CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasa Tawar RM4.2 Juta Untuk Cipta Makanan Bagi Misi Ke Planet Marikh!

28-1-2022 02:54 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1115| Komen: 0|Original author: Agent13k

Description: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 Juta (RM4.2 juta) kepada mana-mana individu yang boleh memberikan penyelesaian berkesan mengenai isu makana ...
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menawarkan ganjaran sebanyak AS$1 Juta (RM4.2 juta) kepada mana-mana individu yang boleh memberikan penyelesaian berkesan mengenai isu makanan angkasawan ke Planet Marikh.

kredit foto: Vice


Menurut Kosmo, NASA memerlukan idea bagaimana untuk memastikan makanan yang dibekalkan menggunakan sumber paling minimum, tahan lama dan menghasilkan najis yang sedikit. 

Cabaran itu diberi nama "Deep Space Food Challenge"  adalah sebahagian daripada persediaan agensi itu dalam misi menakluki Planet Marikh yang akan berlepas dalam pada masa akan datang.

kredit foto: SBS tv


Menurut di laman web rasmi NASA bertulis, "Sebagai sebahagian daripada misi menghantar angkasawan ke Marikh, NASA dan Agensi Angkasa Kanada (CSA) memberi tumpuan kepada cara untuk memberikan angkasawan-angkasawan sistem makanan yang berdaya maju untuk semua misi planet bagi jangka masa yang panjang." 

Fasa satu pertandingan menyaksikan 18 pasukan akan diberikan peruntukan sebanyak AS$450,000 (RM1.9 juta) pada oktober akan datang.

kredit foto: Sacramento Bee

Peringkat pertama menyaksikan reka bentuk daripada tumbuh-tumbuhan dan kulat sehinggalah kepada teknologi yang boleh menghasilkan makanan sedia untuk dimakan seperti roti dan serbuk dehidrasi yang berpotensi diproses menjadi makanan. 

Syarikat BeeHex, mencetak piza 3D di angkasa manakala sebuah syarikat air sedang cuba membuat goncangan protein angkasa dalam usaha memberi protein dan mikron dalam minuman tersebut.

kredit foto: CTV Montreal

Menurut Pentadbir Bersekutu untuk Direktorat Misi Teknologi Angkasa NASA iaitu Jim Reuter berkata usaha yang sedang dijalankan itu pada masa yang sama, dapat membantu penduduk bumi dengan menawarkan pek makanan tahan lama terutama ketika musim bencana.

NASA turut menggesa pasukan baru dan sedia ada untuk memasuki fasa 2 pertandingan itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.037659 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top