CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2282|Reply: 9

"Tak Tinggi Tak Apa, Tapi Lawak Bell Ngasri Luar Biasa Bagi Kami Ketawa Cuit Hati"

  [Copy link]
Post time 3-2-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Cintaerina at 7-2-2022 10:38 AM


Sumber: Instagram Bell Ngasri



Siapa yang tidak kenal Bella Ngasri iaitu antara pelakon dan juga pelawak terkenal di Malaysia. Bell telah memulakan karier lakonannya dalam industri seni sejak kecil lagi. Sehingga kini Bell merupakan antara selebriti yang mampu mengekalkan popularitinya dalam industri hiburan tanah air.



Sumber: Instagram Bell Ngasri






Menerusi akaun Instagram milik Bell, dia telah memuat naik gambarnya ketika zaman kanak-kanak bersama seorang pelakon popular iaitu Dato Jalalludin Hassan.


Menurut Bell walaupun dia kini telah dewasa, ketinggiannya yang diketegorikan sebagai 'pendek' itu tidak dapat mengatasi pelakon popular itu. Kapsyen yang dituliskan oleh Bell telah membuatkan ramai netizen dan peminatnya terhibur. Tidak dapat dinafikan Bell tetap nampak awet muda dan kacak walaupun usianya sudah melebihi 40 tahun.


Sekadar info untuk semua, rata-rata ahli keluarga Bell bergiat aktif dalam industri seni di mana ibubapa serta adik-beradiknya yang lain turut terlibat dengan dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tetapi hanya Bell sahaja yang masih menapak di dalam bidang ini.


Walaupun dari segi fizikal Bell tidak setinggi seperti artis yang lain, namun dia amat diminati ramai kerana pandai menjiwai watak yang diberikan kepadanya. Tidak dilupakan juga lawaknya yang telah menghiburkan hati ramai rakyat Malaysia. Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Bell dengan pelbagai komen yang mencuit hati. Antara komen-komen yang diberikan: -CARI




Sumber: Instagram Bell Ngasri





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 03:34 PM | Show all posts
Tapi heols chomellll.....comel-comel pun gagah ye anak dah 3 kan? Adik beradik heols semua awet muda ye, termasuk abang they'ols si Boy Ngasri tu, siap dah ada cucu dah...masih good looking lagi... subur pun ye, tengoklah Anne Ngasri tu...comel sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Rendah sgt rupenye die nie
Tertgok rancangan die ngn scha al yahya. Beza gile lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok dia ni teringat kucing happy bsn hahaha lawak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
deyols the ngasri ni memang awet muda belaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:44 PM | Show all posts
aku suka dia.. masa jd host Hijrah kn lagu TV alhijarah tu.. kelakar btl.. hahaha
pndai dia selit2 lawak dlm acara lagu2 islamik tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 01:32 PM | Show all posts
iolls dulu2 tak pernah minat bellngasri ni.. cuma sejak2 dia berlakon makan mee ah hok je iolls suka tgk dia berlakon.. ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 5-2-2022 01:24 AM

Lemah nau penulisan wartawan kelas belakang keluaran Cari @Cintaerina ni.

'ketinggiannya tetap pendek'
'tetapi hanya Bell shj yg MASIH MENAPAK DI dalam bidang ni'

Tahu tak cara guna perkataan 'menapak'? Kalau masa kecik, baru start macam kat perenggan pertama tu, betullah blh guna MENAPAK, ni dah 30 tahun lebih dah Bell kerja, terkenal dan popular pulak tu, ada ke patut tulis macam tu?

Belum iols nk komen lagi pasal letak 'DI' pada 'DI dalam bidang ni' .

Lemahh!




?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 09:13 AM | Show all posts
aku tak pernah jemu ulang tengok bell jadi anak jasmin dlm drama joyah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 5-2-2022 01:22 AM
Lemah nau penulisan wartawan kelas belakang keluaran Cari @Cintaerina ni.

'ketinggiannya tetap pend ...

Setuju. Iols pun terganggu dengan perkataan menapak tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.414083 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list