CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Angsa Duduk Di Landasan, Perjalanan Kereta Api London Tertunda

27-1-2022 04:48 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1734| Komen: 31|Original author: Agent13k

Description: Seekor angsa duduk di landasan kereta api bawah tanah di London, England yang enggan berganjak selama lebih satu jam menyebabkan berlakunya kelewatan dan pembatalan perjalanan. Menurut Suara Merdeka, ...
Seekor angsa duduk di landasan kereta api bawah tanah di London, England yang enggan berganjak selama lebih satu jam menyebabkan berlakunya kelewatan dan pembatalan perjalanan. 


Menurut Suara Merdeka, kejadian ini berlaku di stesen South Acton.

kredit foto: Twitter

The London Underground berkata kereta api tidak dapat melakukan perjalanan Wilesden Junction dan Richmond semasa kejadian itu, perjalanan 13 kereta api sama ada dibatalkan atau dialihkan dan pada waktu yang sama, pekerja cuba menarik angsa itu keluar dari landasan.


Angsa itu akhirnya berdiri dan pekerja mengheret angsa ke pintu masuk stesen Kingswood Road, di mana penyelamat dan petugas Perlindungan Hidupan Liar London mengambilnya. 

Menurut wakil Perlindungan Hidupan Liar London, angsa itu sangat keliru sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan, apabila mereka mengukur beratnya mereka dapati angsa itu kurang berat badan, jadi dia mungkin tidak ada kekuatan untuk terbang.

kredit foto: Twitter

Angsa itu dikatakan bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengelak rel eletrik, ujar wakil Perlindungan Hidupan Liar London. Angsa tersebut dilepaskan pada keesokan hari selepas dipelihara semalaman. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 27-1-2022 06:22 PM
Nasib diselamatkan yang perihatin kalau kat tempat lain silap2 dah kena gulai
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 06:23 PM
Artemesiaa replied at 27-1-2022 06:22 PM
Nasib diselamatkan yang perihatin kalau kat tempat lain silap2 dah kena gulai

Ada ke orang yang makan angsa?
Quote Artemesiaa 27-1-2022 06:26 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?

Ada je tapi tak ramai
Quote dua_chzy 27-1-2022 06:27 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?


Ada. Masa kecik2 aku pernah makan. Sedap ja. Mak kasik masak merah tapi kalau di Malaya, masak merah stail sheol tu lebih kepada masak ros namanya.
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 06:29 PM
Artemesiaa replied at 27-1-2022 06:26 PM
Ada je tapi tak ramai

Angsa selalu sangat kejar akak, tak tahu kenapa, lepas tu akak tempeleng angsa tu dengan selipar Jepun akak, berbuih-buih mulut dia
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 06:31 PM
dua_chzy replied at 27-1-2022 06:27 PM
Ada. Masa kecik2 aku pernah makan. Sedap ja. Mak kasik masak merah tapi kalau di Malaya, masak mer ...

Akak memang tak lalulah nak makan bunga ros dengan daging, kalu letak dalam air sirap yang ada berudu tu tak apalah jugak
Quote msel 27-1-2022 06:50 PM
Dah macam ala2 queen, jalan diiringi dan diperhati. Terkedek2 [em:3:]
Quote musangbodoh 27-1-2022 07:51 PM
kat hentian bolehlah...cuba tgh jalan....
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 08:08 PM
Beberapa tahun lepas banyak juga angsa di curi oleh pendatang dari Vietnam mereka curi untuk dijadikan makanan.

Semua angsa di UK adalah dimiliki oleh queen.
Quote cmf_almondpecan 27-1-2022 08:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?

Angsa panggang sedap. Tapi susah nak cari terutama yang halal. Pernah makan 2 kali. Bagi saya lebih sedap dari ayam atau itik panggang. Cina Hong Kong memang suka angsa panggang (siew ngor). Pernah jadi bertumbuk depan gerai angsa panggang berebutkan seketul yang tinggal.
Quote darkness 27-1-2022 08:14 PM
Comel angsa. Nak bertelur ke?
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 08:31 PM
Di Malaysia swan juga dipanggil angsa dan goose juga dipanggil angsa.
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 08:37 PM
Tchaikovsky tersenyum sinis

[youtube]9cNQFB0TDfY[/youtube]
Quote dua_chzy 27-1-2022 08:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 08:31 PM
Di Malaysia swan juga dipanggil angsa dan goose juga dipanggil angsa.

Yang saya pernah makan itu, goose. Swan tak pernah lagi.
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 08:53 PM
Toyota Unser tersenyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 09:02 PM
dua_chzy replied at 27-1-2022 04:49 AM
Yang saya pernah makan itu, goose. Swan tak pernah lagi.

Itik angsa semua tu saya belum pernah makan.

Ada sekali tu kita orang pergi ke chinese restaurant salah seorang Order masakan daging itik tetapi saya tak berani nak makan kerana dari kecil saya tidak pernah makan daging itik.
Quote jas7512 27-1-2022 09:24 PM
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 09:02 PM
Itik angsa semua tu saya belum pernah makan.

Ada sekali tu kita orang pergi ke chinese restaurant ...

Itik panggang sedap juga tapi klu org x pandai masak..dia ada rasa yg weird...maybe hanyir ckit
Quote mbhcsf 27-1-2022 09:55 PM
white swan ke white goose?
angse

mother goose....hahahaha making a scene.Richmond wilesden junction ? district line? ke , i think ???

tapi south acton?
Quote arareez 27-1-2022 10:40 PM
Yummm.. Sedapnya kari angsa Lebuh Queen

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063400 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top