CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Palsukan Kematian Isteri Semata-Mata Untuk Kahwin Lagi Satu, Lelaki Dihukum Penjara

28-1-2022 01:13 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1221| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Description: Sanggup Palsukan Kematian Isteri Untuk Kahwin Lagi Satu, Lelaki Dihukum Penjara

Sumber: Sindonews

Disebabkan terlalu ikutkan hati mahu berpoligami, seorang lelaki sanggup menipu dengan memalsukan kematian isterinya tetapi kantoi di tangan pihak polis. 

Itu yang dilakukan oleh lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Suraji dari Bali, Indonesia namun isterinya, Diah Suartini kemudian tampil hadir ke pejabat agama untuk memaklumkan bahawa perkahwinan mereka masih sah.

Menurut laporan dari Sindonews, Diah telah pergi ke pejabat tersebut tetapi diberitahu bahawa Suraji mengaku telah berkahwin lain dengan seorang wanita bernama Hernanik.

"Saya pergi ke pejabat agama kerana pelik bagaimana suami boleh berkahwin lain kerana saya tidak ada memberi keizinan."

Ketika itulah dia diberitahu oleh pihak pejabat agama bahawa rupa-rupanya namanya telah ditulis sebagai ‘meninggal dunia’. Lagi memburukkan keadaan, Diah berkata kebajikannya dan anak-anak juga sering terabai sejak Suraji berkahwin lain.

"Saya sakit hati. Sampai hatinya menipu semua orang dengan mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baru.” kata Diah.

Diah dan Suraji berkahwin pada 1 Ogos 1989 dan sudah bersama selama 33 tahun.

Suami Tipu Isteri Mati Sebab Nak Kahwin Lain
Sumber: Google Image

Susulan daripada tindakannya itu, Suraji telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar dan rakan subahatnya, Abdul Munir pula dikenakan penjara enam bulan. 

Moga-moga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah ini bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 28-1-2022 01:19 PM
Perbuatan sia2 akhirnya sia2 kena hadap hukuman

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074107 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top