CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Urat-urat Di Muka Mula Tarik...' - Achey Positif Varian Omicron

21-2-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8288| Komen: 98

Description: Pelakon dan pelawak Achey mengesahkan dirinya positif Covid-19 varian Omicron selepas melakukan ujian PCR dan kini menjalani kuarantin kendiri sehingga 25 Februari ini.
Pelakon dan pelawak Achey mengesahkan dirinya positif Covid-19 varian Omicron selepas melakukan ujian PCR dan kini menjalani kuarantin kendiri sehingga 25 Februari ini.


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan kesihatannya merosot sejak dua hari lalu dan mula melakukan ujian saringan kesihatan (RTK). 


Kredit foto: IG Achey

"Kesihatan saya mula merosot dua hari lalu yang mana demam mencapai sehingga 39.8 celsius hingga urat-urat di muka mula tarik dan menegang. Saya sudah melakukan ujian saliva sebanyak  tiga kali dan hasil negatif manakala, dua lagi ujian calitan menerusi hidung juga negatif.


"Apabila kesemua hasil ujian negatif, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan. Mereka mengambil darah dan belum dapat mengesahkan apa-apa kerana sudah jam 2 pagi ketika itu.

"Mereka mengambil darah kerana berpendapat saya mungkin dijangkiti denggi atau virus dalam darah. Akhirnya, keputusan ujian PCR mengesahkan saya positif Covid-19 varian Omicron," katanya kepada Harian Metro.

Achey turut meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan isteri, Nur Hasanah Yahaya dan anak perempuannya, Tiara Zinnirah. Menurut Achey, kiraan 'CT Value' yang rendah boleh menjangkiti isteri dan anaknya.



Menurut kajian, gejala dialami penghidap varian Omicron lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta. 

Malah, varian Omicron virus Covid-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta.

Achey yang kini menjalani kuarantin di rumah turut terpaksa membatalkan dua komitmen kerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Buat masa ini saya hanya boleh tawakal dan berserah kepada Allah SWT agar isteri dan anak saya terus sihat walafiat. Antara langkah yang diambil ialah amalkan makan vitamin dan makanan tambahan.

"Mujur rumah ini mempunyai bahagian khas untuk tetamu dan saya menjalani kuarantin di bilik ini. Doktor juga maklumkan agar saya mula kuarantin hari ini sehingga Jumaat depan.

"Apabila dah positif Covid-19 macam ini, saya terpaksa batalkan dua komitmen kerja berkenaan. Ikutkan itu saja rezeki untuk bulan ini, tapi saya percaya rezeki Allah SWT akan datang dari arah lain pula," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 21-2-2022 05:16 PM
Bukan ke dia ade berdoa ritu klu kena covid dia akan buat something
Quote asfaz 21-2-2022 05:23 PM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x negatif. Tp ada batuk and anak demam, pergi la jgk ke klinik yg ada buat cek covid. Sekali positif walhal pagi tu cek negatif. Ai syak cara ai cek tu salah
Hari jumaat sah covid arini dah ok .cuma kena la kuarantin wajib 7 hari
Quote cap_ayam 21-2-2022 05:29 PM
asfaz replied at 21-2-2022 05:23 PM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x  ...

semoga cepat sihat buat asfaz sekeluarga.
Quote asfaz 21-2-2022 05:29 PM
cap_ayam replied at 21-2-2022 05:29 PM
semoga cepat sihat buat asfaz sekeluarga.

Terima kasih
Quote prince_marhaen 21-2-2022 05:31 PM
tengok gambar pun berdesing telinga meols bunyi bingit suara dia... ekekekeke
semoga cepat sembuh la yek....banyak job katanye kannn
Quote damian_lee 21-2-2022 05:33 PM
asfaz replied at 21-2-2022 09:23 AM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x  ...

kena cobid ni
paling penting jangan panic
kena tenangkan diri
ramai yang develope symptom sebb pemikiran sendiri contohnya badan lemah …

paling penting makan minum kena jaga
kalau xlalu pun paksa je makan minum
untuk sentiasa ada tenaga
terutama minum … kena cukup air dalam badan

vitamin yang direcommend
Vitamin C … D dengan Zinc
kalau boleh dpt dari natural source (makanan) better

lepas tu kena monitor symptom and amik ubat sepatutnya mengikut Symptom (demam,batuk biasa, batuk berkahak dan sebagainya)

keep monitor body temperature
kalau tinggi tampallah apa yang patut
time aku .. aku guna tuala basah
letak kat kepala .. celah tiak … kadang kat dada/perut
kadang lap2 bahagian tapak tangan/kaki

monitor oksigen dalam badan
and tidur dalam posisi yang bagus untuk pernafasan.

