CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Undang-undang Israel Baru Boleh Tangkap Budak 12 Tahun

24-1-2022 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1073| Komen: 8

Description: Undang-undang Israel yang diluluskan di Knesset iaitu Badan Perundangan Israel membenarkan pihak berkuasa ‘negara haram’ itu menahan penduduk Palestin seawal usia 12 tahun.Lapor al-Jazeera, polis Is ...
Undang-undang Israel yang diluluskan di Knesset iaitu Badan Perundangan Israel membenarkan pihak berkuasa ‘negara haram’ itu menahan penduduk Palestin seawal usia 12 tahun.


Lapor al-Jazeera, polis Israel mengguna pakai undang-undang tersebut demi kepentingan tertentu.


Kredit foto: al-Akhbar.com

Selain kanak-kanak sehingga umur 14 tahun mesti hadir ke mahkamah dalam tempoh 12 jam ditangkap, pihak polis juga berulang kali membuat permohonan kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan kanak-kanak tersebut.

Organisasi Adalah yang bertindak sebagai peguam kepada tahanan Palestin mendededahkan keadaan kanak-kanak yang ditahan sangat merisaukan kerana ada mangsa yang dijangkiti Covid-19 dan berdepan penderaan fizikal dan psikologi.


Peguam Shahda Ibn Bari menjelaskan, sekalipun tahanan dibebaskan, mereka menderita akibat ditahan serta mendatangkan kesan psikologi yang sangat teruk kepada kehidupan.

“Kanak-kanak diseksa semasa ditahan dan kami melihat banyak gambar kanak-kanak dicekik.

“Mereka turut diancam dengan menakut-nakutkan mereka supaya tidak menyertai sebarang protes,” katanya.

Menurut Shahda, peguam mengalami kesukaran untuk membela kanak-kanak bawah umur kerana agensi perisikan sering campur tangan dan mengetepikan sebarang keputusan mahkamah yang dibuat untuk membebaskan seorang kanak-kanak atas alasan keselamatan negara serta kesalahan yang didakwa akan diklasifikasikan semula.

Seramai 30 tentera Israel pernah memecah masuk sebuah rumah pada waktu awal pagi, semata-mata mahu menangkap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ekoran dituduh menghadiri protes membantah rampasan tanah oleh tentera Israel di wilayah Naqab.


Sumber: Utusan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-1-2022 02:12 PM
Kejamnya...semoga umah yisrail yg suka menyeksa kanak2 mati dlm keadaan terseksa
Quote nononcrux 24-1-2022 03:23 PM
moga petir sambung menyambung untuk memanah umat sekejam israel
Quote mbhcsf 24-1-2022 03:32 PM
ni hak asasi mane , mane suara suara itu? diam je kan?
Quote TeropongThaico 24-1-2022 05:14 PM
Makin takut rupanya deols dgn penduduk Palestine sampai dgn budak2 pun deols nak kacau. Buat malu je
Quote Decaffeinated 24-1-2022 08:49 PM
hantar saja ke Malaysia. Insya Allah di sini ramai yang sedia nak buat menantu.
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 09:33 PM
Awat tak tangkap teros yang umor 12 bulan??
Quote BartholomewKuma 24-1-2022 09:51 PM
Tu pun ada hat dok sokong jahanam ni lagi
Quote BartholomewKuma 24-1-2022 09:53 PM
Mai masuk penyokong yahudi kot dalam ni bagi sepatah dua kata. Aku nak baca sikit apa hampa nak habaq sokong pasai ni. Nak baca sikit modai apa hangpa nak pakai.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044546 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top