CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bina Kereta Bugatti Chiron Dengan Tanah Liat Je!

14-2-2022 06:05 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1560| Komen: 8|Original author: Agent13k

Description: Jika anda meminati dalam dunia permotoran ataupun "kaki kereta" anda mungkin mengenali saluran Youtube yang dihasilkan oleh sekumpulan pemuda dari Vietnam iaitu NHET TV,
Jika anda seorang "kaki kereta", anda mungkin mengenali saluran YouTube yang dihasilkan sekumpulan pemuda dari Vietnam iaitu NHET TV.

Saluran YouTube dengan lebih 1 juta pengikut itu pernah menghasilkan pelbagai video pembinaan replika kenderaan seperti dari kereta mewah ke kereta kebal.


kredit foto: Youtube

Anak-anak muda Vietnam itu boleh menghasilkan kenderaan yang mampu bergerak dan berfungsi dengan baik, kretiviti mereka juga amat dikagumi kerana mereka tidak menggunakan kos yang tinggi dan mereka menggunakan bahan-bahan seperti besi, plastik, kotak, logam terpakai dan tanah liat.



Petikan dari Odisi, mereka telah melakukan satu lagi kejutan dengan membina sebuah Bugatti Chiron yang boleh dipandu dan berfungsi dengan baik. 

Walaupun telah siap, kereta yang dibina hanya menggunakan bahan asas tanah liat dan dihasilkan dalam masa setahun itu masih perlu menjalani beberapa ujian dan naik taraf.


kredit foto: Youtube

Penerangan mengenai video tersebut menceritakan tentang usaha mereka selama setahun untuk menghasilkan sebuah Bugatti Chiron.

Dengan rendah diri, mereka juga mengaku yang mereka hanyalah budak kampung miskin dari Vietnam dan mempunyai impian yang besar.


kredit foto: Youtube

Mereka juga berharap untuk mendapat sokongan penonton dan berjanji akan membuat lebih banyak projek pada masa akan datang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 14-2-2022 07:29 PM
Boleh la buat replica kit car untuk kegunaan sendiri.
Quote Normabaru 14-2-2022 08:40 PM
Rajinnya Anak mudaaaa..miskin tp xde la dok isap dadah manjanggg...good job
Quote Belibis 14-2-2022 08:52 PM
Tanah liat tu sebagai mould jer..body guna fibre glass..tajuk cam harey
Quote Skuau 14-2-2022 10:43 PM
ternak tomato..jadi sport car-din beramboi
Quote putput 15-2-2022 10:22 AM
taqpi tak cukup kilat. biasa2 saja. napa biru muda. cuba merah maroon garang skit
Quote tumpanglalu74 15-2-2022 11:22 PM
Janji leh selfie..
Quote borne 15-2-2022 11:30 PM
Ada bakat tak salah..
Quote dani-rox 15-2-2022 11:44 PM
sama kreatif mcm mamat nih

[youtube]e9vrwKUDM7w[/youtube]

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051449 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top