CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Mana Ada Kala Jengking Dalam Brokoli?

24-1-2022 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1231| Komen: 5

Description: Seorang wanita di Australia terkejut selepas menemukan seekor kala jengking hidup di dalam brokoli yang dibeli dari sebuah pasar raya tempatan.
Seorang wanita di Australia terkejut selepas menemukan seekor kala jengking hidup di dalam brokoli yang dibeli dari sebuah pasar raya tempatan.


Lapor portal UPI, Chloe Mitchell berkata, bapa mertuanya membeli brokoli tersebut dari pasar raya Aldi di Ulladulla di New South Wales.


Kredit foto: FB/News.com.au

Katanya, dia menemukan serangga berbisa itu ketika sedang menyediakan hidangan makan malam.

Menurut Mitchell, dia membasuh brokoli yang dibeli itu sebelum memotongnya.

“Saya memasukkan brokoli yang dipotong itu ke dalam alat pengukus.

“Ketika mahu mengambil beberapa potongan lagi, saya melihat sesuatu merangkak di atas papan pemotong.

“Saya panik lalu menjerit ketakutan setelah melihat serangga berbisa itu sehingga suami saya yang berada di ruang tamu terus berlari ke dapur,” katanya kepada 9News.

Mitchell berkongsi gambar penemuan serangga berbisa itu di halaman Kumpulan Aldi Mums di laman Facebook.


Gambar hiasan

Katanya, serangga itu menjadi agresif apabila dia dan suaminya cuba untuk menangkapnya.

Menurut Mitchell, akhirnya bapa mertuanya berjaya menangkap dan membuang serangga tersebut. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-1-2022 04:14 PM
Scorpion colour apa?
Quote exclusive_vvip 24-1-2022 04:19 PM
Scarynyer..6-7 tahun lepas,kejadian kat malaysia, ada video tikus ke cencurut tah, dlm brokoli…x silap org dok ckap kat midvalley..
Quote kucingitam 24-1-2022 05:27 PM
wuuu seramnya..dahla selalu beli brokoli
Quote FOTHER-MUCKER 24-1-2022 06:42 PM
Saya dari dahulu sehingga sekarang masih tidak faham kenapa dinamakan kala jengking!
Quote Samerosie 24-1-2022 06:49 PM
Dekat Aldi lagi.  Tak perasan ke masa pilih brocolli tu.  Kalau kat malaysia bila beli langsat kat tepi jalan yg baru petik, kadang2 ada sekali.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053258 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top