CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Diet Telur Rebus Boleh Turunkan Berat Badan Dalam 3 Hari Je?

14-2-2022 06:08 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3937| Komen: 21|Original author: Agent13k

Description: Ada pelbagai diet yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan dan salah satunya adalah diet telur rebus, diet telur rebus itu dikatakan boleh menurun berat badan dalam masa 3 hari. Telur itu sendir ...
Ada pelbagai diet yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan dan salah satunya adalah diet telur rebus yang dikatakan boleh menurunkan berat badan dalam masa tiga hari. 

Telur mempunyai khasiat seperti vitamin, mineral, lemak yang baik dan protein yang berkualiti tinggi.


kredit foto: Once Upon a Chef

Ia boleh dijadikan sebagai diet pilihan yang baik kerana bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi ianya amat berkhasiat.

Ada laporan mengatakan diet telur rebus merupakan sejenis permakanan yang menjanjikan penurunan berat badan dengan lebih cepat.

Difahamkan, seseorang yang mahu berdiet dengan telur rebus itu disarankan makan beberapa biji telur setiap hari bersama dengan protein tanpa lemak yang lain.


Selain itu, telur rebus juga boleh dimakan dengan sayur-sayuran dengan buah-buahan rendah karbohidrat.


kredit foto: The Spruce Eat

Petikan dari mStar menunjukkan cara betul untuk mengamalkan diet telur rebus.

Untuk waktu sarapan, makan sekurang-kurangnya dua biji telur rebus setiap hari dan tidak mengambil makan ringan lain. Untuk pembuka selera pula, boleh gandingkan telur rebus dengan sayur-sayuran seperti asparagus dan tomato.


kredit foto: IzzyCooking

Makan tengahari dan malam, boleh dihidangkan bersama protein tanpa lemak seperti dada ayam ataupun ikan.

Perlu diingatkan bahawa diet telur ini hanya disarankan dilakukan selama beberapa minggu pada satu masa sahaja, selepas itu boleh kembali kepada pola makanan biasa yang seimbang.

Ada yang pernah mencuba diet telur rebus? Menjadi tak? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 14-2-2022 08:10 PM
Crash diet rasanya tak berapa sihat, dan biasanya merosakkan hormon badan. Telur memang berkhasiat, boleh saja tambahkan dalam pemakanan harian, tapi jangan jadikan tonggak je la.
Quote Minami2013 14-2-2022 09:34 PM
Rasanya emylia ex af tu pun pernah diet telur ni utk kurus. Mmg nmpak kurus lah dia.
Quote akies 14-2-2022 09:57 PM
Tak penah cuba. Lagipun iols makan telur putih je..hat kuning tk makan.
Kolesterol tinggi.
Quote jas7512 14-2-2022 10:18 PM
akies replied at 14-2-2022 09:57 PM
Tak penah cuba. Lagipun iols makan telur putih je..hat kuning tk makan.
Kolesterol tinggi.

I pernah baca mana ya..klu boleh mkn telur putih sekali dgn yg kuning..klu x nak kolestrol tinggi..mkn telur rebus..jgn buat telur mata lak..yg ni mmg blh tinggi kolestrol
Quote Adrif 14-2-2022 10:27 PM
telur goreng, kicap, nasi panas

bersyukur ya Allah lahir dapat perut melayu ni

3 benda alah tu pun nikmat ya amat
Quote melinda_kerr 14-2-2022 10:47 PM
Byk lagi cara lain. Tk pyh la sampai menyeksa diri mcm ni sekali. Kentut pun busuk
Quote intan244 15-2-2022 12:10 AM
melinda_kerr: Byk lagi cara lain. Tk pyh la  ...
betul. kentut yg xtahan tu.
Quote helicornia 15-2-2022 09:00 AM
untunglaa makan telur je 3 hari bole turun berat
Quote makton 15-2-2022 09:58 AM
nak turun berat badan dlm masa 3 hari tu, kena makan telur tu berapa papan?
Quote krustykrab 15-2-2022 11:07 AM
Aku pulak kalau stress keje, auto kurang selera mkn..seminggu blh jatuh 3 kg
Quote chinta89 15-2-2022 11:13 AM
pernah buat mmg kurus tp bukan telur sahaja. diet ni dipanggil Diet Atkins.

telur jd pilihan sb karbohidrat dia rendah. dan blh tukar2 lauk lain mcm ayam, ikan, udang. sotong x digalakkan. dan DA ni x boleh mknn manis, ada karbo jumlah sekian sekian, x blh minum air manis langsung, segala sos2 tu x blh campur dlm mknn nt DA tak menjadi.

kalau kuat semangat, blh try utk 2-3 minggu. sure berat turun. x de lah kena penyakit kalau buat diet gini utk 2 minggu, dna korang takkan sanggup pun mkn telur rebussss je semata. tukar la menu lauk lain jgk.
Quote malaygirl 15-2-2022 10:51 PM
Tak boleh buat la diet ni. Sebab tak suka telur rebus semata2. Kalau ada kicap atau sos ke oklah jugak
Quote ayukpingu 19-3-2022 08:51 AM
asyik makan telur pun bosan gak.
Quote jijilaaa 19-3-2022 10:36 AM
erkk masa nak kawen dulu iols berjaya turun 20kg dgn diet telur tu lah....tp smpai skang i ols tak leh makan telur dah..muak weh.
Quote wirazam 19-3-2022 05:55 PM
jijilaaa replied at 19-3-2022 10:36 AM
erkk masa nak kawen dulu iols berjaya turun 20kg dgn diet telur tu lah....tp smpai skang i ols tak l ...

Wow..bole bgtau camana nak hilangkan 20kg Tu guna telur mcm yg sis buat?
Quote jazaa100 19-3-2022 10:26 PM
Aku dah pernah buat.....

Tengahari je kepala berpinau sbb kolesterol tgi......
Quote jazaa100 19-3-2022 10:28 PM
Utk org yg kolesterol tgi ni, semgu cuma blh mkn 2biji telur je.....

Ni sarapan 2biji, tengahari 2biji, tak sempat mlm dah berbintang kepala.....
Quote jerukkedondong 19-3-2022 11:05 PM
iols zaman belajar dulu suka makan telur rebus dgn kuah rojak kat
Restoren Taj sebelah SJMC..
Sekali mkn 5 biji pun boleh..tapi kuning telur iols tak makan semua..kembang tekak oi
Quote LoveSungmin 20-3-2022 07:29 PM
i pernah makan nasi sekali seminggu je.. ikut diet bos i.. dia kata makan apa je kecuali nasi.. tapi i sejenis yang tak timbang berat so i tak tau berapa banyak yang turun tapi officemate ada cakap memang i nampak kecik dari sebelumnya tapi sejak covid, setiap hari i makan nasi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.070666 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top