CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Nyanyi Tak Sedap, Tuah Adzmi Tersingkir Big Stage 2022

28-2-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1422| Komen: 5

Description: Persembahan Tuah Adzmi membawakan lagu Malam Semakin Dingin gagal memikat hati juri sekaligus tersingkir pada minggu keempat Big Stage 2022 (BS22).
Persembahan Tuah Adzmi membawakan lagu Malam Semakin Dingin gagal memikat hati juri sekaligus tersingkir pada minggu keempat Big Stage 2022 (BS22).

Datuk Syafinaz Selamat selaku Juri Pedas secara jelas memberitahu persembahan Tuah tidak memuaskan dan meminta penyanyi itu mencari sendiri kesilapannya.


Foto: IG

“Secara keseluruhan memang tak sedap.

“Cari sendiri apa kesalahan dalam nyanyian,” katanya.



Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga.

Tegar Septian dan Megat Rahim turut berada di kedudukan tiga terbawah.



Namun undian peminat telah menyelamatkan mereka untuk ke minggu seterusnya.

Pada konsert tersebut juga, Sofiaa Marieylla tidak membuat persembahan atas masalah kesihatan.

BS22 yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien pada malam Ahad.



Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai memainkan peranan sebagai Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali duduk di kerusi Juri Juara.

Datuk Seri Vida masih kekal sebagai presiden netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijilaaa 28-2-2022 11:45 AM
semalam ada tokpinat baru best tgk big stage...peserta memasing lama berdiri tggu komen juri panjang berjela.
Quote kiah_mai_pulak 28-2-2022 11:48 AM
sorry dekkkkk mmg tak sedapp n haukkkkk.. creativity lg lahh nan hadoooooo.. lgu lembik mcm tu pun tak boleh nk bawak.. baik smbung bljaa je dekkk bljaa rajin2 apply keje gomen
Quote pencintaABC 28-2-2022 11:53 AM
Suara tak sedap tapi muka dik tuah mmg sedap. Mohon mummy michael ang buat drama cinta remaja. Takkan la haron ajis ke julripin nak bawak watak teenager budak sekolah bercinta? Lama dah Malaysia takde drama pasal teenagers. Balik2 megah holding hero umo 30an 40an 50an (toksyam Danish) walaupun heroin umur 20an.
Quote buragazz 1-3-2022 09:37 AM
Aku memberi harapan tinggi bila dengor dia contestant BS2022 tapi progress slow dari yang lain.. malam  concert tu aku memang dah agak dia keluar.. si Megat tu hadek2 dan adik2 memang rembes nak2 dia bercakap pun tersusun campur2 english.. bergetar mutiara korsani budak2 perempuan di ibu pertiwi..
Quote cicicumel 1-3-2022 09:57 AM
buragazz replied at 1-3-2022 09:37 AM
Aku memberi harapan tinggi bila dengor dia contestant BS2022 tapi progress slow dari yang lain.. mal ...

Megat tu nampak urban dan orka.. Si Tuah ni muka kesian, pemalu dan muka tak yakin je. Dah la mata kecik mcm Haqiem rusli. Hehehe.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044209 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top