CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6067|Reply: 4

Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”

[Copy link]
Post time 15-2-2026 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 15-2-2026 02:58 PM

PENGANJURAN Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton.



Walaupun penyanyi rock itu berjaya memukau sebahagian besar penggemarnya, namun terdapat beberapa rungutan yang diluahkan oleh penonton yang hadir terutama mereka yang membeli tiket dengan harga lebih rendah.

Rata-rata penonton yang berada di kawasan tingkat atas stadium (tiket bronze) meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti sistem bunyi pada konsert tersebut.Mereka juga mendakwa tidak dapat mendengar dengan jelas ketika Ella sedang rancak mengadakan persembahan.




Malah ramai di antara mereka dilihat yang dikatakan menjerit 'tak dengar' sewaktu persembahan sedang berlangsung.
Situasi itu mula mendapat perhatian di platform media sosial, khususnya di aplikasi Threads selepas konsert tersebut tamat.

Beberapa netizen berkongsi pengalaman mereka, mengungkapkan rasa kecewa dengan kemudahan yang disediakan.

Antara komen di Threads yang kurang puas hati dengan konsert Ella.:-


         "Tak tahulah kenapa, aku pekak ke semalam sebab pembesar suara tak jelas sangat dekat konsert Ella, saya kecewa.


"Kami tahu tiket kami paling murah, tapi kenapa buat macam ni pada kami? Sound system bergema teruk. Nasib baik blok 313 semua function menyanyi bersama.



      "Maaf Ella, cuba bertahan duduk sehingga lagu akhir namun pada pukul 10.40 malam, saya dah balik. Skrin besar tapi bunyi  macam pembesar suara sekolah," luah netizen.

Walau bagaimanapun masih terdapat peminat yang memberi sokongan kepada Ella dan berharap pihak penganjur dapat memperbaiki masalah teknikal itu pada masa akan datang.

Ada juga yang menyuarakan pendapat tiada keperluan pun suami Ella turut beraksi menyanyi bersama.








































Credit:Mstar Gambar Ihsan:Gempak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2026 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp xde org komen mcm konsert tokti tahun lps yg kne kecam
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 kecaman... Biasalah konsert... Lagi2 kat stadium mcm bkt jalil...
Btw seat ai OK je loud and clear...
Takde masalah... Yg penting kek ellll superbb energetic.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain berlopak baju laki dia akibat ketibas
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 15-2-2026 05:45 PM
Kemain berlopak baju laki dia akibat ketibas

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.879691 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list