CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1704|Reply: 20

[Tempatan] 'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak membuat sebarang permohonan kepada China bagi membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari negara itu.

Perkara itu didedahkan penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World', Bradley Hope menerusi episod kelima program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube hari ini.

Memetik sumber dalam kerajaan China, katanya tiada pihak di Malaysia yang benar-benar meminta China untuk mengembalikan Jho Low, walaupun laporan sebelum ini dinyatakan sudah ada usaha mendapatkan ahli perniagaan itu.

Hope memaklumkan berdasarkan maklumat sumber dalaman kerajaan China, tiada sebarang permohonan dikemukakan pihak berkuasa sama ada polis, pejabat Peguam Negara, unit rasuah asing bagi mendapatkan ahli perniagaan dalam pelarian itu.

"Perkara paling menarik yang saya diberitahu sumber itu adalah dikatakan kepada saya ialah tiada siapa di Malaysia - sama ada polis, Jabatan Peguam Negara (AGC), unit rasuah asing - tiada siapa yang meminta China untuk Jho Low.

"Jadi, walaupun apa yang anda dengar secara terbuka, kononnya kami sedang mencari Jho Low, (namun) orang ini (sumber) menyatakan, tiada siapa di Malaysia yang mencari Jho Low.

"Penjelasan mereka adalah pada asasnya, terdapat terlalu ramai orang berkuasa di Malaysia yang berkaitan dengan Jho Low yang belum benar-benar diterokai sepenuhnya - wang yang mereka terima, kaitan hubungan mereka.

"Tiada sesiapa di Malaysia yang benar-benar mahukan Jho Low kembali. Apa yang dilakukannya satu 'ledakan' terlalu besar, semua yang dia lakukan dan tahu boleh menjejaskan di Malaysia," kata Hope dalam video berdurasi 12 setengah minit yang disiarkan di Youtube hari ini.

Wright dan Hope melancarkan saluran Youtube melalui Project Brazen pada 31 Ogos lalu, selepas melancarkan kempen untuk membongkar lebih lanjut mengenai Jho Low selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Dalam siri pertama Youtube itu, kedua-dua penulis mendedahkan mendapat maklumat Jho Low berada di China dengan gambar ahli perniagaan itu dilihat berada di pusat perjudian di negara itu.

Wright berkata dengan pendedahan itu sudah pasti rakyat Malaysia "sangat marah" kerana tiada pihak yang menuntut atau membuat tindakan lanjut mengenainya.

Dalam video hari ini, Hope mendakwa sumbernya juga memberitahu Jho Low mempunyai "perjanjian jelas" dengan Beijing untuk diberikan kebebasan bergerak dan tiada campur tangan dari negara asing ketika beliau berada di China.

Wright dan Hope mendakwa Jho Low mendapat perlindungan daripada China kerana terbabit dalam projek inisiatif 'Belt and Road' di China ketika era pentadbiran Najib.

Kedua-duanya juga mendakwa bahawa Jho Low kini menetap di tanah besar China sejak Najib jatuh dari tampuk kuasa, malah keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang kini berpangkalan di Hong Kong.

"Jadi semua aset mereka dan segalanya kini berada di Hong Kong dan mereka kini penduduk Hong Kong. Mereka menjalani kehidupan seperti biasa di Hong Kong," kata Hope.

Sebelum ini dilaporkan China berulang kali menafikan dakwaan bahawa mereka melindungi Jho Low.

Pada awal September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengulangi komitmen pasukan keselamatan untuk terus mengesan ahli perniagaan dalam buruan itu dan membawanya ke muka pengadilan.

Beliau juga menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low menghubungi pihak polis.

Difahamkan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada dana 1MDB oleh Jho Low dan beberapa pegawai peringkat tinggi yang menguruskan dana itu serta sekutu mereka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa itu setakat ini masih belum berhasil.

Jho Low berdepan saman AS$3.78 bilion atau RM16.82 bilion yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Dengan pihak berkuasa Malaysia terus mencarinya, dia dilaporkan menawarkan penyelesaian tetapi Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan perkara itu ditolak.

Laporan berita yang memetik sumber, mendakwa bahawa Jho Low menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.

Sementara itu, dilaporkan seorang pegawai kanan polis mengesahkan nama Jho Low tiada dalam senarai Notis Merah Interpol kerana jenayahnya tidak dilihat sebagai mengancam nyawa atau keselamatan awam.

