CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puluhan Wanita Tertipu! Doktor Palsu Guna Batang Lolipop Untuk Cegah Hamil

11-5-2022 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 904| Komen: 2

Description: CARACAS, Venezuela – Seorang lelaki Venezuela yang menyamar sebagai doktor ditahan polis kerana didakwa memasukkan batang plastik gula-gula lolipop di bawah kulit lengan berpuluh-puluh wanita.
CARACAS, Venezuela – Seorang lelaki Venezuela yang menyamar sebagai doktor ditahan polis kerana didakwa memasukkan batang plastik gula-gula lolipop di bawah kulit lengan berpuluh-puluh wanita.


Menurut laporan laman Oddity Central, batang plastik itu didakwa lelaki tersebut sebagai implanon hormon perancang keluarga.

Jose Daniel Lopez, 38, dituduh memperdaya sekurang-kurangnya 25 wanita yang membuat bayaran kepadanya bagi menanam batang lolipop di bawah kulit mereka sebagai alat pencegah kehamilan.


Foto: Oddity Central

Penipuan Lopez bagaimanapun terbongkar apabila sebahagian daripada ‘pesakitnya’ mendapati diri mereka hamil walaupun selepas menanam alat pencegahan kehamilan seperti yang didakwa lelaki itu.


Lopez yang tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan, berjaya mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay, Venezuela selepas memalsukan ijazah perubatannya.

Menurut Mayo Clinic, prosedur implanon sebenar merujuk kepada implan kontraseptif yang melepaskan dos hormon progestasional yang rendah dan stabil untuk memekatkan lendir serviks serta menipiskan lapisan rahim selain mengganggu kitaran ovulasi.

Implan itu berbentuk seperti batang plastik kecil mudah lentur yang dimasukkan di bawah lengan tetapi dalam kes Lopez, ia hanya sekadar plastik keras dan tidak memberi sebarang impak kepada kitaran haid seorang wanita. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 11-5-2022 10:19 AM
apsal aku tgk mcm syuk sahar jah
Quote shernazz 11-5-2022 10:22 AM
Biras iols pakai tak bukak2 lepas 6 tahun..melekat habis kat daging ek implan ni..
Ngeri iols membayangkannya  
Makan pil yasmin jelahhhh
Kulit cantekkkk

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.350101 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top