CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Britain Menjadi Bapa Kepada 129 Anak!

28-1-2022 12:17 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1745| Komen: 23|Original author: Agent13k

Description: Di London, England, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai penderma sperma paling banyak di dunia apbila menjadi "ayah" kepada seramai 129 kanak-kanak, menurut Kosmo, seorang guru bersara Clive Jones ...
Di London, England, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai penderma sperma paling banyak di dunia apabila dia menjadi "ayah" kepada seramai 129 kanak-kanak.

Memetik Kosmo,  guru bersara Clive Jones, 66 tahun berkata, jumlah tersebut bertambah apabila dia dapat tahu terdapat 9 lagi bayi yang terhasil daripada "sumbangan" spermanya.

kredit foto: NYPost

Menurut Jones, dia mula menderma spermanya di usia yang agak lewat iaitu ketika dia berusia 58 tahun apabila memuat naik tawarannnya di salah satu laman web pencarian sperma.

Ramai yang bertanya kepada Jones mengapa dia memilih untuk mendermakan spermanya secara percuma, namun ia akan difahami jika mereka melihat kegembiraan pada wajah ibu bapa yang menerima "sumbangan" kecil dari Jones.

kredit foto: Daily Mirror


Tambah Jones, kebanyakan klinik atau bank sperma menjual bahan yang didapati secara percuma jadi dia berbangga dapat membantu keluarga yang mahukan anak tanpa mengenakan sebarang caj.

 Jones belum berhasrat untuk berhenti menderma dan mungkin meneruskan aktiviti itu sehingga bayi yang dilahirkan mencecah angka 150 orang.

kredit foto: Daily Mirror

Sementara itu, Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa (NHS) menasihati orang ramai untuk mendapatkan sperma dari klinik yang berdaftar bagi mengelak sebarang jenis komplikasi kesihatan yang mungkin akan membahayakan orang.

Menurut NHS, mereka tidak boleh menghalang orang awam daripada menawarkan sperma mereka, namun buat ibu bapa, sila rujuk dengan klinik berdaftar kerana pendermaan sperma memerlukan penelitian kesihatan yang bagus.

Perlu diingatkan bahawa ia mungkin akan memberi kesan kepada keadaan bayi yang bakal dilahirkan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 28-1-2022 12:30 PM
klu org ni ada penyakit keturunan, apa tk haru ke 150 bayi ni..
Quote Artemesiaa 28-1-2022 12:36 PM
Hasil dari terlalu banyak menderma
Quote dua_chzy 28-1-2022 12:36 PM
batmana replied at 28-1-2022 12:30 PM
klu org ni ada penyakit keturunan, apa tk haru ke 150 bayi ni..

Dah sah2 la meka buat tapisan dulu sebelum pilih penderma yang layak.
Quote matchstick 28-1-2022 12:46 PM
Ada kemungkinan tak in future anak2 dia tu terkahwin sesama adik beradik. Put aside pandangan agama, dari segi sains pun tak elok kahwin sesama keturunan terdekat kan.
Quote tikusmontok 28-1-2022 01:17 PM
Patut la berebut..rupa bruce willis atuk ni
Quote ~boolean 28-1-2022 01:51 PM
soalan jujur ni, kenapa tak ambil anak angkat?
Quote darkness 28-1-2022 01:55 PM
Bangganya anak 129 orang. Moga jadi org berguna
Quote buapakperut 28-1-2022 03:41 PM
Kalau jumpa muka macam pikor, anak dia la tu
Quote jazaa100 28-1-2022 03:56 PM
~boolean replied at 28-1-2022 01:51 PM
soalan jujur ni, kenapa tak ambil anak angkat?

Klu ank angkat.....totally gene mak & bapak org luar....yg ni dia deerma sperma, cantum dgn sperma wife pastu masukkn dlm rahim wife....ibu tu dpt lah rasa ank sendiri.....
Quote jazaa100 28-1-2022 03:58 PM
buapakperut replied at 28-1-2022 03:41 PM
Kalau jumpa muka macam pikor, anak dia la tu

Ha...ha....tergelak aku....

Jgn dtg msia sudahlah.....
Umor dah tua....benih tak berjenis
Quote Adrif 28-1-2022 06:39 PM
fast forward 20 tahun kemudian

"Ape ke hey sume mat saleh kat sini manjang botak. Muka pun sepesen aje."
Quote Decaffeinated 28-1-2022 07:09 PM
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:56 PM
Klu ank angkat.....totally gene mak & bapak org luar....yg ni dia deerma sperma, cantum dgn sperma ...

sperma wife? ko biar betek


Quote Decaffeinated 28-1-2022 07:10 PM
setakat masturbate 129 kali rempit lagi terer kot

Quote jazaa100 28-1-2022 07:11 PM
Decaffeinated replied at 28-1-2022 07:09 PM
sperma wife? ko biar betek

Tak betul ek?....
Quote Decaffeinated 28-1-2022 07:28 PM

sperma yang berenang2 macam berudu tu cari telur perempuan. Google lah kak.

ko jgn pulak kata lelaki pun ada telur juga


Quote jazaa100 28-1-2022 07:37 PM
Decaffeinated replied at 28-1-2022 07:28 PM
sperma yang berenang2 macam berudu tu cari telur perempuan. Google lah kak.

ko jgn pulak kata lel ...

Ala....aku maksudkn telor le tu tadi....
Tapi ayat tu tak kuar masa aku menaip....tu yg aku tulis sperm jugak tu....
Quote ~boolean 28-1-2022 09:20 PM
jazaa100 replied at 28-1-2022 03:56 PM
Klu ank angkat.....totally gene mak & bapak org luar....yg ni dia deerma sperma, cantum dgn sperma ...

maknanya sperma suami langsung tak digunakanlah kan?
aku bertanya sebab pelik yang belah suami tak kisah ke kalau anak tu takde pertalian/DNA dia..kalau macam tu sama macam ambil anak angkat..

tapi entahlah aku ni kahwin pun tidak, mana lah nak tahu perasaan mak2 ni teringin nak rasa mengandung ke apa.. kalau ikut otak andartu aku, macam lagi senang ambil anak angkat...
Quote kakikuDibibirmu 28-1-2022 09:30 PM
~boolean replied at 28-1-2022 09:20 PM
maknanya sperma suami langsung tak digunakanlah kan?
aku bertanya sebab pelik yang belah suami tak ...

Sis termasuk kategori mana tu?

andartu junior - 28-34 tahun
andartu senior - 35-39 tahun
andartu forever - 40 tahun ke atas
Quote ~boolean 28-1-2022 09:55 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2022 09:30 PM
Sis termasuk kategori mana tu?

andartu junior - 28-34 tahun

sipi2 nak masuk senior...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055638 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top