CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Bawa Motor Macam Beruk!"-Azhan Rani Bengang Motor Rosak Lagi Kena Langgar

11-5-2022 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1479| Komen: 2

Description: Azhan Rani naik berang selepas motosikal berkuasa tinggi miliknya yang baru dibaiki, sekali lagi berdepan kerosakan selepas dilanggar motosikal lain yang ditunggang secara melulu dalam kejadian yang b ...
Azhan Rani naik berang selepas motosikal berkuasa tinggi miliknya yang baru dibaiki, sekali lagi berdepan kerosakan selepas dilanggar motosikal lain yang ditunggang secara melulu dalam kejadian yang berlaku di Batu Caves, Selangor.


Terkesan atau masih dalam trauma dengan kemalangan yang pernah menimpanya, Azhan menasihati segelintir penunggang motosikal supaya tidak mengendalikan kenderaan mereka secara merbahaya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain, termasuk diri sendiri.


Foto: IG

“Kepada yang menggelupur orang pakai motosikal, kau pun pakai motosikal, saya nak beritahu. Tak kisahlah berapa mahal, berapa kuasa enjin, berapa nipis blok, sudah pasang sayang kapal terbang, jangan bawa motosikal macam beruk.


“Kau nak layan pecut ke atau selekoh tajam, bukan dekat jalan raya yang sesak! Kau cucuk (menunggang secara rapat) orang lain, kemudian kau cakap tak sempat tekan brek. Bawa motosikal laju-laju di tengah jalan yang sesak kenapa?” luah Azhan.

Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani, 46, sebenarnya tidak kisah dengan keadaan motosikalnya yang calar walaupun mengakui sedikit terkilan apabila motosikal tersebut baru sahaja dibaiki.



Namun, apa yang lebih membimbangkan jika kemalangan tersebut memberi kecederaan yang teruk bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada penunggang yang melanggarnya itu.

“Baru beberapa hari motosikal aku ‘bernyawa’ balik. Calar pada motosikal bukan isunya. Kau dah tergolek, masuk besi seumur hidup, kau akan tahu azabnya. Itu pun nasib baik masih ada peluang hidup,” katanya.

Gara-gara kejadian yang berlaku semalam itu, pelakon drama bersiri Nur itu berharap supaya penunggang motosikal lain dapat menunggang motosikal mereka dengan berhemah dan mengubah sikap di atas jalan raya.

“Kepada yang baru dapat motosikal itu, tolonglah ubah perangai kamu. Pergilah main dekat litar, bukan jalan trafik perlahan. Cukup-cukuplah saya jadi mangsa bongok orang lain,” katanya.



Menerusi kisah yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Azhan memberitahu motosikal yang ditungganginya itu telah dilanggar dari belakang sewaktu sama-sama mencelah di sebuah jalan raya yang sesak di Batu Caves.

Kejadian tersebut menyebabkan motosikalnya calar, manakala set penghadang dan lampu motosikal individu yang melanggarnya pula pecah.



Azhan sebelum ini pernah terbabit dalam satu kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangir pada awal tahun ini sehingga mengakibatkan tulang belikat pecah manakala tulang bahu dan rusuknya pula retak. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 11-5-2022 02:50 PM
mmg ramai pun beruk2 acah rider terhebat..menggelupur baru merasa bawa motor besar...
Quote cheezel 11-5-2022 11:56 PM
Mat motor mmg bawak cm rempit pun. Time tgh jem pn bawak laju cm siyal. Bila jatuh tergolek acah2 victim

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069350 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top