CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Terkesan Saja Tahu Betapa Azabnya Hidup" Wanita Kongsi Pengalaman Terima Dos Penggalak

25-1-2022 01:48 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6325| Komen: 69

Description: KUALA LUMPUR - Pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 kini mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan penyakit ...




KUALA LUMPUR - Pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 kini mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan penyakit kronik.

Walaupun ramai yang sudah mengambil dos penggalak tidak mengalami kesan sampingan yang teruk namun ada juga sesetengah penerima dos mendakwa sebaliknya.   

Menurut perkongsian seorang wanita di laman Facebook, wanita yang dikenali sebagai Rozita Arshad mendakwa dirinya mengalami kesan sampingan yang agak teruk selepas menerima dos penggalak.

Wanita tersebut mendakwa dia mula sakit kepala pada hari ketiga selepas menerima dos penggalak dan tekanan darahnya mula naik. Selain muntah-muntah, dia juga turut diserang sawan dan meracau.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan mendapat rawatan di sana. Selepas enam hari di hospital, Rozita dibenarkan pulang ke rumah. Namun kegembiraannya nyata tidak lama kerana dia mendakwa badannya semakin lemah walaupun luaran nampak sihat.

Tambahnya lagi, dia merasa pelik kerana dia sudah tidak mampu mengenal dan mengingat nama-nama benda seperti buah, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Selain itu, mata sebelah kirinya sudah mula menjadi kabur.

Loading FB Post...

Dalam posting terbaru beberapa jam lalu, Rozita memberitahu dia terpaksa memadam posting terdahulu walaupun dia merasakan posting itu ada kebaikan untuk semua. 

Loading FB Post...

Terdahulu, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga (penggalak) sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.


Menurutnya, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos ketiga itu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 25-1-2022 02:16 PM
Ini semua bukan sains. Oleh itu sain kontrak dan cucuklah agar anda diberikan bonus $700 yang memang sudah sedia milik anda.
Quote primarikey 25-1-2022 02:22 PM
manzilla replied at 25-1-2022 02:16 PM
Ini semua bukan sains. Oleh itu sain kontrak dan cucuklah agar anda diberikan bonus $700 yang memang ...

Semoga kisah ini tak kan mematahkan semangat para antuvaks untuk terus menadah bahu menerima dos2 yg ke seterusnya
Quote cmf_ctrl 25-1-2022 02:32 PM
ramai yang kena side effect tapi kecoh kat fb je la..media tak cover pun
Quote cmf_PariS 25-1-2022 02:33 PM
media takan berani punyalah... nnt kene ban dgn keyjehhhhh dan digi haram tu
Quote juruterra 25-1-2022 02:42 PM
forumers share la apa jd kat uols those yg sudah vaccinated. i AZ+AZ+pfizer, Alhamdulillah after 2 weeks i ok lg, future2 tak tau doa yg baik2
Quote lilacomot 25-1-2022 02:47 PM
iols bru nk amek booster pfizer ptg ni...sblm2 ni AZ..seram pulak bca org yg dpt side efek teruk2 ni...doakn iols ok
Quote babelina 25-1-2022 02:49 PM
aku cucuk mgu depan.. seram juga nie.. dlm ofc nie yg dh ambik booster.. kisah nya berlainan.. ada elok.. alhmdulillah.. sihat jer kecuali 1 hr mc sbb demam.. ada yg dh 3mgu pn still x sihat2.. bdn asyik nk megigil jer.. nk demam.. ada yg asyik sakit pala jer.. ada yg tgn sakit dekat 2 mgu.. cmna..
Quote ridz_wanz 25-1-2022 02:56 PM
Ayah saya terus 4 hari demam lepas kena booster AZ.. Sebelum ni Pfizer....
Quote slavehunter 25-1-2022 03:05 PM
primarikey replied at 25-1-2022 02:22 PM
Semoga kisah ini tak kan mematahkan semangat para antuvaks untuk terus menadah bahu menerima dos2  ...

Antuvaks akan kata, akak yang terbaring ni Exaggerating. Takda bukti scientific berkaitan ehemm ehemmm.

Salah akak ni sebab minum manis, makan Nasi kandar,tak exercise, gemok.

