CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminta Sedekah Raih RM2 Ribu Sehari- Lengkap Bertudung, Ucap Kalimah Dua Syahadah Tak Reti!

28-1-2022 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6010| Komen: 110

Description: Seremban: Berperwatakan seperti wanita Islam lengkap bertudung. Namun sebaik diminta melafazkan kalimah dua syahadah, wanita ini hanya menggelengkan kepala selain gagal menjawab sama ada dia penganut ...
Seremban: Berperwatakan seperti wanita Islam lengkap bertudung. Namun sebaik diminta melafazkan kalimah dua syahadah, wanita ini hanya menggelengkan kepala selain gagal menjawab sama ada dia penganut agama Islam atau sebaliknya.


Tindakan wanita warga Kemboja terbabit sekali gus meragukan kerana dia disyaki cuba menyamar sebagai orang Islam untuk meraih simpati orang ramai dengan meminta sedekah di bandar raya ini

Wanita warga asing itu sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki memuat naik hantaran di akaun Facebook mendakwa warga Kemboja bersama kanak-kanak berusia dua tahun itu mampu meraihkan pendapatan sehingga mencecah RM2,300 sehari.


Foto: Twitter


Wanita itu dipercayai sanggup datang jauh dari Sungai Buloh, Selangor ke daerah ini dengan menaiki perkhidmatan e-hailing semata-mata untuk menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Malah berdasarkan hantaran itu, wanita terbabit turut mempunyai buku catatan dipercayai digunakan untuk merekodkan jumlah wang kutipan sedekah dikumpulkan secara harian.

Boleh dilihat dengan jelas pada buku terbabit menunjukkan tarikh dan jumlah kutipan pada hari tertentu sehingga mencecah RM2,300 sehari.

Difahamkan, selain berpakaian seperti wanita Islam, wanita terbabit turut membawa seorang kanak-kanak bagi menambahkan lagi rasa simpati orang awam.

Dalam hantaran itu juga, lelaki terbabit menyatakan warga Seremban dan rakyat Malaysia sememangnya pemurah berikutan pendapatan harian peminta sedekah mengalahkan gaji pegawai kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, pengemis wanita itu berjaya dikesan ketika tinjauan dilakukan Unit Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seremban.

"Wanita itu ditemui di tapak Pasar Malam Ampangan di sini, jam 6 petang Selasa lalu. PKMD mendapati dua wanita warga asing berusia 35 dan 40 tahun sedang mengemis bersama anak masing-masing berusia dua tahun. Kami melakukan pemeriksaan dan mendapati mereka adalah warga Kemboja berdasarkan kad vaksinasi dibawa. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati wanita itu tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan datang ke Seremban dengan menggunakan kenderaan e-hailing untuk meminta sedekah.

"Kami tidak dapat membuktikan sama ada wanita terbabit beragama Islam atau sebaliknya kerana tiada bukti atau dokumen. Malah, masalah komunikasi antara wanita itu dengan pegawai bertugas membataskan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Mengulas lanjut, kedua-dua pengemis itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana mereka adalah warga asing dan ia di luar bidang kuasa JKM.

"Tindakan advokasi dan penguatkuasaan sering dijalankan di kawasan yang menjadi tumpuan secara berkala. Jika kami menahan peminta sedekah warga tempatan, kami akan menempatkan mereka di rumah perlindungan.

"Jika peminta sedekah berkenaan adalah warga emas dan tiada tempat tinggal, kami akan menempatkan mereka di pusat jagaan atau rumah orang tua di bawah JKM," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 28-1-2022 03:11 PM
Pernah kena macam ni.bulan posa kat stesen minyak..tapi macam amoi..pakai tudung.
Bila aku suruh mengucap,terus marah cong ceng cong ceng dan beredar.
Quote lampor 28-1-2022 03:17 PM
Aku dah lama stop menderma kat golongan2 yg mengemis tepi jalan ni. Bukannya sombong atau apa... Tapi mmg ramai sgt sindiket... Yg acik2 jual kerepek kat depan petronas tu pun sindiket... X derma pun xpa... Asal x sokong geng2 sindiket buat duit mudah ni. Aku rela derma kat sedara mara aku yg aku tau susah... Pastu aku derma kat masjid2 lagi afdal.... 2k sehari... Senang idop weyy... Dh la x yah bayar cukai
Quote sharlenetexas 28-1-2022 03:19 PM
Kapir ke?
Sib baik tak tulis jawi.

