CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ambil Masa 5 Tahun Nak Fasih Bahasa Korea Tak Sangka Jadi Viral!

22-3-2022 06:17 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1945| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Description: "2018 VS 2022", Lelaki Ambil Masa 5 Tahun Nak 'Fluent' Bahasa Korea, Tak Sangka Video Jadi Viral

Sumber: Tiktok Farhan

Annyeong! Untuk pembaca yang memang jenis kaki layan K-drama, mesti ada yang terbiasa dengan perkataan itu. Ada juga orang yang mampu bertutur bahasa korea dengan hanya menonton K-drama. Hebat bukan? 

Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendalami bahasa asing seperti bahasa korea. Kadang-kala ia mengambil bertahun-tahun untuk kita menguasai bahasa tersebut. Ada juga yang putus asa untuk mempelajari bahasa asing. 



Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai whyfarhann telah memuatnaik satu video di TikTok. Video itu menujukkan perbandingan dirinya semasa dia mula mempelajari Bahasa Korea pada tahun 2018 dan pada tahun 2022.

Menerusi interview bersama Lobak Merah, lelaki dikenali sebagai Farhan ini berkata dia mula mempelajari Bahasa Korea di bawah Korean Intensive Programme (K-LIP) yang ditawarkan di universitinya iaitu UniKL pada 2017. Pada tahun 2019, dia dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di Korea Selatan. 

Sumber: Tiktok Farhan

Menurut Farhan, ibu bapanya menjadi suri teladan kerana mereka berdua merupakan guru bahasa. Hal ini menyebabkan farhan juga menyimpan azam untuk menjadi seorang pengajar selepas tamat pengajiannya pada Mac 2023 nanti. 


Sumber: Tiktok Farhan

Oleh kerana sikapnya yang tidak berputus asa untuk mempelajari bahasa korea, kini Farhan telah dijemput UiTM Dungun sebagai panel untuk berkongsikan pengalaman tentang budaya dan cara belajar di Korea Selatan pada awal tahun ini. 

Sumber: Tiktok Farhan

Video yang dikongsikan oleh Farhan kini telah mendapat lebih dari 1.4 juta penonton di TikTok. Ramai yang mengatakan tidak semua orang mempunyai kebolehan seperti Farhan dan nampaknya rata-rata peminat K-pop dan K-drama sangat memcemburui kebolehan Farhan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ~boolean 22-3-2022 08:14 PM
sekarang ni kalau tau bahasa korea, terus boleh jadi popular...pelik betul orang lain fasih jepun, fasih german, fasih french pun tak capai tahap influencer orang2 yang tau bahasa korea..betul2 boleh buat duit kalau tahu bahasa asing..terbaik dik..

Quote imransulaiman 22-3-2022 09:43 PM
Wahh! Muka pun berubah jadi Korean look. Nasib baik kenal tang gigi
Quote uda 22-3-2022 09:56 PM
imransulaiman replied at 22-3-2022 09:43 PM
Wahh! Muka pun berubah jadi Korean look. Nasib baik kenal tang gigi

Muka dia terus jadi putih
Quote airmineral 22-3-2022 10:05 PM
kalau amik bahasa mmg kena fasih la..xheran la kalau gitu, yg heran kalau amik kos language tp xfasih..

so boleh la borak dgn farahlee dan abangnara
Quote imransulaiman 22-3-2022 10:41 PM
uda replied at 22-3-2022 09:56 PM
Muka dia terus jadi putih

Tu lah pasal. Mungkin sebab cuaca sejuk di Korea
Quote prince_marhaen 23-3-2022 08:33 AM
buruknya poster....masih lagi poster powerpoint zaman awal 2000s ke dik? aiyooooh...
btw... kemain lepas dah fasih terus berfoundation bagai oppa ye... kelabu muka dik..
Quote Artemesiaa 23-3-2022 03:23 PM
Lama juga tu nak mahir sebab ada sesetengah orang dalam masa tiga bulan pun dah boleh fasih nak2 bila dah tinggal disana.  Mungkin dia kurang ada kawan2 dari warga korea.
Quote ~boolean 24-3-2022 12:43 AM
Artemesiaa replied at 23-3-2022 03:23 PM
Lama juga tu nak mahir sebab ada sesetengah orang dalam masa tiga bulan pun dah boleh fasih nak2 bil ...

Ikut pemahaman aku bukan dia ambil masa 5 tahun untuk fasih, tapi dia dah belajar bahasa tu selama 5 tahun.. Sejak bla dia fasih dia tak cakap, TT yang buat tajuk cenggitu..

OT sat: tak silap aku kau ke poremer yang tinggal/belajar kat korea? Ke aku silap orang...
Quote my_irina 24-3-2022 10:16 AM
belajar bahasa ni kena slalu converse
jangan setakat belajar pastu tak converse mmg cepat ler lupa
praktis make prefect
i ollz pun ade cita2 nak anak2 jadi polyglot
Quote Artemesiaa 24-3-2022 10:44 AM
~boolean replied at 24-3-2022 12:43 AM
Ikut pemahaman aku bukan dia ambil masa 5 tahun untuk fasih, tapi dia dah belajar bahasa tu selama ...

Silap orang

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057145 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top