CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1646|Reply: 2

[Tempatan] "Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!

[Copy link]
Post time 14-2-2026 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 14-2-2026 01:09 PM



Shah Alam: Sampah berasal dari Amerika Syarikat tetapi dibuang dan dilonggokkan di negara ini.

Kegiatan haram itu bagaimanapun dibongkar Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang selepas merampas enam kontena sisa elektronik (ewaste) serta empat kontena sisa plastik seberat 216,726 kilogram yang dibawa masuk dari Amerika Syarikat di Pelabuhan Klang, pagi kelmarin.

Komander AKPS Pelabuhan Klang, Deputi Komisioner Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tindakan rampasan itu dilakukan susulan pemeriksaan fizikal ke atas 15 kontena di tapak pemeriksaan kontena di tapak pemeriksaan CFS 4, Pelabuhan Klang Barat di sini.

Menurutnya, pemeriksaan itu dijalankan dengan kerjasama disertai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), SIRIM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor.

"Hasil pemeriksaan dijalankan mendapati, sebanyak enam kontena berisi e-waste dan empat kontena mengandungi sisa plastik.

"Ada kontena mengandungi sisa elektronik terdiri daripada komputer, penghawa dingin terpakai, campuran sisa elektronik dan logam sekerap, campuran plastik bersama sisa elektronik, kepingan sisa elektronik serta alat ganti kereta.

"Semakan mendapati kesemua kontena ini masuk ke dalam negara seawal Disember 2024 hingga Julai tahun lalu. Jumlah berat dagangan adalah 216,726 kilogram," katanya dalam satu kenyataan.



Nik Ezanee berkata, kemasukan Bahan Buangan Terjadual adalah dilarang sama sekali menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kontena-kontena eWaste akan ditempatkan di kawasan selamat sementara menunggu notis dari JAS Selangor dan JAS pusat bagi tujuan re-export.

"AKPS akan meneruskan pemeriksaan ke atas kontena dagangan yang disyaki membawa sisa-sisa yang terlarang," katanya.

Dalam pemeriksaan berasingan katanya, pihaknya berjaya mengesan dan menggagalkan cubaan masuk hasilan haiwan, aiskrim dari negara China yang didapati ketidakselarasan antarapengisytiharan dalam Borang K1 dengan kandungan sebenar konsainan di pusat pemeriksaan sama.

"Pihak pengimport mengemukakan pengisytiharan barang dagangan pada borang K1 sebagai 'frozen dumpling'. Hasil pemeriksaan fizikal mendapati barangan sebenar yang dibawa masuk adalah aiskrim dari negara China.



"Rampasan dianggarkan bernilai RM59,276.82 dengan anggaran berat sebanyak 17,580 kilogram. Pemeriksaan mendapati kesemua dagangan cuba dibawa masuk tanpa permit import MAQIS yang sah.

"Sitaan dibuat untuk memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus terpelihara," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] atas kesalahan mengimport tanpa permit import MAQIS yang sah.

Katanya, AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan kedaulatan sempadan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.

Disiarkan pada: Februari 14, 2026 @ 10:50am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hauk madani
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Waah polis dambaan acik2 CARI dah jage port ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049266 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list