CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syatilla Melvin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Tak Nak Sorok Nak Tayang Terus Muka Bayi

9-5-2022 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2968| Komen: 10

Description: Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi ketiga pagi Isnin bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi ketiga pagi Isnin bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu aktor Shahiezy Sam dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.


Foto: IG

"Alhamdulillah... Selamat melahirkan. Terima kasih atas doa-doa anak semua.

"Anda tengok macam muka bapa ke muka ibu?" ujar Sam yang belum mendedahkan jantina bayi berkenaan.



Sam bagaimanapun menutup wajah dan belum memberitahu jantina bayi berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Sam dilihat menemani isteri itu ketika proses melahirkan di dewan bersalin.



Pada Ahad, Sam sempat memuat naik video dia dan isterinya membeli-belah di sebuah pasaraya di sebelum Syatilla dimasukkan ke pusat perubatan.

Sementara itu, Syatilla pula meluahkan perasaan teruja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka.




"Ya Allah, tak sabar... esok (Isnin) kami update terus muka baby," ujarnya.

Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 9-5-2022 03:31 PM
dh pakai kain bedung pink dah sah la anak girl kannn
Quote Nurul_007 10-5-2022 02:27 PM
Tahniah dpt baby lagi
Quote ezacbee 10-5-2022 02:33 PM
Edited by ezacbee at 10-5-2022 02:34 PM

Nampak elok sam, klo tak kat leher tergantung vapepod. Anak ikut muka sam la elok sikit, klo muka mak nampak jahat. Teringat drama yg dia jahat sampai ending
Quote orkid_amani 10-5-2022 02:36 PM
mizruncing replied at 9-5-2022 03:31 PM
dh pakai kain bedung pink dah sah la anak girl kannn

Biasa gitu la..kalau pink girl..kalau biru lelaki
Tapi kalau time scan baby xnampak gender play save bedung baby mesti putih @ cream ja
Quote mizruncing 10-5-2022 02:42 PM
orkid_amani replied at 10-5-2022 02:36 PM
Biasa gitu la..kalau pink girl..kalau biru lelaki
Tapi kalau time scan baby xnampak gender play sa ...

lahhh punya sendu benang samtilla. ku pikir dh up pic bby
Quote fadz84 10-5-2022 03:16 PM
ezacbee replied at 10-5-2022 02:33 PM
Nampak elok sam, klo tak kat leher tergantung vapepod. Anak ikut muka sam la elok sikit, klo muka ma ...

Cite radius one yg bulan ramadhan berlakon ngn Eira Syazira tu kn?
Quote auntyonion 10-5-2022 03:18 PM
Mira basic dgn samtila sapa veranak dulu?
Quote Rogue98 10-5-2022 03:21 PM
Rasa mcm lama giler dia mengandung...skrg baru beranak rupamye....
Quote Lavender_Violet 10-5-2022 03:25 PM
Sampai sekarang aku tak boleh accept mcm mana si Sam ni boleh end up dgn si Syatilla ni
To me he deserves better
Quote likilu 10-5-2022 04:38 PM
Muka ok perangai bingit netizen tak minat jugak tau

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051729 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top