Menurut sumber polis, pihaknya sedang mencuba sedaya upaya untuk mengesan Jho Low dan membawanya ke muka pengadilan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1008606/tiada-siapa-pun-di-malaysia-minta-jho-low-kembali

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World', Bradley Hope (kiri dan Tom Wright.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:03 PM | Show all posts
Perkara paling menarik yang saya diberitahu sumber itu adalah dikatakan kepada saya ialah tiada siapa di Malaysia - sama ada polis, Jabatan Peguam Negara (AGC), unit rasuah asing - tiada siapa yang meminta China untuk Jho Low.


pihak2 di atas sila jawab dgn kadar segera sebelum rakyat betol2 naik hantu. korang cover siapa sebenarnya? siapa ya yg lebih kebal drpd Najib?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi sama babi berkwn
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik terjulur-julur tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish. Bencinya tengok muka Jolo atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 08:01 PM | Show all posts
mmg dorang xnak jho lo dtg atau tertangkap
bagilah mcm2 alasan... dah transform jd beruang lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:07 PM | Show all posts
aku rasa jho low sudah pegang beberapa telor kerabat dan monarki...sebab tu kerajaan melayu penjilat buah zakar monarki tak berani panggil cina babi ni pulang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 08:34 PM | Show all posts
patut kurung sekali dgn jibb
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:48 PM | Show all posts
kalau di suruh balik...
dia nak balik ke....
baik dia joli menghabiskan sisa2 duit yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik pun x ubah apa2! Apek hentah ke dah puas enjoy ke dah memantat sama Parit Hilton ber round-round. Buat semak warden penjara je nk jaga dia sorang. Biar idop dlm buangan selamanya!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Depan rakyat kemahen korang kata tengah siasat. Paling tahik ayat korang, muka macam beruang. Yahaoloh punyalah korang bambu rakyat mesia. Tapi dah dekat pru ni takde dorang nak kisah sbb bagi duit mengundi je dah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
So najib ni cuma kambing hitam jelah? Cc @rashiman @kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:43 PM | Show all posts
Ikut macai2 totok party asobiyyah & pentaksub2 tegar Pok Jib(yg dalam masuk) , memang depa dok ratib tiap2 hari mintak Jho Low dibawak balik

Depa klaim Jho Low boleh sucikan Pok Jib(yg dalam masuk)


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:33 PM | Show all posts
kena bawa balik dan hukum
tkg FBI dan Cold Case Division di mana2 US / UK nyer jurisdiction, however remeh, mereka kan cari dan hukum, baru lah ada credibility agencies mereka.

org ini telah memakan bebrillion dollar of malaysian monies dan dia mainkan PM you dan agencies negara you, adakah u akan biar sahaja?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
igt China nk bg free2 je ke? Adala tu kena trade something, tanah kedaung kw, panda ke,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kaya sungguh jho low ni sampai boleh bribe mcm2 negara. bijak dia ni. yg x brapa bijak tu najib. knapa la boleh gadaikan negara kat cina low ni. mmg la nk songlap tp skill songlap pun kalah dgn jolow. last2 jolow yg jauh lebih kaya raya n enjoy life. jolow oii.. kau nak buat ape pun lantak la.. cuma kembalikan la semua duit yg kau songlap dari malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:13 AM | Show all posts
yiiihhhh
klik je thread sebesar2 alam muka nya
klu ensem mcm dr mike xpe jugak



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 6-10-2022 03:31 AM
kaya sungguh jho low ni sampai boleh bribe mcm2 negara. bijak dia ni. yg x brapa bijak tu najib. kna ...

Betul kak, jo low punya bijak sampai berbelit cara dia pusing duit tue. Yg najib senang² jer terima duit masuk akaun sendiri, punya lurus bendul najib nie..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nama jho low tak tersenarai dalam notis merah interpol, bertentangan dgn kenyataan menteri dalam negeri, hamzah zainudin??!!

--------------------

Jho Low not on Interpol Red Notice list

KUALA LUMPUR (Oct 6): The name of fugitive financier Low Taek Jho (Jho Low) is not listed on the Interpol Red Notice page, contrary to a statement by Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin.

A check on the Interpol website in both his family name and country did not yield any results.

When “Malaysia” was searched, there are four names that showed up: Koh Ing Kueh, Umar Sirul Azhar, Tan Lok Seng and Loo Soon Aik.

On Tuesday (Oct 4), Hamzah when replying to a question by Kepong Member of Parliament Lim Lip Eng said that Malaysia will not offer rewards for information leading to Jho Low,

Lim queried if the Royal Malaysian Police (PDRM) had contacted American journalists Tom Wright and his colleague Bradley Hope, following their claims that Jho Low and his family were spotted in China and Hong Kong in 2018 and 2019.

He also asked why the Malaysian Government had not offered any rewards for individuals with information on Jho Low’s whereabouts.

In his reply to Lim, Hamzah said in the Dewan Rakyat that PDRM was of the view that the Red Notice issued by Interpol was a better avenue than offering rewards as elements of cooperation and definitive information were involved.

He added that this required the 195 member states of Interpol to channel any information to Malaysian authorities to facilitate any extradition process.

Following Hamzah’s response, Wright claimed that no one in the Malaysian Government is trying to find Jho Low.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.101993 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list