CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vivy Yusof Pernah Digelar Anjing & Perempuan Jalang, Komen Media Sosial Penuh Toksik

21-2-2022 04:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2801| Komen: 5|Original author: tatod

Description: Pengasas FashionValet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli siber warga maya. Dia bukan hanya dikritik tetapi juga dihina dan dicemuh oleh netizen.Menerusi Instagra ...


Pengasas FashionValet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli siber warga maya. Dia bukan hanya dikritik tetapi juga dihina dan dicemuh netizen.

Menerusi Instagram, kata Vivy sebagai individu yang menjalankan perniagaan, situasi itu bukanlah perkara besar dan sudah terbiasa dengan keadaan itu. Apabila bisnes semakin berkembang, lebih ramai orang yang ingin menjatuhkannya.

Walau menganggap ia perkara biasa tetapi Vivy meluahkan kebimbangan terhadap mereka yang bersembunyi di sebalik papan kekunci. Pada masa kini, sesiapa sahaja boleh membuat cerita buruk di media sosial dan mendapat sokongan.




"Walaupun tiada bukti, orang akan terus membenci. Dalam perniagaan, orang akan menghentam dari semua arah. Apa yang menakutkan adalah ramai yang 
memberikan sokongan terhadap sesuatu tuduhan walaupun ia tidak benar.

"Mereka berkumpul seperti pembuli. Sebelum ini, ada yang katakan saya seperti anjing, perempuan sundal dan mengharapkan anak-anak saya mati lemas di sungai. Sisi gelap segelintir individu agak menakutkan," katanya.

Vivy pernah bersikap tegas dengan mempertahakan diri kerana merasakan segala kecaman itu harus dihentikan apatah lagi terlalu banyak cerita bohong mengenainya disebarkan.



Dia menunjukkan bukti bahawa dia berada di pihak yang benar namun ia adalah kesilapan besar kerana netizen menyuruhnya untuk diam dan mati. Sesetengah orang tidak ingin tahu kebenaran dan hanya tertarik dengan 'drama' yang timbul.

"Sejak hari itu, saya tidak lagi pernah terlibat dengan perkara sedemikian. Tindakan yang saya boleh lakukan adalah mengabaikan komen negatif. Walaupun menerima banyak kecaman, saya masih masih menjalani kehidupan yang baik. Malahan, perniagaan juga berjalan lancar.

"Saya dikurniakan dengan keluarga yang penyayang serta rakan-rakan yang luar biasa. Jadi, saya ingatkan diri untuk selalu bersyukur," katanya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-2-2022 12:50 AM
Panjang nye caption. Maleh nak baca aih.
Netizen je la toksik. Kau tak??
Pandai meniru kasi kat ko
Quote pxlbb 22-2-2022 08:42 AM
Risiko kalau showing off kat medsoc. Tengok ongkaye lain Tan Sri Albukhari tak kene kecam sbb tak sebok nak feed lifestyle serba mewah jadi tatapan umum. Sebbaik tak kena penyakit ain.
Quote nakkomenjugak 22-2-2022 01:44 PM
Tak nak toxic?
Private personal IG
Biar circle followers tu kayangan2 macam ko jugak
So masing2 paham lifestyle memasing
Marhaennnn jugakkkkk bagi solution untuk si kayangan
Quote Qumpy 22-2-2022 02:26 PM
Patut ada 2 account. 1 utk tayang lifestyle mahal private circle . 1 utk promote barang2 niaga so orang tak la sakit hati. Semua bahagia.
Quote sofinamini 22-2-2022 02:56 PM
ala V nak buat cane , tu la price u kena hadap tayang semua benda dkt socmed.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.117254 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top