CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Made Kenangan Terakhir Big Bang Di Malaysia

27-7-2015 04:38 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3581| Komen: 0

Description: Beberapa lagu popular yang sudah sebati dan tidak sah sekiranya tidak dinyanyikan didalam konsert mereka adalah seperti 'Tonite', 'Stupid Liar', 'Blue', 'Bad Boy', 'Lies' dan 'Fantastic Baby'...
Sumber artikel: isabel
Dipinda Oleh :  Dean BZ


Bukit Jalil - 2015, 25 Julai : Selepas 3 tahun menanti, akhirnya penantian peminat VIP Malaysia berakhir. Kali terakhir Big Bang mengunjungi Malaysia untuk sesi konsert mereka adalah pada tahun 2012 untuk konsert jelajah mereka 'ASIA BIG BANG ALIVE GALAXY TOUR 2012'. Konsert berprestaj dan dianggap termahal pada tahun ini kerana kos 'production' saja untuk set pentas, lampu dan laser diterbangkan khas dari Korea sudah menelan kos 1 juta termasuk melibatkan 100 crew profesional dari USA dan Korea khas untuk konsert ini. Apatah lagi sesuatu yang baru dan mengejutkan dalam sejarah konsert di Malaysia, dimana untuk ulung kalinya Big Bang dengan gembiranya bersetuju untuk mengadakan 2 hari konsert khas sebagai penghargaan kepada peminat VIP Malaysia.


Walaupun 2 hari sebelum konsert, sebuah badan NGO mengadakan bantahan meminta kementerian untuk membatalkan konsert ini namun ianya tidak mencacatkan perjalanan sepanjang 2 hari konsert 'ini berlangsung dengan kehadiran 15 ribu peminat dari seluruh dunia pada hari pertama konsert tersebut. 


Dengan itu dapat dilihat dengan kehadiran peminat luar negara, bukan saja tujuan utama mereka datang untuk menonton konsert Big Bang, tapi datang dengan ahli keluarga kerana selepas konsert mereka ingin meneroka keindahan Malaysia yang terkenal dengan keindahan semulajadi dan pelbagai jenis makanan sudah semestinya. 


Seperti kebiasaan walaupun konsert bermula lewat setengah jam iaitu pukul 9 malam, namum peminat VIP tetap sabar dan tenang menanti.  Kemunculan Big Bang membawakan lagu berentak electro dance dari album 'MADE' single terbaru mereka iaitu 'BANG BANG BANG'. Selain itu lagu yang juga terdapat dalam album terbaru tersebut iaitu 'Loser', 'If You', 'Sober', 'Bae Bae' dan 'We Like 2 Party' juga dipersembahkan.

Tidak seperti 3 tahun sebelum, kini mereka semakin selesa dan banyak bercakap sambil bergurau dengan peminat dengan lancar dalam bahasa english. Kelihatan Daesung dan Seungri banyak menceriakan suasana dengan gelak ketawa peminat. 

Daesung yang menjadikan fesyen rambut menutup matanya mengusik peminat mengatakan dalam bahasa malaysia 'saya tidak nampak.. saya tidak nampak kamu semua...'

Seungri pula menyatakan bahawa seluruh keluarga beliau cintakan Malaysia dan namum suasana bertukar bila jenaka Seungri tidak menjadi menyatakan beliau ingin mencium peminat mendapat reaksi janggal peminat dan berakhir dengan sesi beliau meminta maaf. 

Teayang pula menyatakan perasaan gembiranya kembali lagi ke Malaysia selepas konsert solonya yang lepas sambil mengatakan kecintaanya kepada Malaysia

Ketika giliran G-Dragon pula, suasana bertukar sedikit tenang dan serius. Selepas meminta peminat berdiam seketika, G-Dragon memberitahu bahawa beliau dan TOP baru saja selesai dengan pengambaran MV untuk lagu dalam album 'MADE' versi 'E' dan single tersebut akan bakal keluar tidak lama lagi.

Dalam pada itu juga, beliau memberitahu bahawa album penuh Big Bang akan bakal menusul dan diterbitkan tidak lama lagi dan meminta kesemua peminat untuk sabar menanti dan memberikan sokongan terhadap album mereka nanti. Kesemua ahli juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada peminat VIP yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang perjalanan karier mereka dari mula sehinggalah sekarang.



Beberapa lagu popular yang sudah sebati dan tidak sah sekiranya tidak dinyanyikan didalam konsert mereka adalah seperti 'Tonite', 'Stupid Liar', 'Blue', 'Bad Boy', 'Lies' dan 'Fantastic Baby'


Namun disebalik kegembiraan ini terjadi satu insiden yang mencemarkan suasana dan mood para petugas media yang dijemput untuk membuat liputan sepanjang konsert tersebut. Sudah berpuluh-puluh mega konsert yang dianjurkan oleh IME Production jadi sudah tentu segala kerjasama diantara pihak pengajuran dan petugas media tidak akan mengadapi masalah tapi entah dimana silap dan salahnya kerana disaat-saat konsert hampir bermula, para petugas media telah diarahkan keluar kerana didapati tempat duduk yang dikhaskan kepada media rupa-rupanya telah bertindih dengan pemegang tiket dari pengajur lain. Akibatnya bebarapa media dilihat meninggalkan konsert kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima. Namun bagaimana pun segala masalah dapat diselesaikan dengan segera dan para petugas media dapat kembali ke tempat duduk yang disediakan.

Diharapkan kejadian sebagini tidak akan berulang lagi di konsert akan datang dan berharap juga pihak pengurusan IME Production dapat memperbaiki kelemahan ini walaupun ianya kecil tapi sudah pasti akan menjejaskan nama baik pengajur itu sendiri. Apa pun syabas diucapkan juga kepada IME Production kerana telah berjaya mengajur konsert termahal ini dan sekaligus dapat mengubati kerinduan pada VIP Malaysia. -CARI Infonet.


sumber gambar: IME Production



21

Bagus
18

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
24

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060983 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top