CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli, Tak Ramai Kawan Di Sekolah

3-2-2022 01:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4332| Komen: 41|Original author: Tatod

Description: Di sebalik pencapaian penyanyi baharu, Iman Troye, gadis berusia 20 tahun itu membuka cerita pernah menjadi mangsa buli ketika dibangku sekolah.Bagaimanapun, kisah lalu itu tidak me ...
Sumber IG Iman Troye


Di sebalik pencapaian penyanyi baharu, Iman Troye, gadis berusia 20 tahun itu membuka cerita pernah menjadi mangsa buli ketika dibangku sekolah.

Bagaimanapun, kisah lalu itu tidak menjadi penghalang buat pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabuddin mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 seterusnya mendapat sijil dekan di universiti.

Memetik laporan Astro Gempak, Iman mendedahkan tidak mempunyai ramai kawan ketika masih bergelar pelajar sekolah. Hanya apabila berpindah ke sekolah baharu, Iman kemudian cuba mewujudkan persekitaran positif.


"Zaman persekolahan saya tidak indah. Saya pernah dibuli dan tidak mempunyai ramai kawan. Berpindah ke sekolah baharu, saya nekad untuk berjaya. Dan semua itu berbalik kepada restu ibu bapa," katanya.


Kata penyanyi lagu Nang itu lagi, dalam setiap perkara yang dilakukan pasti berdepan dengan pergelutan. 

Bergelar mahasiswi diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, dia berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa antara pekerjaan dan pelajaran.

"Kegembiraan itu pilihan, jadi lakukanlah perkara yang disukai dan diminati. Jangan beri pendapat selagi tidak diminta atau ditanya. Berkawan dengan individu yang mempunyai minat sama," katanya yang bersyukur dipertemukan dengan rakan-rakan yang mempunyai minat sama sepertinya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 3-2-2022 02:33 PM
Pe mende la yg best sgt bidah jr ni?
Quote innocentsangat 3-2-2022 02:34 PM
Biasalah tu. Tu belum kena buli dengan cikgu2. Lagi mcm **** rasa. Haha. Siap ajak kawan2 dalam bilik guru gossip. Gila. Berkat ke gaji.
Quote laksmanabentan 3-2-2022 02:53 PM
popular ekk dia nih...
Quote Perawankota 3-2-2022 03:15 PM
Dia ni muka bulat tp hakikatnya kurus yg Amat.. Anyway, macamana dia start famous yer? Or mmg ada cable dgn org2 industry tu yg cepat naik
Quote bottombikini 3-2-2022 03:30 PM
nak jugekkk
Quote Normabaru 3-2-2022 03:39 PM
Cmne dia ni blh join industry?

Nk kata aset besa tgk body hauks
Sore Pon hauks
Muka lg la..haaukkksss 10x

Tlg kaka selesaikan misteri ni..kuriyussss
Quote jari10 3-2-2022 03:44 PM
Cam dah umur 30an dah muka ko dik
Quote Kepot 3-2-2022 03:45 PM
cepat femes dia ni utk bbnu pastu byk duit skg.
Quote kisahkeaku 3-2-2022 03:46 PM
Normabaru replied at 3-2-2022 03:39 PM
Cmne dia ni blh join industry?

Nk kata aset besa tgk body hauks

me too.kurios jgk mcm mana dia blh popular.nabila cumi2 pun sendu jgk walau dah lama dlm industri.tibe2 nama dia pun sama naik.
Quote cikpisang 3-2-2022 03:47 PM
Dia ni bbnu yg okay la nyanyi live tak hauk. Mcm radio version gak. Tak mcm nabila. Lagu pun rezeki dpt yg catchy radio friendly. Cepat la dia naik. Sebelum jd retis pun diandah femes dlm kalangan budak sekolah. Instafemes
Quote jari10 3-2-2022 03:48 PM
Perawankota replied at 3-2-2022 03:15 PM
Dia ni muka bulat tp hakikatnya kurus yg Amat.. Anyway, macamana dia start famous yer? Or mmg ada ca ...

Dia ni model pakaian LR kot? Ke anak buah LR tu? Suka nyanyi2 cover lagu..aku rasa cam pernah nampak kat ig explorer tu..dia ni jugak kan yg kena kecam teruk sebab tumbangkan badan atas pokok2 landskap DBKL??
Quote akies 3-2-2022 03:59 PM
Tak silap iols dia ni start jadi model di butik leeyanarahman. Lepas tu ada juga menyanyi.
Dari situ kot start femes
Quote Normabaru 3-2-2022 04:43 PM
kisahkeaku replied at 3-2-2022 05:46 PM
me too.kurios jgk mcm mana dia blh popular.nabila cumi2 pun sendu jgk walau dah lama dlm industri. ...

Lagu dia xla sesedap mana..pastu tarian dia Pon cringe..oh Mai.. describe sini pon rasa nk nangis kaka tgk retis msia lagu Gini pon blh marketable..uwaaaa
Quote doubleharmonic 3-2-2022 04:48 PM
jari10 replied at 3-2-2022 07:48 AM
Dia ni model pakaian LR kot? Ke anak buah LR tu? Suka nyanyi2 cover lagu..aku rasa cam pernah namp ...

heshe jugak antara noreen yang seronok tengok kes cobid meningkat siap hihi lagik?



Quote sweetyroses 3-2-2022 05:21 PM
Semua lagu dy ak xleh nk hadam. Mgkin telinga ak kt xleh dgr lagu gedik2 macam tu. Bila tahu nama tu lagi mcm hmmm xbestnya. So conclusion dy ak xsuka dy ni tanpa sebab. Hahahahaha.

#kisahpulakaku
Quote ezacbee 3-2-2022 05:26 PM
doubleharmonic replied at 3-2-2022 04:48 PM
heshe jugak antara noreen yang seronok tengok kes cobid meningkat siap hihi lagik?

Cara dia gelak cam tok vida... come to me sayam.. sayammmm...

Quote exclusive_vvip 3-2-2022 05:31 PM
kawan skolah iols ada sorang ni, kekadang update fb kata dia zaman skolah dulu kena buli @ pulau, takde sapa nak kawan dgn dia…kecik ati iols baca..sebab i baik ngan dia..dia tu bukan kena buli@pulau sgt pun, orang jeles sbb dia lawa pastu baru balik dari oversea plak, salam tinggi la…tapi dia update kat fb mcm teruk beno zaman persekolahan dia takde org nak kawan..pdhal ramai je nak kawan dgn dia..akak2 senior pun ada..maklumlah org glemer..
Quote fealefea 3-2-2022 05:33 PM
management die bagos ni. tau kabel mane tak p. nmpk tak, kalau management team power, org cam nabila razali pon media boleh angkat terpaling popular walaupon takde ape yg menarik.
Quote sweetyroses 3-2-2022 05:37 PM
Kuat betul aura gedik minah ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.097377 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top