kata Noorkhiriah, apa-apa pun biarlah dia mendapat tapak terlebih dahulu sebelum berani membuka sumbangan daripada orang ramai.

Noorkhiriah sebelum ini aktif dengan kerja-kerja kebajikan apabila menjalankan perkhidmatan bantuan pengurusan jenazah percuma buat golongan tidak berkemampuan menerusi badan amal yang diusahakannya bersama suami, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak 2019. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 11-5-2022 02:58 PM
entah la ko shooting kat ulu banat mana? aku rasa senang je kat Malaysia ni stesen minyak ada surau, surau dan masjid pun berlambak.
Quote idril 11-5-2022 02:58 PM
xleh hadam ngan geng yg tetiba dapat hidayah n mcm terover pulak zuhud n tawadoqnya......
Quote hotmak 11-5-2022 02:59 PM
moga dipermudahkan
Quote nuralisa 11-5-2022 03:00 PM
ko susah2 ... ko beli je la tent yg popup tu.. semayang dlam tu ...
senang jer .. skrg ni dah mudah..
Quote Joanna88 11-5-2022 03:01 PM
kalau stesen minyak surau petronas kebanyakannya ok.. kat hutan mana tu payah nak cari tempat solat
Quote babelina 11-5-2022 03:03 PM
so far petronas paling senang ko nk solat.. bersih jer.. petron ngn shell ada cuma kdg2 x terjaga..
tp kn.. aku rs semenjak dua nie.. dia nie mcm over pula.. semua kebaikn nk buat pn dok citer..
Quote pittjie 11-5-2022 03:10 PM
Kebanyakkan petrol station skrg mmg sediakan surau. Tapi ada je petrol station hat yg lama2 surau dia agak kecik lps tu kena kongsi laki perempuan. Dah tu tempat ambik wudu it luar. Payah la org perempuan nak berwudu kt tmpt wudu tu. Lg2 hakak ni sejenis tak pakai inner tudung. Kalau wudu mmg bukak tudung terus.
Quote Jitu 11-5-2022 03:11 PM
bagus lah
Quote asamfish 11-5-2022 03:14 PM
Nak dirikan surau, bagus lah.  Tapi sembahyang kan boleh di mana2.  Atas rumput atas pasir pun boleh kan.  Apatah lagi awak tu dah sedia ada bertutup segala aurat.  Benatang tikar, bentang sejadah, hatta, boleh je bentang old newspaper kan.  Just because you pelakon bermekap tebal, org kena provide utk you ke?  Yikes!
Quote AWEKSAMURAI 11-5-2022 03:15 PM
nuralisa replied at 11-5-2022 03:00 PM
ko susah2 ... ko beli je la tent yg popup tu.. semayang dlam tu ...
senang jer .. skrg ni dah mudah. ...

Beli je Camel Tent boleh muat 6 7 org dlm tu siap berdiri hahahaa.... Lepas guna lipat balik hahaha
Quote dejure 11-5-2022 03:18 PM
Kat luar negara pon kau senang nk solat apa lg dlm negara ni..berlambak surau kau boleh solat.makcik ni dah nyanyok ke
Quote MatDeghem 11-5-2022 03:21 PM
nak buat ok tapi sapa nak maintain tempat tu.....kena ada orang jaga, bersihkan.

#bilaretismenunggangagama
Quote prince_marhaen 11-5-2022 03:41 PM
terpaling humble dan terpaling zuhud. Walhal boleh je mana-mana asal beralas yang yakin bersih, wudhu' pun boleh pakai spray... spray dalam kereta tutup tingkap tak nak bagi nampak aurat....mudah je sebenarnya, tak payah buat kalut aih...
Quote imransulaiman 11-5-2022 03:47 PM
Baik kau canang idea kau ni untuk cipta camel tent yang user friendly boleh bawa travel mudah untuk wuduk dan solat kat dalam..


Hmmmmmmmmm
Quote asfaz 11-5-2022 03:54 PM
pittjie replied at 11-5-2022 03:10 PM
Kebanyakkan petrol station skrg mmg sediakan surau. Tapi ada je petrol station hat yg lama2 surau di ...


Aah pernah jugak jumpa surau cmni. Masa tu ai nak pergi mersing. Tak tahu la stop mana,nak solat subuh masa tu. Mujur la yg ada pun ai dgn asben aje. Pertama Kali jumpa cmni

Utk tak off topic ,kalau surau petrol station ni ai suka pergi kat petronas. Walaupun isi minyak kat esso
Quote TomyamPuteh 11-5-2022 03:57 PM
Terbaik kak. Persetankan netizen2 mulut capoi kt luar sana. Baru lps puasakan.Mesti la setan2 berkeliaran dgn happynya.
Quote She-Ra 11-5-2022 04:06 PM
Edited by She-Ra at 11-5-2022 04:09 PM

asalkan tempat diyakini bersih, gunakan tanpa was2
bentang aje sejadah, setel.. di mana2 aje

teringat masa ke hongkong dulu
masa tu kt disneyland.. pepandai la cari tempat sesuai utk solat
masa tu ringan mulut pegi tanya dorang mana toilet terdekat dan ada tak ruang sesuai utk solat
punya baiknya mereka, siap bagi bilik vvip okay! siap nak tlg iring pegi toilet lagi
apapun satu niat yg murni nak buat surau tu.. moga dimurahkan lg rezeki beliau dan dipermudahkan segala urusannya
Quote zulfahmimaidin 11-5-2022 04:14 PM
stesen minyak yahudi mana x sediakan surau nih..sebelah lembah klang semua ada...ke stesen minyak kelantan?
Quote kotakominami 11-5-2022 04:19 PM
Setakat ni pegi stesen minyak ok je...kalau selain petronas tu tak pasti lah..maybe owner dia non muslim jadi dia prefer space tu buat parking aje...ye lah dia punya atok pon dia pacak kat tiang je bakar colok...tp kalau dah nama nye kat stesen yg pompuan jgnla mekap lama2 kat dalam tu....kesian org tgu luar

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055930 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top