CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden Plaza Low Yat tidak patut berlaku, apatah lagi di bulan Ramadan - Tun M

15-7-2015 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4979| Komen: 4

Description: Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. ...
                                                                                                                                                                
         

                    
Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang berlaku baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam bukan sahaja perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga seharusnya membendung perasaan marah dan benci dalam bulan Ramadan ini.


"Umat Islam harus tunjuk pada semua pihak bahawa Islam adalah agama aman.

"Kita tidak harus putuskan hubungan kita hanya kerana kita puasa, mereka tidak ganggu kita, mereka bersama kita, mereka tidak halang kita tunaikan yang wajib,"



Beliau berucap pada Majlis Iftar Ramadan dan Sentuhan Kasih Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) 2015 di Seri Mentaloon semalam.

Turut hadir di majlis itu Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria.

Insiden kekecohan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat di ibu negara dua hari lepas berpunca daripada insiden kecurian telefon bimbit sehingga menyebabkan kejadian rusuhan.

Dr Mahathir berkata dalam menghadapi sesuatu masalah, rundingan secara aman dan damai adalah langkah terbaik bagi mengelakkan huru-hara.

Beliau berkata Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada negara-negara Timur Tengah seperti Yemen, Syria dan Libya yang berada dalam keadaan kucar-kacir disebabkan tidak menyelesaikan masalah secara rundingan.


sumber : http://www.astroawani.com/




12

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
28

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-7-2015 10:57 AM
Klu nk M'sia ni aman,mulakn dr atas samp bwh.1.Pemimpin harus 'Bersih,Cekap Dan Amanah.2. 'Kepimpinan melalui tauladan',Tauladan yg baik akn dicontohi oleh rakyat seterusnye melahirkn modal insan yg hebat.
Quote alesandra 15-7-2015 11:00 AM
org tua neh satu lagi...mcm buat2 BEBAL pulak.punca menda alah neh psl melayu brengsek MENCURI bukan psl agama
Quote din_atos 15-7-2015 11:22 AM
alesandra replied at 15-7-2015 11:00 AM
org tua neh satu lagi...mcm buat2 BEBAL pulak.punca menda alah neh psl melayu brengsek MENCURI bukan ...

ada point che det di situ

Quote alesandra 15-7-2015 11:28 AM
din_atos replied at 15-7-2015 11:22 AM
ada point che det di situ

point apa?pihak yg MENCURI berhak rasa marah terhadap pihak yg dicuri?kes neh simple je...takpayah  nak berkias-kias..terus je straight to the point.merompak,songlap,mencuri,mencopek etc... adalah salah dari segi undang2 dan mana2 agama.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059283 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top