CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengguna Dah Boleh Cuba Alat Solek Secara Maya Sebelum Membeli Di Shopee!

29-3-2022 09:10 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1813| Komen: 12|Original author: Agent13k

Description: Baru-baru ini, syarikat kedai atas talian Shopee telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu "Beauty Cam" di platform penjualan mereka yang membantu pengguna untuk mencuba terlebih dahulu sesuatu alat sol ...
Baru-baru ini, syarikat kedai atas talian Shopee telah memperkenalkan ciri terbaru iaitu "Beauty Cam" di platform penjualan mereka yang membantu pengguna untuk mencuba terlebih dahulu sesuatu alat solek sebelum membeli produk itu.

kredit foto: Shopee/JarkataKita


Petikan dari Amanz, untuk menggunakan ciri terbaru ini, pelanggan perlu mencari label "Beauty Cam”, pilih produk berkenaan dan sentuh pada ikon "Try this shade" untuk mencuba produk itu secara maya. 

kredit foto: Shopee


Difahamkan, ciri ini boleh digunakan pada aplikasi android dan iPhone sahaja buat masa ini. Ciri terbaru ini membenarkan pengguna untuk mencuba produk terlebih dahulu seperti warna gincu di wajah mereka ataupun mencuba produk lain sebelum membuat keputusan untuk membeli produk pilihan mereka.

kredit foto: Warta Ekonomi

Tetapi, syarikat atas talian lain iaitu Lazada sebelum ini juga pernah melancarkan ciri sama seperti Shopee yang dinamakan"Virtual Try-On" yang membolehkan produk alat solek keluaran seperti M.A.C, Bobbi Brown dan banyak lagi dicuba ke wajah menerusi teknologi AR (Augmented Reality) yang tidak jauh beza dari Shopee. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-3-2022 11:03 AM
napa pompuan tu punya awning tudung macam sydney opera house?
memang pakai bawal awningnya kena gitu ye?
i sumpah sampai sekarang tak pandai pakai bawal..
sebab tak reti tang awning tu kena cam mana..
memang akan nampak anak tudung ke..
pasal i rasa macam pelik je nampak anak tudung..
Quote azie5zoe 29-3-2022 11:21 AM
Tudung dia tiru Hetty Keos Endang..
Quote DayangKirana 29-3-2022 11:43 AM
output however depends on lighting and technique jugak..
mekap mahal camane pon, if takde skill, end up mcm clown jugak.
Quote whimsicalmusic 29-3-2022 12:45 PM
Bnda ni da lama kan? Tp certain brand jelah ade
Quote sharlenetexas 29-3-2022 12:47 PM
Rasanya watsons apps dah lama guna utk brand maybelline.

Quote doubleharmonic 29-3-2022 01:01 PM
sama kah kat screen dengan barang yang dapat nanti? tengok muka ko tu pon macam bertepek2 jah filter ko pakai? nak sangat mekap jadi noreen sayangku ke ko ni?
Quote missyL 30-3-2022 12:09 PM
Dah lame pon
Quote any42 30-3-2022 12:38 PM
lg prefer try tester yg dsdiakn kt kaunter & lg percayakn cermin dr apps.
Quote Mary_jane 30-3-2022 02:20 PM
Maybelline, MAC semua dah ada kan? Boleh percaya ke beli kat shopee tu? Bawah drugstore takpe lagi.
Quote oneallianze 4-4-2022 02:58 PM
Edited by oneallianze at 4-4-2022 03:00 PM

Dunia makin moden dan canggih

https://oneaz.com.my/
Quote Tinot7 4-4-2022 03:02 PM
prettyuglybabe replied at 29-3-2022 11:03 AM
napa pompuan tu punya awning tudung macam sydney opera house?
memang pakai bawal awningnya kena gitu ...

Dia jahh pakai bawal mcm tuh.. iols pakai bawal takde rupa cenggitu..
Quote Tinot7 4-4-2022 03:03 PM
Sesetengah org pakai mekap ke tak pakai mekap serupa jahh.. baik tak payah pakai mekap teruih...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074787 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top