Pada 26 Februari lalu, pelakon Zalif Sidek, 36, sah bergelar suami kepada suri hatinya, Anis Marzuki, 24. Berkongsi gambar sekitar majlis pernikahan di Instagram, pelakon yang banyak membintangi filem dan drama terbitan Metrowealth itu berterima kasih atas kehadiran jemputan serta doa daripada keluarga serta sahabat kepada pasangan itu. Dia juga menitipkan pesanan manis buat isterinya berharap agar perjalanan baharu itu sentiasa diberkati.
|
ADVERTISEMENT