agituuu

Nota kaki: dapatkan nasihat doktor. di atas hanyalah amalan yang saya buat time menghadapi acik Delta.
Quote syaz_lina 21-2-2022 05:34 PM
Betul sebagai alumni menghidap delta, n now dlm kuarantin for omicron, lain simptom n length of recovery. Dulu 10 hari aku demam tak kebah, n hilang deria bau n rasa. Omicron ni hari ke-5 dah tone down demam n batuk.bau n rasa still intact
Quote cap_ayam 21-2-2022 05:34 PM
asfaz replied at 21-2-2022 05:29 PM
Terima kasih

Sama2 .. jiran2 kaka pun ramai yang positif.. kebanyakannya demam suhu tinggi..
Quote makadek 21-2-2022 05:37 PM
asfaz replied at 21-2-2022 05:23 PM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x  ...

Stage brpa kongsi sikit
Quote asfaz 21-2-2022 06:12 PM
damian_lee replied at 21-2-2022 05:33 PM
kena cobid ni
paling penting jangan panic
kena tenangkan diri

Anak ai demam paling tinggi pun 36.9 . Pastu 2
hari dah ok. Btuk je lah. Cuma ai suspek kena lagi awal dr jumaat tu. Sb dah tak yakin tu yg ai pergi jugak ke klinik.
Ai dpt sb contact rapat dengan asben. Dia lak contact rapat dr kawan kerja.12 org  jugak kawan dia kena .
Quote OyaTonggek 21-2-2022 06:13 PM
asfaz replied at 21-2-2022 09:23 AM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x  ...

semoga cepat sembuh chuols sekeluarga
Quote asfaz 21-2-2022 06:15 PM
makadek replied at 21-2-2022 05:37 PM
Stage brpa kongsi sikit

Kat Mysejahtera tulis CAT -2a. Nanti 2x sehari kena update .Kena jawap soalan2 macam demam, batuk, muntah ,cirit, bibir biru tak, tahap oksigen, tekanan darah , tahap degupan jantung, suhu.
Macam asben ai bila lmbt aje , dpt la panggilan kasih sayang dr kkm suruh update
Quote pengecattaik 21-2-2022 06:16 PM
Bukan ke Omicron demam biashe2 je. Ni mcm Delta je suhu melampau..
Quote asfaz 21-2-2022 06:16 PM
OyaTonggek replied at 21-2-2022 06:13 PM
semoga cepat sembuh chuols sekeluarga

Tq sisthur
Quote asfaz 21-2-2022 06:19 PM
syaz_lina replied at 21-2-2022 05:34 PM
Betul sebagai alumni menghidap delta, n now dlm kuarantin for omicron, lain simptom n length of reco ...

Ai dengan anak2 deria bau dan rasa ok. Asben hilang deria bau dan rasa tpi sehari aje. Batuk je la degil sikit dah la ai mmg kalau btuk payah nak hilang.
Quote miracle_forever 21-2-2022 06:19 PM
syaz_lina replied at 21-2-2022 05:34 PM
Betul sebagai alumni menghidap delta, n now dlm kuarantin for omicron, lain simptom n length of reco ...

2x la chuols kena ye? take care & may you have speedy recovery!
Quote TabletSusu 21-2-2022 07:13 PM
asfaz replied at 21-2-2022 09:23 AM
Tingginya demam. Ai and family pun baru kena. Harini ai dah negatif.
Sebelum pergi klinik ai cek 4x  ...

Allahu.. semoga dikurniakan kesembuhan buat asfaz dan famili. Stay strong ye. Rehat secukupnya. Tenang2kan fikiran tu ye. Jgn fikir yg bukan2 ye

Nak menjawab psl saliva test tu.. aah yg aku di ajar aritu, kena dehem deram kat tekak tu mcm nak buang kahak tu.. hah air liur dr situ.
Quote TabletSusu 21-2-2022 07:16 PM
Aku tgh risau jgk skrg ni. Aku ada kat PD jaga mak abah aku. Tp berita arini kes covid kat PD tinggi
Quote mendeluk 21-2-2022 07:17 PM
Actually macam mana nak buat rapid antigen test itu eh?
Samada boleh guna kok hidung and saliva eh. Mcm disgusting pulak gunas saliva

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061647 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top