CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Belas Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Pelajar Lelaki, Bekas Pengetua Sekolah Agama Mengaku Tak Bersalah

28-1-2022 02:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3118| Komen: 28|Original author: tatod

Description: Seorang bekas mudir maahad tahfiz, Azizul Yahya, 30 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak atas 15 pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap lima pelajar lelaki sekolah berkenaan.Tertuduh y ...

Seorang bekas mudir maahad tahfiz, Azizul Yahya, 30 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak atas 15 pertuduhan melakukan serangan seksual fizkal terhadap lima pelajar lelaki, tahun lalu.

Memetik harian Metro, tertuduh yang masih bujang itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon agar dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Berdasarkan pertuduhan, Azizul didakwa melakukan amang seksual terhadap lima remaja lelaki yang pada ketika kejadian berusia 13 hingga 15 tahun di antara Februari hingga Oktober 2021 di sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah, Perak.


Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 14(a), 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Sumber Harian Metro

Bagi pertuduhan serangan seksual bukan fizikal, Azizul dikatakan menunjukkan video lucah kepada seorang mangsa pada jam 7.30 pagi pada 18 Oktober di lokasi sama.

Azizul juga berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Ketika kejadian, tertuduh adalah Mudir di maahad tahfiz yang mempunyai hubungan amanah kepada mangsa.

Mempertimbangkan bilangan pertuduhan dan jumlah mangsa serta kekhuatiran risiko tertuduh mengganggu saksi kes, hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tidak menawarkan sebarang ikat jamin.

Norita kemudiannya menetapkan 23 Februari depan untuk kes disebut semula termasuk untuk serahan dokumen berkaitan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 28-1-2022 03:27 PM
hantar anak masuk tahfiz biar jadi sempurna..
tapi dijamah oleh setan, bangsat laaaaa...
trauma anak tu nanti camna???
Quote shernazz 28-1-2022 03:36 PM
Elok.la.tak yah kena ikat jamin
Gila la samgap kat budak2 cam.anak2 dia tu
Kerat pelir baru tau
Quote 3chanceno 28-1-2022 04:10 PM
Muda nya sudah jadi mudir

Bagus tak boleh diikat jamin. Kesian budak2 yg jadi mangsa pasal trauma sampai dewasa

Semuga kebenaran di tunjukkan. Semuga tidak ada yang terlepas dari hukuman kalau sabit kesalahan. Ada kes suspek terlepas
Quote Artemesiaa 28-1-2022 06:07 PM
Kes sama terus berulang macam tak ada kesudahan
Quote MissYouSayang 28-1-2022 06:11 PM
Mujur bukan di K
Quote Punat_button 28-1-2022 06:36 PM
acik2 porum tak nak suruh tutup tahfiz ka? tanye jer

Quote umbut 28-1-2022 06:58 PM
Tahfiz ni under govn or perseorangan. Ada yg buka utk kaut keuntungan.. Kdg nampak budak tahfiz mintak derma dpn bank. Mintak derma je, belajarnya bila.
Quote angelofish 29-1-2022 01:01 PM
lepas tu mengelupur salahkan bapok bapok.sedang kan penunggang agama berkopiah @ serban punya angkara.sajat tersenyum sinis
Quote Minami2013 29-1-2022 01:11 PM
Ni la penunggang agama kalau betul la dia buat
Quote buapakperut 29-1-2022 04:38 PM
Jijik punya penunggang ugama
Quote febreze 29-1-2022 08:11 PM
3chanceno replied at 28-1-2022 04:10 PM
Muda nya sudah jadi mudir

Bagus tak boleh diikat jamin. Kesian budak2 yg jadi mangsa pasal trauma ...

trauma smpai dewasa.. jd gay pun ada.. jd nyah pon ada… selidik2 rupanya masa kecik pernah kna cabul etc oleh org yg rapat mcm kes ni lahh…
Quote Belibis 29-1-2022 08:13 PM
MissYouSayang replied at 28-1-2022 06:11 PM
Mujur bukan di K

Kenapa?? Tak semangat nak hencap ke?
Quote Nurul8001 30-1-2022 12:00 AM
Punat_button replied at 28-1-2022 06:36 PM
acik2 porum tak nak suruh tutup tahfiz ka? tanye jer

Sebenarnya, saya tak setuju tahfiz dibina berleluasa, dengan takde pemantauan yg betul2. Ni semua jadi fitnah pada Agama Islam.

Sekolah2 mcm ni, patut ditutup je. Mengkayakan org mcm Ustaz Mahadi je.

Nak buat, kena berdaftar. Pemantauan berkala.
Quote Nurul8001 30-1-2022 12:08 AM
Kalaulah diorang tau, mengajar Quran tak boleh kenakan upah yg tetap, sy tak rasa ramai nak bukak Tahfiz.
Ni, pengusaha bukan main kaya. Budak2 makan bercatu. Apoo? Melainkan, pengusaha ada income dari business lain, baru sesuai nak mengusahakan  Sekolah Tahfiz ni.
Quote CinnamonR 30-1-2022 03:32 AM
Pelik gila kan muda bole jd mudir...
Quote nakkomenjugak 30-1-2022 10:20 PM
kerja pusat tahfiz
ambik kesempatan untuk puaskan nafsu gayah nafsu peed0
antara manusia paling jijik dalam banyak2 kumpulan banduan
banduan boleh belasah keee orang gini dalam penjara malaya?
keee asing?
Quote cheezel 30-1-2022 10:37 PM
Muka skema nafsu cam setan. Rosak masa depan budak2
Quote prince_marhaen 31-1-2022 10:06 AM
gayah pedo macam ni lah sial sangat....celaka punya lahanat...lepas tu acah-acah pergi mahkamah semua pakai jubah, kopiah, padahal dalam kepala & kepala takok ingat nak beromen je...nak look around mesti muka tak laku, kepam, busuk, tu yang guna paksaan.. ini kalau terlepas ni memang sial lah...
Quote Punat_button 31-1-2022 12:12 PM
ostad azizul tak lupa bawa pen ke mahkamah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061366 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top