CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punyalah Tunggu Panggilan Temu Duga, Rupanya Terhantar Kalendar Haid Ketika Mohon Kerja

25-1-2022 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1354| Komen: 0

Description: Seorang wanita yang tertunggu-tunggu panggilan temu duga selepas menghantar resume dikejutkan dengan berita tidak seharusnya berlaku.
Seorang wanita yang tertunggu-tunggu panggilan temu duga selepas menghantar resume dikejutkan dengan berita tidak seharusnya berlaku.

Lapor The Sun, Ashley Keenan menerusi Twitter menceritakan, dia tidak menyangka resume yang dihantarnya kepada beberapa syarikat sebenarnya merupakan kalendar tarikh haid.


Gambar hiasan

“Saya tidak akan lupakan kisah ini sampai bila-bila apabila ketika berusia 17 tahun, saya menghantar kira-kira 60 resume kepada beberapa syarikat untuk memohon pekerjaan.

“Namun, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh lama sebelum menyedari dokumen yang saya hantar itu bukanlah resume, sebaliknya kalendar haid,” katanya.


Hantaran yang dibuat gadis berusia 23 tahun itu mendapat perhatian pelbagai pihak dan kebanyakannya menyifatkan ia sebagai insiden melucukan.

“Terima kasih kerana membuat saya gelak hari ini. Saya berharap anda akan dapat tawaran kerja yang menarik selepas itu,” tulis seorang pengguna Twitter.

Seorang daripada pengguna media sosial yang merupakan majikan memaklumkan, dia juga sering menerima dokumen tidak sepatutnya bersama resume yang dihantar.

Katanya, perkara yang paling dia ingati adalah sijil kematian ahli keluarga calon pekerja.

Biarpun insiden itu sudah berlaku beberapa tahun lalu, Keenan kini boleh berbangga dengan dirinya apabila dia berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang perakaunan.

Wanita itu juga bekerja sebagai pengurus akaun di sebuah syarikat.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054191 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top