CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus Jualan Dibelasah Sekumpulan Lelaki Yang Disyaki Curi Cermin Mata

18-7-2015 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12799| Komen: 59

Description: Mereka menendangnya seperti bola sepak selama seminit. Dia berpeluang untuk bertindak balas. Tiada siapa menghentikan serangan itu termasuk seorang pengawal keselamatan di kedai penjagaan peribadi itu ...


sumber foto : http://www.mstar.com.my/


Seorang pengurus jualan di sebuah kedai optik di Berjaya Times Square dibelasah sekumpulan lelaki selepas bersemuka dengan mereka mengenai sepasang cermin mata hitam yang hilang di bahagian peragaan.

Isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Lim berkata, pengurus jualan berusia 34 tahun itu sedang bertugas apabila sekumpulan lelaki yang terdiri daripada empat hingga lima orang memasuki kedai tersebut kira-kira pukul 9.30 malam dan 9.45 malam Jumaat.

Beliau berkata, dia berada berhampiran kedai optik itu menunggu suaminya selesai bertugas.

"Dia bekerja dengan seorang pekerja wanita. Beberapa pekerja lain tidak bertugas.

"Sekumpulan lelaki itu memasuki kedai dan beredar beberapa minit kemudian.

"Suami saya dan rakannya menyedari sepasang kaca mata hitam hilang dari bahagian peragaan," kata suri rumah itu.


Puan Lim berkata, rakan setugas suaminya mula menjerit 'pencuri' dan dia mengejar lelaki tersebut.

"Dia mendekati mereka dan bertanya mengenai kaca mata yang hilang itu," katanya.

Seorang pegawai berusia 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Carmen berada di kedai penjagaan peribadi berhampiran apabila menyedari kekecohan itu.

"Saya keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku dan mendapati seorang lelaki menjerit perkataan kesat ke arah pengurus jualan itu.

"Dia kemudiannya menolak pengurus itu dan beberapa lelaki lain mula menyerangnya.

"Mereka menendangnya seperti bola sepak selama seminit. Dia berpeluang untuk bertindak balas," katanya.

Carmen berkata terdapat beberapa saksi lain di lokasi kejadian tetapi tiada siapa menghentikan serangan itu termasuk seorang pengawal keselamatan di kedai penjagaan peribadi itu.

"Mereka beredar selepas memukulnya. Seorang lagi pengawal keselamatan datang dan mengiringinya ke kedai optik selepas kumpulan tersebut beredar.

"Terdapat banyak darah keluar dari hidungnya," kata Carmen.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan susulan.

Laporan polis telah dibuat di balai polis Tun H.S.Lee.

Ketua Penyiasat Polis Dang Wangi, M Gunalan mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu polis sedang mengenal pasti suspek.


sumber : http://www.mstar.com.my/




19

Bagus
25

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote colacoca 18-7-2015 01:38 PM
Tuduh tanpa bukti
Quote taikor 18-7-2015 01:57 PM
isu beralih ke Berjaya Times Square. lepas ni, pilih lah venue Pavilion, KLCC, Mid Valley, The Curve...
Quote pooh~key 18-7-2015 02:05 PM
Apa kaum suspek?
Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2015 02:17 PM
Mrs Lim ni pun ..

Mrs Lim said her husband’s colleague started screaming “pencuri (thief)!” as he chased after the group.

“He approached them to ask about the missing sunglasses,” she explained.

dah suami nya menjerit2 "pencuri"
tu bukan bertanya

Quote famri7 18-7-2015 02:24 PM
Mesti ummah dah start bndwagon halal mencuri drpd kaper.katanyalah.
Quote miabebe 18-7-2015 02:29 PM
Tuduhan tanpa bukti...ini pitenahhhhhh..tu lah kecik2 tak sekolah..dah beso jerit pencuri sesuka hati kt org len..tanpa bukti..kalo jd kt btg idung ko sndri ko ghase??? Malu ke tidakkkk???

Vodo vaghal puiiiiii
Quote sabbath_shalom 18-7-2015 02:58 PM
Peniaga ada hak untuk bodycheck pelanggan.
Quote bluehedgehog 18-7-2015 03:09 PM
Yg kes 5 ekor btg hitam pukul seorg gadis di ts tanpa sebab beberapa hari lpas knp x de thread?
Quote penjejak_awan 18-7-2015 03:42 PM
cash terus
Quote pasemboq 18-7-2015 03:53 PM
Sepatutnya kalau ada bukti pergi tangkap secara senyap.
Ini menjerit pencuri di khalayak ramai sehingga menjatuhkan maruah beliau.
Memang nak kena makan penampaq la jawapnya.

Lagipun pilihan lain seperti CCTV, pak guard. polis dan insurans kan hado.... jangan jadi bodoh sangat.
Quote colacoca 18-7-2015 04:15 PM
Jurujual duk di flat yg mulut celupar mmg nak kena sepak macam bola
Quote cmf_premierleag 18-7-2015 04:20 PM
Padan muka kene belasah
Ko ingat ko jerit pencuri tu konon reramai la yg akan dtg belasah diorg
Alih2 ko lak yg kene belasah
cash!!!
Quote ipes2 18-7-2015 04:39 PM
sabbath_shalom replied at 18-7-2015 02:58 PM
Peniaga ada hak untuk bodycheck pelanggan.

undang undang berbeza; di eu you kene tunggu sampai org tu keluar dari boundary kedai you; baru boleh kejar (so if nmpk dlm cctv pon mmg kena tunggu depa kuar dari kedai dan lari). juga, you tak boleh tangkap dan thn dlm kedai.. ini nnt jadi false imprisonment pulak.. jugak tak boleh bawak ke eg bilik dalam kedai ke apa sebab ni kidnapping. kwn i org melayu ada kedai dan mat black curi pewarna rambut semunyik dlm baju dan cuba keluar dari kedai.. dia tangkap dan panggil polis.. polis kata tak boleh charge mamat africa tu, malah dia boleh di charge atas dasar harrassing customer. so dia dpt balik barang dia tapi africa tu lepas gitu je
Quote Acong 18-7-2015 04:54 PM
bluehedgehog replied at 18-7-2015 03:09 PM
Yg kes 5 ekor btg hitam pukul seorg gadis di ts tanpa sebab beberapa hari lpas knp x de thread?

kes mana lak?  
Quote slavehunter 18-7-2015 04:59 PM
Edisi Cash juga??
Quote Acong 18-7-2015 05:06 PM
famri7 replied at 18-7-2015 02:24 PM
Mesti ummah dah start bndwagon halal mencuri drpd kaper.katanyalah.

sebelum ni haram ke?   
Quote sue_0586 18-7-2015 05:59 PM

Yang menjerit 'pencuri' tu rakan sekerja suaminya...

Betul la suami Mrs. Lim ni pergi mendekati kumpulan lelaki tu untuk bertanya..
Quote FanTasyCreaTioN 18-7-2015 06:04 PM
ipes2 replied at 18-7-2015 04:39 PM
undang undang berbeza; di eu you kene tunggu sampai org tu keluar dari boundary kedai you; baru bo ...
ahh ..
Thanks untuk info ni
Quote v(T.T)v 18-7-2015 06:08 PM
Msia macam tak ada undang2 dlm mata puak caprut? Atau undang2 tak berkesan kat atas mereka?

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.073519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top