CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Malu Dipanggil Janda, Raja Azura Tak Fikir Nak Kahwin Lagi

11-5-2022 02:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2828| Komen: 15|Original author: Tatod

Description: Pelakon dan pengacara, Raja Azura, 49, sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama tiga orang anaknya sejak dua belas tahun lalu. Dia sama sekali tidak pernah rasa malu dengan statusnya seba ...

Pelakon dan pengacara, Raja Azura, 49, sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama tiga orang anaknya sejak dua belas tahun lalu. Dia sama sekali tidak pernah rasa malu dengan statusnya sebagai janda.

Memetik laporan mStar, selebriti yang mesra disapa sebagai Kak Engku itu perkara yang paling penting bukanlah status perkahwinan seseorang namun sikapnya yang sentiasa menjaga nama dan maruah keluarga termasuklah bekas bapa mentua.

"Hakikatnya, memang betul pun kita janda. Bagi saya, yang penting adalah jaga tertib. Kita kena sedar diri yang kita ini ibu tunggal, jadi harus tahu adab sebagai seorang janda.



"Saya ada anak yang bersekolah dan menjaga kedua-dua ibu baoa saya. Walaupun saya sudah berpisah dengan bekas suami tetapi saya masih ada bapa mentua. Dia tetap bapa mentua saya sampai mati.

"Saya tak pernah rasa kecil hati sebab hakikatnya saya adalah janda yang tahu batas dan maruah keluarga. Apabila kita jaga tertib maka kita tak kisah orang panggil janda," katanya.

Ditanyakan mengenai pengganti teman hidup, pemilik nama sebenar Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin itu mengakui tidak pernah terfikir untuk berkahwin kerana tidak mahu lagu berdepan dengan masalah keluarga.

Tambahan pula, dia sudah bahagia menjalani kehidupan sehari-hari bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.


" Orang selalu tanya saja soalan itu. Saya nak tahu, apa tujuan perkahwinan? Apa misi sebenar? Nak teman hidup? Anak-anak macam mana? Adakah teman hidup boleh terima? Lepas tu nak kenal lagi ipar-duia apatah lagi kalau kita tak tahu mereka suka atau tidak pada kita. Kita kenal dengan orang yang berduit, dah orang ingat kita cuma nak harta adik-beradik dia pula.

"Saya tak suka hal-hal begini sebab pengalaman yang berlaku pada hidup saya sudah cukup. Saya dah pernah berkahwin dan ada tiga orang anak. Syukur dapat besarkan mereka dari kecil. Saya bahagia dengan anak-anak. Saya tak perlu pasangan hidup.


"Orang nak pasangan hidup sebab mahu bahagia. Alhamdulillah, saya okay dan rezeki masih ada anak-anak," katanya yang bakal tampil dengan filem Tiga Janda Melawan Dunia.

Imbas semula, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga bersama Adzmin Osman, anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Haji Aroff pada Mac 2001. Mereka bagaimanapun bercerai pada 28 September 2010. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 11-5-2022 03:25 PM
betula lah tu. dah berusia, anak pun dah besar2 better fokus diri sendiri aje lah. kang kawen baru satu keje nak jaga hati mertua lagi, layan perangai ipar duai lagi, layan peel laki baru lagi. tak ada beban batu digalas umpamanya
Quote KamikuP 11-5-2022 03:41 PM
tAPI APA DOSA (eh tercaps lock) apa dosa Raja Azura sampai talak 3 diberikan somi sheolls?
Quote Lavender_Violet 11-5-2022 04:09 PM
KamikuP replied at 11-5-2022 03:41 PM
tAPI APA DOSA (eh tercaps lock) apa dosa Raja Azura sampai talak 3 diberikan somi sheolls?

Uishhh...ye ke talak 3??

Setau meols si Anne Ngasri yg dpt 3 tu
Quote syamzana 11-5-2022 04:26 PM
Lavender_Violet replied at 11-5-2022 04:09 PM
Uishhh...ye ke talak 3??

Setau meols si Anne Ngasri yg dpt 3 tu

anne pun talak 3 ke?
yg i igt sarimah dulu cerai talak 3 dgn laki matsaleh dia. ramai plak selebriti bertalak 3 ye.
Quote Chah21 12-5-2022 09:17 AM
Bkn sbb cerai kali ke3 ke anne tu dulu? Rasa mcm pernah baca..2x rujuk
Quote stingerflank 12-5-2022 09:25 AM
Semoga normahbaru kita pun tak perlu rasa malu dgn title J modelnya.....hikmah bila jadi J model macamnya...dapat terus memakjujatkheun diri dlm forum sedangkheun kalau masih berlaki...akan menjatuhkheun maruah seorang suami kerna isteri berperangai memakjujatkheun diri diruang socmed...
Quote sukacactus 12-5-2022 10:36 AM
Sebab dia malas nak pening2
Dah puas ati dah dgn kehidupan skrg, so nak buat apa berlaki lg
Quote Mamason 12-5-2022 11:31 AM
Serba serbi cukup...uruskan diri and anak2...rasa bahagia..more than enough.  
Quote TeropongThaico 12-5-2022 12:19 PM
Comel lg sheol ni bila mekap simple2. Ai likee
Quote lyshafull 12-5-2022 12:42 PM
ade la tu pengalaman laluu yg buat dia tawar hati baca pun taw ... org yg tanye pun sibuk je hal org ...bukan mati pun single just lonely sometime hahahaha
Quote innocentsangat 12-5-2022 01:20 PM
Bijak. I like. Haha. Btw lama tak nampak kat tv. Ke aku yg lama tak tgk tv. Hehe.
Quote dejure 12-5-2022 01:34 PM
Tp aku suka hubungan dia dgn pak mertua dia masih baik lg..wlpn ex laki menyepi dari radar..tak tahu mana pergi..
Quote silampumeja 12-5-2022 01:39 PM
Reapect pendiriannya... Cukup makan minum , ada anak2 teman hidup pun dah ckup dah... Betul jugak bab jaga maruah sebagai janda. Jauhkan persepsi buruk org yg janda ni nak menggtal je kerja... Itu yg kita taknak... Lagipun dia ni takde kontroversi pun.. buat kerja dia je kan... Membongak dalam program je... Real life, rilex2 je... Beberapa tahun sblum ni trsermpak dia kat mall heret anak2 dan mak dia rasanya... Bulan puasa...
Quote AnnaSendin 12-5-2022 03:07 PM
Baik enjoy2 jur kaka. Nak pegi mana tayah minta izin restu.
Baidewai, takot tengok mekap ratu sheols. Nampak kertu naw.
Quote cmf_jeangrey 12-5-2022 04:06 PM
Lawa2 anaknya...kalau dah bahagia sekrg, teruskan je lah...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053338 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top