CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Hari Bayi Terperangkap Dengan Mayat Ibu, Bapa Saman Jabatan Perkhidmatan Gelandangan

25-1-2022 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1563| Komen: 9

Description: Lyric Laboy berusia 15 bulan ketika ditemui berlumuran najis dan trauma kerana terperangkap selama lima hari bersama mayat ibunya.
Lyric Laboy berusia 15 bulan ketika ditemui berlumuran najis dan trauma kerana terperangkap selama lima hari bersama mayat ibunya.

Kanak-kanak perempuan itu berada di bawah katil tidak jauh daripada ibunya, Shelbi Westlake, 26, yang meninggal dunia disebabkan pengambilan dadah berlebihan di sebuah bilik di Pusat Keluarga East River, Manhattaan, New York.

Mahkamah dimaklumkan Lyric menderita dehidrasi teruk dan memerlukan rawatan segera sebaik diselamatkan.


Kredit foto: New York Post

Dia juga mengalami ruam lampin 'mengerikan' yang masih belum sembuh iaitu enam bulan selepas kejadian pada Julai 2021 itu.


Shelbi yang berpisah dengan suaminya, Quraan Laboy, 31, berpindah ke unit apartmen pusat perlindungan berkenaan tiga bulan sebelum kematiannya, menurut dokumen difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.

Quraan mengemukakan saman AS$5 juta (RM20.92 juta) ke atas Jabatan Perkhidmatan Gelandangan atas musibah yang berlaku.

"Saya tidak tahu berapa lama dia (Lyric) akan menderita. Dia menghadapi kebimbangan untuk berpisah," kata Quraan.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Gelandangan menafikan bayi itu ditinggalkan sendirian selama lima hari, namun tidak menyertakan maklumat lanjut tempoh masa Lyric ditinggalkan.

Agensi itu memberitahu New York Pos bahawa kes berkenaan dalam siasatan dan menyumbang kepada penambahbaikan cara kerja mereka.

Pusat perlindungan itu menawarkan pemeriksaan kesihatan pada sebelah pagi bagi penghuni yang gagal menandatangani kemasukan petang.

Lyric kini dilaporkan semakin baik dan berat badannya bertambah, namun dikatakan kerap menangis pada malam hari kerana mencari ibunya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-1-2022 10:17 AM
Mcm dah baca semlm. Dejavu kah meollss atau wartawan tak cakna berita sama?
Quote amyainsamad 25-1-2022 02:48 PM
kesiannya baby tu
Quote pekanwoohoo 25-1-2022 02:50 PM
Gelandangan pun ada jabatan. Terbaik.
Quote blakerainer 25-1-2022 02:51 PM
Aduii kesiannya baby tu tak daya nak bace
Quote matchstick 25-1-2022 03:07 PM
Kesian kt baby..
mak nye pun tak padan dgn gelandangan ada duit plk nk beli dadah smpi OD.ujung2 anak terabai salahkan gomen
Quote sambaldurian 25-1-2022 04:50 PM
Kn ngade2 pulak nk saman. Dia sendiri kenapa x tanya khabar kt ex wife dia. Ni bg aku more to ambil kesempatan nk duit. Nk juta2 pulak tu. Dia lepas tangan dh tau ex wife kaki dadah nk suh jaga anak. Menyampah.
Quote nononcrux 25-1-2022 04:59 PM
thread dah ade kan
Quote syaz_lina 25-1-2022 06:09 PM
Kesiannya baby tu, nama pun ke laut -lyric..apa la malang dpt bapak lps tangan camtu. Dah 5 hari baru ko nk cari??
Quote Suchi 25-1-2022 06:41 PM
Apaknya tak amik tau dah ke anak tu lepas cerai? Dhla maknya penagih, mampu ke seorang penagih besarkan seorang budak? Diri sendiri pun dh mcm mayat hidup.
Siang dan malam pun dah tak mampu beza.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056606 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top