CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tidak Tahu Cara Menyimpan Coklat Dengan Betul? Boleh Ikut 4 Cara Ini!

16-2-2022 04:05 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2533| Komen: 9|Original author: Agent13k

Description: Coklat adalah snek makanan yang ramai orang suka hidangkan di majlis atau sambutan tertentu seperti hari lahiran ataupun menyambut ulang tahun perkahwinan,
Coklat adalah snek makanan yang ramai orang suka hidangkan di majlis atau sambutan tertentu seperti hari kelahiran ataupun menyambut ulang tahun perkahwinan, tetapi anda mungkin tidak pasti untuk menghabiskan coklat yang banyak dalam sehari kerana kandungan gula dalam coklat biasanya amat tinggi dan tidak elok makan dalam kuantiti yang banyak.

kredit foto: The Mirror


Sekiranya coklat masih ada baki atau stok coklat masih banyak lagi, anda boleh menyimpannya dengan cara yang betul, kualiti coklat perlu dijaga betul agar tidak berlaku perubahan rasa dan warnanya. Ini adalah cara-cara penjagaan coklat dengan betul petikan dari Mstar.

  • Simpan pada suhu 16-21 darjah celcius
kredit foto: Twenty20


Kalau boleh, coklat itu hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, gelap, kering atau ditempat yang tiada ataupun mempunyai pendedahan minimum kepada cahaya. Coklat itu harus disimpan pada suhu yang konsisten iaitu 16-21 darjah Celsius (60-70 darjah Fahrenheit). Coklat juga disarankan disimpan dikawasan penyimpanan mempunyai tahan kelembapan 50% bagi mengelakkan risiko pengeluapan kerana air boleh menjadi punca coklat itu menjadi reput.

  • Simpan di peti sejuk dalam keadaan tertentu
kredit foto: Twitter

Tidak semua isi rumah mempunyai penghawa dingin, menyimpan coklat di rak makanan dapur akan membuat coklat itu cair dengan cepat. Coklat hendaklah diletakkan dalam bekas bertutup rapat sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk, kerana suhu peti sejuk adalah kawasan yang lembab, lebih-lebih lagi apabila menyimpan coklat tanpa ditutup dan biar terbuka.

  • Letakkan dalam bekas tertutup
kredit foto: Town And Country

Walaupun coklat boleh disimpan di luar peti sejuk, anda perlu meletakkan coklat dalam bekas tertutup, secara teorinya, coklat mudah menyerap bau atau bau objek disekelillingnya seperti bawang putih ataupun rempah ratus. Kebiasaannya, oksigen atau udara adalah musuh pelbagai makan dan boleh menarik bau yang tidak diingini.


  • Beri perhatian kepada masa penyimpanan
kredit foto: Belfast Live

Coklat mempunyai banyak jenis justeru masa penyimpanannya juga berbeza, ini kerana setiap makanan yang diproses ada tarikh luput yang tertera di situ dan pengguna disarankan untuk memeriksa tarikh sebelum membeli coklat. Tetapi secara amnya, coklat gelap (dark chocolate) boleh bertahan sehingga 2 tahun, manakala coklat susu (milk chocolate) boleh bertahan sehingga setahun sahaja.

Anda suka makan coklat jenis apa? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 16-2-2022 07:57 PM
suka dark chocolate. lagi tinggi percent dark choc tu, lagi pahit rasa dia. lagi suka
Quote ina_na 16-2-2022 08:30 PM
Rumah aku coklat ni selamat disimpan di dlm perut je la...mmg kejap je abis dikerjakan..
Quote musangbodoh 16-2-2022 09:11 PM
aku ske cloud 9 je...cair ke keras ke layannnn
Quote Samerosie 17-2-2022 12:01 PM
Tak sempat simpan dah habis.
Quote Eva_yy_Ellin 18-2-2022 09:55 AM
Dark chocolate
Biasa memang simpan dekat luar je atas meja.
Simpan dalam peti sejuk jadi tak sedap.
Lebih rela coklat tu cair daripada rasa tekstur coklat tu hilang.
Quote Artemesiaa 18-2-2022 01:56 PM
Sebaiknya simpan ditempat dingin sebab cuaca agak panas dinegara kita
Quote Meiizu 18-2-2022 02:32 PM
Masa duk hostel dulu secara tak sengaja simpan cadbury choc dlm bekas tupperware...elok je taklembik.
Dah tau gitu buatlah lagi
Quote puanbintang 14-3-2022 03:20 PM
aku dengan coklat ni macam tarikan magnet, dah makan satu, makan lagi, mg tak sempat nak simpan2..tak boleh beli berbanyak, naya betul
Quote jijilaaa 16-3-2022 06:07 PM
i prefer dark choc. as for me cadbury tu pun manis leting dah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.066522 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top