Ni semua ramalan Conspiracy.
Quote zidane_ziege 25-1-2022 03:16 PM
Tido dan makan secukupnya sebelum cucuk..jgn dgr anti vaksin..lepas cucuk kau rehat sehari dua kat rumah..Insya Allah ok
Quote zarulnazmi 25-1-2022 03:44 PM
Saya dah ambil 2 dos sinovac dan 1 booster pfizer. Siap sedia panadol takut demam setiap kali lepas suntik. Alhamdulillah. Takde pun kesan sampingan teruk. Setakat lengan yang disuntik rasa lenguh dua hari.
Quote Mooverine 25-1-2022 03:46 PM
juruterra replied at 25-1-2022 02:42 PM
forumers share la apa jd kat uols those yg sudah vaccinated. i AZ+AZ+pfizer, Alhamdulillah after 2 w ...



mak & adik saya dah booster last month..   AZ+AZ + Pfizer = adik demam kejap sehari pastu okay, mak okay so far so good.
bergantung dengan badan juga.. banyakkan rehat dan minum air

Quote adelea 25-1-2022 03:50 PM
juruterra replied at 25-1-2022 02:42 PM
forumers share la apa jd kat uols those yg sudah vaccinated. i AZ+AZ+pfizer, Alhamdulillah after 2 w ...

iols PF +PF +PF .. satu famili semua sama
rasanya vaccine ni ikut badan ...

mak aku kata aku jenis tak tahan kena vaccine
mmg akan demam

so aku mmg dah bersedia utk kesan2 tersebut ...

well mmg aku demam , sakit badan sakit kepala..
dah nama dia bende asing masuk dlm badan so mmg la akan ada effect

ada org takde effect lgsg,

tapi klu Allah nak jemput aku sbb vaccine ni aku redha
aku dah suruh mak ayah aku redha ..

aku ambik vaccine utk kebaikan aku and kuarga aku
dan juga utk colleague2 aku yg sekeliling ...

dah usaha dah tawakal
klu vaccine ni mmg genocide agenda
aku serah kat allah je la ..
Quote Belibis 25-1-2022 03:55 PM
manzilla replied at 25-1-2022 02:16 PM
Ini semua bukan sains. Oleh itu sain kontrak dan cucuklah agar anda diberikan bonus $700 yang memang ...

Ada efek tu la bagus.menunjukkan beksin telah mula berkenalan dan suai kenal dengan sistem imun badan..ko budak sastera mana faham bab sains.
Quote cmf_premierleag 25-1-2022 03:57 PM
juruterra replied at 25-1-2022 02:42 PM
forumers share la apa jd kat uols those yg sudah vaccinated. i AZ+AZ+pfizer, Alhamdulillah after 2 w ...

I dpt pfizer+pfizer+AZbooster
Lps booster terus demam panas 2 hari
Quote hareeeesah 25-1-2022 04:05 PM
Aku AZ+AZ+ PF alhamdulillah semua demam sehari & lenguh tangan ja. Tawakkal dgn izin Allah. All my fams boosted juga alhamdulillah semua baik dgn izin Allah juga..
Quote tungkai 25-1-2022 04:07 PM
Aku AZ+AZ+PF dah nak masuk 2 minggu. Takde rasa demam cuma badan jadi lemah. Sakit kepala kadang2 kat belah kanan/kiri/belakang. Sakit otot time nak bergerak dan jantung berdegup perlahan dlm 50-60 bpm. Tak berani nak buat aktiviti berat2..
Quote aireen24 25-1-2022 04:11 PM
AZ+AZ+AZbooster

sakit lengan je.
Quote silencekiller 25-1-2022 04:14 PM
Apa kata puak2 yang kununnn side effect kaaa kesan sampingan teruk separa mati ke hulu ke hilir ni buat satu NGO... kumpul data yang jelas daripada dok menyalak ke sana ke sini berdasarkan andaian semata2...

tidak sapa nafikan pun kesan sampingan tu... obat obatan pun ada kesan sampingan...  nak turun lawan pun tak berani.. nak kumpul data pun tak buat...tahu menyalak2 mcm anjing, tapi bukit tak runtuh pun..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.194946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top