Seekor angsa duduk di landasan kereta api bawah tanah di London, England yang enggan berganjak selama lebih satu jam menyebabkan berlakunya kelewatan dan pembatalan perjalanan.
Menurut Suara Merdeka, kejadian ini berlaku di stesen South Acton.
kredit foto: Twitter
The London Underground berkata kereta api tidak dapat melakukan perjalanan Wilesden Junction dan Richmond semasa kejadian itu, perjalanan 13 kereta api sama ada dibatalkan atau dialihkan dan pada waktu yang sama, pekerja cuba menarik angsa itu keluar dari landasan.
Angsa itu akhirnya berdiri dan pekerja mengheret angsa ke pintu masuk stesen Kingswood Road, di mana penyelamat dan petugas Perlindungan Hidupan Liar London mengambilnya.
Menurut wakil Perlindungan Hidupan Liar London, angsa itu sangat keliru sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan, apabila mereka mengukur beratnya mereka dapati angsa itu kurang berat badan, jadi dia mungkin tidak ada kekuatan untuk terbang.
kredit foto: Twitter
Angsa itu dikatakan bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengelak rel eletrik, ujar wakil Perlindungan Hidupan Liar London. Angsa tersebut dilepaskan pada keesokan hari selepas dipelihara semalaman. -CARI
Post time 27-1-2022 08:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 06:23 PM
Ada ke orang yang makan angsa?
Angsa panggang sedap. Tapi susah nak cari terutama yang halal. Pernah makan 2 kali. Bagi saya lebih sedap dari ayam atau itik panggang. Cina Hong Kong memang suka angsa panggang (siew ngor). Pernah jadi bertumbuk depan gerai angsa panggang berebutkan seketul yang tinggal.
Ada sekali tu kita orang pergi ke chinese restaurant salah seorang Order masakan daging itik tetapi saya tak berani nak makan kerana dari kecil saya tidak pernah makan daging itik.