CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5370|Reply: 3

[Politik] BERSATU pecat Hamzah Zainuddin

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 13-2-2026 08:18 PM

BERSATU pecat Hamzah Zainuddin

Mohd Nasaruddin Parzi - Februari 13, 2026 @ 4:07pm

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat dari parti itu berkuat kuasa hari ini. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat keahlian partinya serta-merta.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

"(Pemecatan) berkuat kuasa 13 Februari 2026 (hari ini) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu dalam satu notis yang dilihat BH dan dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, memaklumkan lembaga yang bersidang semalam itu memutuskan pemecatan berkenaan.

"Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun pihak Datuk Seri (Hamzah) boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini," tulis notis itu.

Hamzah semalam dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil hadir ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu dijadual berlangsung di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli, memaklumkan Ahli Parlimen Larut itu kini berada di Sydney, Australia.

Beliau berkata, Hamzah berlepas ke Australia bagi menemani dan membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya sebelum menerima notis pada 7 Februari lalu untuk hadir ke prosiding Lembaga Disiplin BERSATU.

Lembaga Disiplin BERSATU dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu mahu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Muhyiddin.

Hamzah yang juga ketua pembangkang Parlimen turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan BERSATU ketika ini.

Sebelum ini, BERSATU juga sudah mengambil tindakan pemecatan kepada ramai pemimpinnya yang terbabit dalam gerakan sama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 04:59 PM | Show all posts
orang buat kerja, nak pecat pasal apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 08:19 PM | Show all posts
'Jika Muhyiddin tidak berundur, mungkin ramai pimpinan dan ahli BERSATU keluar parti'
Nor Fazlina Abdul Rahim - Februari 13, 2026 @ 5:29pm



KOTA BHARU: Kemelut yang melanda BERSATU termasuk pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini dijangka akan memburukkan lagi keadaan dengan pengunduran pimpinan dan ahli dari parti itu.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, yang juga Ahli Parlimen dari BERSATU yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak pengunduran Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin berkata, tindakan itu bakal diambil berikutan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

"Ini bukan kemungkinan kecil, sebaliknya kemungkinan besar ramai pimpinan dan ahli akan keluar parti dengan kemelut yang berlaku.

"Jika benar BERSATU mahu selamat, Tan Sri Muhyiddin perlu meletak jawatan dengan memberi laluan kepada pimpinan lain mengetuai parti.

"Jika Tan Sri Muhyiidn masih berkeras dan masih kekal, masa depan BERSATU akan hancur dan parti sukar untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya ketika dihubungi.

Khlir berkata, tindakan pemecatan Hamzah tidak sepatutnya berlaku kerana Timbalan Presiden itu tidak melakukan sebarang kesalahan atau menghasut mana-mana pihak.

"Bukan hanya ramai pimpinan mahukan Hamzah, sebaliknya PAS juga begitu. Malah jika BERSATU bukan bersama PAS dan dibantu oleh parti itu, BERSATU juga akan hancur.

"Jadi kena faham desakan yang mahu Muhyiddin berundur adalah demi selamatkan parti," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti, memutuskan Hamzah dipecat keahlian serta-merta.


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 10:40 PM | Show all posts
Ini semua salah abahscow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.

(306 patah perkataan sahaja)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.874803 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list