CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunduk Kepala Ke Dalam Kandang, Budak 10 Tahun Maut Dibaham Singa Ketika Melawat Zoo

11-5-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1709| Komen: 4

Description: Khartoum: Pengalaman satu keluarga yang melawat sebuah zoo bertukar tragedi apabila anak perempuan mereka maut dibaham singa di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum.
Khartoum: Pengalaman satu keluarga yang melawat sebuah zoo bertukar tragedi apabila anak perempuan mereka maut dibaham singa di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum.


Gulf News melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu dikatakan keluar berkelah bersama keluarganya ke taman hidupan liar berkenaan untuk menikmati cuti sempena Aidilfitri.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, tragedi tidak diduga berlaku apabila kanak-kanak itu diserang seekor singa apabila dia menghampiri kandang haiwan liar itu.

Terdapat papan tanda amaran yang meminta pengunjung tidak mendekati atau cuba memberi makan kepada haiwan terbabit.


Bagaimanapun, berikutan rasa ingin tahu, mangsa menundukkan kepalanya ke arah kandang tanpa menyedari apa yang dilakukan.

Singa itu menyerang kanak-kanak terbabit menyebabkan mangsa parah.

Kakak mangsa berdiri di sebelahnya, tetapi ajaibnya, dia terselamat daripada serangan itu.

Keluarga mangsa bersama beberapa pengunjung lain cuba membebaskannya daripada cengkaman singa itu, tetapi tidak berjaya. -CARI

Sumber: Harian Metro  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 11-5-2022 11:03 AM
Mak pak tk jalankan tugas ke.
.
Quote rosedemon 11-5-2022 12:32 PM
tacodddddd
Quote kakikuDibibirmu 11-5-2022 12:45 PM
Singa mengawan keluarga bahagia
Quote pooh~key 12-5-2022 02:16 AM
Apa yang ajaibnya singa tu tak serang si kakak dekkkkk? Dah singa tu tengah sibuk kekah si adik dekkkkk!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.146061 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top