CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tinggi Tak Apa, Tapi Lawak Bell Ngasri Luar Biasa Bagi Kami Ketawa Cuit Hati"

3-2-2022 03:20 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3994| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Description: Siapa yang tidak kenal Bella Ngasri iaitu antara pelakon dan juga pelawak terkenal di Malaysia.

Sumber: Instagram Bell Ngasri

Siapa yang tidak kenal Bella Ngasri iaitu antara pelakon dan juga pelawak terkenal di Malaysia. Bell telah memulakan karier lakonannya dan sudah lama menapak dalam industri seni sejak kecil lagi. Sehingga kini Bell merupakan antara selebriti yang mampu mengekalkan popularitinya dalam industri hiburan tanah air. 

Sumber: Instagram Bell Ngasri

Menerusi akaun Instagram milik Bell, dia telah memuat naik gambarnya ketika zaman kanak-kanak bersama seorang pelakon popular iaitu Dato Jalalludin Hassan.

Menurut Bell walaupun dia kini telah dikategorikan sebagai orang dewasa, ketinggiannya tetap pendek dan tidak dapat mengatasi pelakon popular itu. Kapsyen yang dituliskan oleh Bell telah membuatkan ramai netizen dan peminatnya terhibur. Tidak dapat dinafikan Bell tetap nampak awet muda dan kacak walaupun usianya sudah melebihi 40 tahun. 

Sekadar info untuk semua, rata-rata ahli keluarga Bell bergiat aktif dalam industri seni di mana ibubapa serta adik-beradiknya yang lain turut terlibat dengan dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tetapi hanya Bell sahaja yang masih menapak di dalam bidang ini. 

Walaupun dari segi fizikal Bell tidak setinggi seperti artis yang lain, namun dia amat diminati ramai kerana pandai menjiwai watak yang diberikan kepadanya. Tidak dilupakan juga lawaknya yang telah menghiburkan hati ramai rakyat Malaysia. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Bell dengan pelbagai komen yang mencuit hati. Antara komen-komen yang diberikan: -CARI

Sumber: Instagram Bell Ngasri


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 3-2-2022 03:34 PM
Tapi heols chomellll.....comel-comel pun gagah ye anak dah 3 kan? Adik beradik heols semua awet muda ye, termasuk abang they'ols si Boy Ngasri tu, siap dah ada cucu dah...masih good looking lagi... subur pun ye, tengoklah Anne Ngasri tu...comel sangat..
Quote missyL 3-2-2022 04:56 PM
Hahaha. Rendah sgt rupenye die nie
Tertgok rancangan die ngn scha al yahya. Beza gile lol
Quote makgetah 3-2-2022 05:24 PM
Tengok dia ni teringat kucing happy bsn hahaha lawak
Quote nakkomenjugak 4-2-2022 08:10 AM
deyols the ngasri ni memang awet muda belaka
Quote babelina 4-2-2022 12:44 PM
aku suka dia.. masa jd host Hijrah kn lagu TV alhijarah tu.. kelakar btl.. hahaha
pndai dia selit2 lawak dlm acara lagu2 islamik tu..
Quote mamichik 4-2-2022 01:32 PM
iolls dulu2 tak pernah minat bellngasri ni.. cuma sejak2 dia berlakon makan mee ah hok je iolls suka tgk dia berlakon.. ahahaha
Quote che-cikL 5-2-2022 01:22 AM
Edited by che-cikL at 5-2-2022 01:24 AM

Lemah nau penulisan wartawan kelas belakang keluaran Cari @Cintaerina ni.

'ketinggiannya tetap pendek'
'tetapi hanya Bell shj yg MASIH MENAPAK DI dalam bidang ni'

Tahu tak cara guna perkataan 'menapak'? Kalau masa kecik, baru start macam kat perenggan pertama tu, betullah blh guna MENAPAK, ni dah 30 tahun lebih dah Bell kerja, terkenal dan popular pulak tu, ada ke patut tulis macam tu?

Belum iols nk komen lagi pasal letak 'DI' pada 'DI dalam bidang ni' .

Lemahh!




?
Quote balakkampung 5-2-2022 09:13 AM
aku tak pernah jemu ulang tengok bell jadi anak jasmin dlm drama joyah.
Quote maeye 5-2-2022 09:15 AM
che-cikL replied at 5-2-2022 01:22 AM
Lemah nau penulisan wartawan kelas belakang keluaran Cari @Cintaerina ni.

'ketinggiannya tetap pend ...

Setuju. Iols pun terganggu dengan perkataan menapak tu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052498 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top