Quote anakkerengga 28-1-2022 03:20 PM
PastU guna baby dan kanak2 utk mengemis.. meyamph betul aku
Quote buapakperut 28-1-2022 03:38 PM
Yang geram tu siap bawa baby. Kesian baby sapelah tuuu nasib malang sangat [em:8:]
Quote jazaa100 28-1-2022 03:48 PM
Belibis replied at 28-1-2022 03:11 PM
Pernah kena macam ni.bulan posa kat stesen minyak..tapi macam amoi..pakai tudung.
Bila aku suruh men ...

Dah amoi kau suruh mngucap....knp.....
Memang le dia cong ceng cong ceng kan kau.....

Quote MeghanK 28-1-2022 03:55 PM
dorang kata sedekah je la..yang penting niattt..dia nak tipu tu hal dia ngan Allah..


iols tak penah hulur walau singgit kat puak nih..mata sepet macam vietnam pakai tudung riba baby kat pasar malam..baby pulak tidoooo je dari petang sampai malam..bagi ubat ke apa
Quote TeropongThaico 28-1-2022 04:05 PM
Mudahnya hidup diarg. Kita sendiri bagai nak rak cari rezeki tunggang terbalik pun tak dpt gini.
Memang patut la diarg sanggup gadai nyawa nak dtg sini ya
Quote aotearoa 28-1-2022 04:10 PM
Gamaknya baby2 tu yg kena kidnap ke? Sebab tidoooo memanjang. Sekarang aku mmg tak bagi dah  pada yg jalanan  ni. Bukan apa takut nnti lps bagi aku mengungkit. Dah jadik tak ikhlas pulak..
Quote Belibis 28-1-2022 04:45 PM
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:48 PM
Dah amoi kau suruh mngucap....knp.....
Memang le dia cong ceng cong ceng kan kau.....

Sebab dia pakai tudung..bagi salam..aku musykil sbb dari tengahhari sampai malam duk kat situ.
Quote hareeeesah 28-1-2022 04:51 PM
Org kita sendiri susah payah perah kederat nak cari rezeki.. asal bertudung ada anak je konsep korg yg derma ni kan
Quote hashashes 28-1-2022 05:06 PM
Bawak budak 2tahun? Budak umur 2tahun ni kan tengah2 active nak explore sana sini, macam mana budak tu leh tido je ngan diorang? Jangan cakap sebab dah disumbat macam2 ubat. Or even worse, dadah ke
Quote cheezel 28-1-2022 05:06 PM
Sehari dpt byk tu? Patutla makin byk pengemis
Quote mama_cat 28-1-2022 05:12 PM
anak siapa la dia rembat buat umpan?? tidoq ja budak tu... kalau ikut boleh ka kids umuq2 cmtu dok tggu lama2..
Quote Skuau 28-1-2022 05:13 PM
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:48 PM
Dah amoi kau suruh mngucap....knp.....
Memang le dia cong ceng cong ceng kan kau.....

mana tau dia dipelihara oleh...laoshi...
Quote Artemesiaa 28-1-2022 05:54 PM
Kalah pendapatan yang makan gaji sebab tu tak kowser nak melayan golongan macam tu
Quote Minami2013 28-1-2022 06:12 PM
Sejak dah tau ada sindiket peminta sedekah ni mmg dah lama tak bagi mereka ni duit. Especially yg pakej bawak anak. Menyirap rase.
Quote emera 28-1-2022 06:14 PM
Diorang ni bijak sbb tau org melayu bodoh, dibodohkan atas nama agama.
Quote jazaa100 28-1-2022 06:18 PM
mama_cat replied at 28-1-2022 05:12 PM
anak siapa la dia rembat buat umpan?? tidoq ja budak tu... kalau ikut boleh ka kids umuq2 cmtu dok t ...

Dia bg ubat tido agaknya.....
Budak tu tak gerak gerak.....tengah panas pun tido nyenyak

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.333586 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top