CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janin Bayi Cukup Sifat Dalam Lubang Tandas Stesen Minyak Danau Kota

11-5-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1160| Komen: 3

Description: Kuala Lumpur: Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini, petang semalam.
Kuala Lumpur: Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.

Gambar Hiasan

"Janin itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.


Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 11-5-2022 10:31 AM
Korang bersedap, bayi tersekse sampe mati..
Quote xAthenax 11-5-2022 10:46 AM
miscarriage kot ni
Nak beranak ni macam rasa nak poop
cerita arwah mak saudara pada suami, anak dia sorang meninggal

rasa nak poop, sekali keluar anak jatuh ke bawah rumah
Quote cucutokwan89 11-5-2022 11:34 PM
Ni la sbb tiap2 tandas rnr ada tampal poster peringatan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043156 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top