CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajak Geng Belasah Junior Sebab Tak Puas Hati Minat Pelajar Perempuan Sama

25-1-2022 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1426| Komen: 4

Description: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah teknik di Melaka cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior gara-gara berebut pelajar perempuan, Sabtu lalu.
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah teknik di Melaka cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior gara-gara berebut pelajar perempuan, Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat abang mangsa pada 5.15 petang kelmarin.


Gambar hiasan

Katanya, hasil siasatan awal, motif kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak berpuas hati pelajar senior tersebut terhadap mangsa kerana meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah tersebut.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat mendakwa telah dibuli pelajar senior sehingga cedera di belakang badan, dada dan kaki kira-kira pukul 2 pagi di asrama sekolah berkenaan.

“Menurutnya sekumpulan 10 pelajar tingkatan lima membulinya kerana dia telah menipu tentang vape (rokok elektronik), namun hasil siasatan lanjut kita percaya ia sebenarnya berpunca daripada isu meminati pelajar perempuan yang sama,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam laporan dibuat, mangsa turut mendakwa sebelum ini pernah ditahan oleh seorang pelajar senior atas kesalahan menghisap vape.

“Mangsa ditumbuk di bahagian perut oleh pelajar senior dan dipukul secara beramai-ramai di dalam bilik asrama gara-gara tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.


Kecederaan dialami mangsa selepas dipukul pekajar senior

“Dia yang dalam kesakitan kemudian dipaksa berlawan dengan salah pelajar senior berkenaan sehingga mengalami bengkak serta luka di bahagian badan dan kaki,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 25-1-2022 09:27 AM
Loser nya kau nak.  Bertumbuk pasal perempuan, entah2 budak perempuan tu pun tak hingin kat korang.
Quote Hizert 25-1-2022 09:47 AM
Bodo piang! budak2 laa ni. Baru je kes di MRSM jadik bulan Dis taun lepas. Nak membesar dalam lokap gamaknya.
Quote Adrif 25-1-2022 04:46 PM
satu hari nanti, setiap kelas kat sekolah dengan kawasan terpencil seperti lorong2 tersembunyi kena install cctv

tak habis2 kes buli dari dulu sampai sekarang
Quote mdhelmi 25-1-2022 04:53 PM
selalunya yang tak puas hati sorang
bawa 2 3 member supaya boleh menang bertumbuk
yang baki lain2 tu semua mengisi masa lapang

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.217616 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top