CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 11 Bulan Mati Di Rumah Pengasuh

11-5-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1245| Komen: 12

Description: Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kajang.
Kuala Lumpur: Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes kematian bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang mengenai kejadian itu.

"Pihak Hospital Serdang memaklumkan menerima bayi berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa dari rumah pengasuh.

Gambar Hiasan

"Keterangan daripada pengasuh sudah diambil.

"Setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, bedah siasat sudah dijalankan hari ini di Unit Forensik Hospital Serdang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 11-5-2022 12:36 PM
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak
Quote kakikuDibibirmu 11-5-2022 12:39 PM
Mak tak kerja, bapak tak kerja, anak makan rumput
Quote missyL 11-5-2022 01:42 PM
Bkn semua mak mampu nk benti keje jaga anak
Semoga ibu ayah bby kuat
Quote Decaffeinated 11-5-2022 03:04 PM
Mak terpaksa kerja walau gaji tak seberapa. Kalau tak kerja gaji suami pun kecik. Ini realiti yang aku tau lah.
Quote naina 11-5-2022 03:08 PM
Senangnya kerja polis bab baby meninggal.kt rumah pengasuh just ambik keterangan je. Takda tahanan reman ke apa. Sekarang memang ambik mudah ya kes baby mati dirumah pengasuh. Macam kes anak yy kena jerut tu
Quote naina 11-5-2022 03:12 PM
rosedemon replied at 11-5-2022 12:36 PM
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak

Duduk rumah jaga anak pun boleh jana income malah lebih dari makan gaji. Masa pun flexible. Tapi tulah tak semua orang nak duduk rumah jaga anak. Leceh katanya. Lebih suka masuk opis. Ramai ya mak cmni. Masa pkp tu tengoklah berapa ramai rungutan tak tahan layan anak kat rumah.
Quote any42 11-5-2022 03:45 PM
ade tgk comel sgt bdknya.   salam tkziah. makin byk plak kes ank mnnggal kt tgn pngasuh. kes2 sblum ni pun mcm tgantung ke snyap2 dh settle.
Quote dua_chzy 11-5-2022 03:46 PM
Kerja pengasuh gundu gemuk obesiti syaitan lagi ke?
Quote .HannahMontana. 11-5-2022 03:52 PM
sebab tu aku xmahu kahwin waktu aku tengah top of the world

aku xmahu menganiaya anak aku kelak

Bila aku ready nak kahwin bermakna aku sudah ready membuang 50%  keseronokan aku untuk anak aku , 50% lagi bapa dia  kena berkorban juga.

Untuk sekarang jommmm kita pindah ke forum baru , yang lebih happening untuk kita semua...jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote mrsamz 11-5-2022 04:07 PM
rosedemon replied at 11-5-2022 12:36 PM
jaga sendirilah mak2 ni patot tak payah kerja. duk umah jaga anak

Baru semalam terjumpa satu posting d fb menggalakkan ibu2 hantar anak ke taska atau pengasuh
.katanya ia penting supaya ibu2 boleh ada me time and stay sane..gitewww
Quote pyropura 11-5-2022 04:14 PM
- anak mati tertinggal dlm.kereta
- anak mati terlanggar reverse
- anak mati di rumah pengasuh
- tertinggal anak
- anak hilang di soping mall
- buang bayi kat surau/masjid.
- anak mati main beskal lajak
- anak mati/cedera main mercun
.... Semua yg.diatas happened  to Melayu only
..
Quote Artemesiaa 11-5-2022 04:38 PM
Makin banyak pulak kes macam ni dilapurkan sejak kebelakangan ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054729 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top