View: 1079|Reply: 5
|
Memang Nyanyi Tak Sedap, Tuah Adzmi Tersingkir Big Stage 2022
[Copy link]
|
|
Persembahan Tuah Adzmi membawakan lagu Malam Semakin Dingin gagal memikat hati juri sekaligus tersingkir pada minggu keempat Big Stage 2022 (BS22).
Datuk Syafinaz Selamat selaku Juri Pedas secara jelas memberitahu persembahan Tuah tidak memuaskan dan meminta penyanyi itu mencari sendiri kesilapannya.
Foto: IG
“Secara keseluruhan memang tak sedap.
“Cari sendiri apa kesalahan dalam nyanyian,” katanya.
Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga.
Tegar Septian dan Megat Rahim turut berada di kedudukan tiga terbawah.
Namun undian peminat telah menyelamatkan mereka untuk ke minggu seterusnya.
Pada konsert tersebut juga, Sofiaa Marieylla tidak membuat persembahan atas masalah kesihatan.
BS22 yang bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien pada malam Ahad.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai memainkan peranan sebagai Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali duduk di kerusi Juri Juara.
Datuk Seri Vida masih kekal sebagai presiden netizen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada tokpinat baru best tgk big stage...peserta memasing lama berdiri tggu komen juri panjang berjela. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry dekkkkk mmg tak sedapp n haukkkkk.. creativity lg lahh nan hadoooooo.. lgu lembik mcm tu pun tak boleh nk bawak.. baik smbung bljaa je dekkk bljaa rajin2 apply keje gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Suara tak sedap tapi muka dik tuah mmg sedap. Mohon mummy michael ang buat drama cinta remaja. Takkan la haron ajis ke julripin nak bawak watak teenager budak sekolah bercinta? Lama dah Malaysia takde drama pasal teenagers. Balik2 megah holding hero umo 30an 40an 50an (toksyam Danish) walaupun heroin umur 20an. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku memberi harapan tinggi bila dengor dia contestant BS2022 tapi progress slow dari yang lain.. malam concert tu aku memang dah agak dia keluar.. si Megat tu hadek2 dan adik2 memang rembes nak2 dia bercakap pun tersusun campur2 english.. bergetar mutiara korsani budak2 perempuan di ibu pertiwi.. |
|
|
|
|
|
|
|
buragazz replied at 1-3-2022 09:37 AM
Aku memberi harapan tinggi bila dengor dia contestant BS2022 tapi progress slow dari yang lain.. mal ...
Megat tu nampak urban dan orka.. Si Tuah ni muka kesian, pemalu dan muka tak yakin je. Dah la mata kecik mcm Haqiem rusli. Hehehe. |
|
|
|
|
|
|
| |
|