CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kelantan Makin Kelam, Wang Ihsan RM400 Juta Ke Mana?'

19-1-2022 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2762| Komen: 36

Description: Pemuda Amanah Kelantan menggesa kerajaan negeri memperincikan perbelanjaan menggunakan wang ihsan petroleum yang diterima daripada kerajaan pusat.
Pemuda Amanah Kelantan menggesa kerajaan negeri memperincikan perbelanjaan menggunakan wang ihsan petroleum yang diterima daripada kerajaan pusat.


Ketuanya, Hazmi Hassan mendakwa sehingga hari ini tiada sebarang penambahbaikan dibuat kerajaan negeri meskipun peruntukan telah disalurkan.


Kredit foto: FB

"Ke mana dan apa butiran serta perincian penggunaan selepas wang tersebut diperuntukkan?

"Hutan semakin musnah, air kekal ‘beronar’, peluang pekerjaan terus merudum seperti dulu dan harga barang makin mencanak naik.


"Adakah pimpinan PAS Kelantan menganggap wang ihsan tersebut adalah aurat sehingga ianya perlu disembunyi daripada pengetahuan rakyat?

"Apakah perancangan RM400 juta yang baru disalurkan itu dan apa yang sudah jadi dengan RM400 juta yang lepas? soalnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, dia berkata kerajaan negeri harus mengumumkan segala perbelanjaan dan perancangan berkaitan hasil yang diterima.

Terdahulu, bekas exco kanan Kelantan, Husam Musa juga menegur kerajaan negeri agar mereka menguar-uarkan perbelanjaan daripada wang tersebut.



Menggunakan peribahasa "bagai tikus jatuh ke genak (tempayan simpan) beras," bekas naib presiden Amanah itu mengingatkan agar wang royalti petroleum tidak disalahgunakan dengan bermewah-mewahan tanpa disumbangkan kepada rakyat.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini memaklumkan kerajaan Kelantan memperolehi peruntukan RM400 juta hasil daripada petroleum pada 2020 dan 2021.

Katanya, jumlah itu merangkumi lima peratus daripada hasil pengeluaran medan-medan pengeluaran minyak yang berdekatan negeri itu.

Pada 17 Jan lalu, kerajaan Kelantan pemberian itu - yang merupakan wang ihsan dan bukannya royalti - telah dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2020 dan juga 2021.

Dalam pada itu, Hazmi berkata wang tersebut perlu digunakan antaranya untuk menambah baik infrastruktur dan membantu anak muda dan peniaga yang terkesan pasca perintah kawalan pergerakan (PKP).

"RM 800 juta itu juga adalah hasil perjuangan rakyat Kelantan dan tidak adil bila mana kerajaan dapat peruntukan tersebut tetapi suara dan pendapat rakyat yang bersama berjuang dalam hal ini diketepikan," katanya lagi.

Selain RM400 juta yang diterima kerajaan sekarang, kerajaan Kelantan turut menerima RM400 juta secara 'one-off' daripada pentadbiran PH pada Disember 2019, namun tidak jelas sama ada ia berkaitan dengan royalti yang dituntut daripada kerajaan pusat atau tidak.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 19-1-2022 01:25 PM
"Adakah pimpinan PAS Kelantan menganggap wang ihsan tersebut adalah aurat sehingga ianya perlu disembunyi daripada pengetahuan rakyat?




hahahaha
Quote Orix 19-1-2022 01:41 PM
lepastu blame atok lg sebab kelantan x maju2
Quote naina 19-1-2022 01:47 PM
Set2 dio debe pada benda tak berfaedah. Patut benda2 Gini lah kita g gegar rumah2 lebai2 pas.
Memang nampak miskin dan mundur dari infrastruktur dan orang2 nya sekali. Kesian. Moga mereput didunia lah lebai2 pas ya..yang perjuangkan royalti rakyat tau. At least jalan raya tu bagilah smooth dan lebar. Ni sama je dari dulu. 10 tahun aku kawen dgn orang Klate balik kampung cmtu jugak jalannya. Pergi rumah nenek dari Kuala Krai ke kota Bharu pun berjam sebab jem. Cmne tak jem jalan lama. Takda highway.
Quote Thunderclouds 19-1-2022 02:01 PM
Sabaq tuan2. Lobai masih lg istikharah mohon petunjuk dr auloh mcm mna nk belanjakn duit tuhh..400jota bukan sikit tuan2. Nk bbelanja tu biar la smbil beroleh barokah. Yer dok?? Lamaaaaaaa.... lobai2 bdoa seblom dpt sedebok 400jota
Quote jas7512 19-1-2022 02:03 PM
Ntah2 buat beli keta2 utk mp...
Quote ifanonline 19-1-2022 02:08 PM
kebas duit ke kerajaan PAS? sama mcm kerajaan BN kebas duit?
Quote krustykrab 19-1-2022 02:30 PM
Thunderclouds replied at 19-1-2022 02:01 PM
Sabaq tuan2. Lobai masih lg istikharah mohon petunjuk dr auloh mcm mna nk belanjakn duit tuhh..400jo ...

Sebelum tu ahjom kita tukar kete dulu
Quote sharlenetexas 19-1-2022 02:32 PM
Doa ajelah kan bak kata nik abduh.

Quote lurve82 19-1-2022 02:56 PM
Dah rakyat negeri dia pun xkisah…agaknye la…
Quote putehh 19-1-2022 03:26 PM
air..kt rumah kg tiba2 ada masalah air....bgtau air kelantan..katanya budget dh habis..masa ni bulan 10...solutionnye akan ada lori hantar air 2 kali seminggu...tu pn ayah aku keno call bila sampai masa ..sbb byk tempat lori tu nk kene hantar air....klu mak ayah aku je kt kg cukupla..klu anak cucu balik..mana ckup...sudahnye ayah aku pasang pam air.....
..kalau nak tunggu budget baru bulan 2 thn ni..tu pn kalau budget sempat....sbb byk sgt rumah masalah air
Quote tripleid 19-1-2022 04:12 PM
Quote Firenzza 20-1-2022 07:27 PM
putehh replied at 19-1-2022 03:26 PM
air..kt rumah kg tiba2 ada masalah air....bgtau air kelantan..katanya budget dh habis..masa ni bulan ...

Aritu bkn ke lobai dh ckp masalah air kelate kena tggu 40 thn lg baru setel
Quote .HannahMontana. 20-1-2022 07:29 PM
politik penjajah yang memecah-belahkan Melayu


cina ada china

india ada india/sri lanka

Melayu yang xboleh lari kemana ...jadi berjuanglah

kerana ahli politik hanya isap darah dna mentakedarah harta marhaen ,harta rakyat

mewah hidup walau hanya jaid menteri 22 bulan
Quote zidane_ziege 20-1-2022 07:30 PM
Padan muka kena kencing dgn umno
Quote kitmal 20-1-2022 09:20 PM
kena kencing lagikah???
Quote naina 20-1-2022 09:28 PM
Jangan undi pas lagi. Please anak muda bangkit lah.
Quote besi_kelabu 20-1-2022 10:21 PM
harap2 nik amar tak naik jadi mb. dulu masa jadi ketua pibg sekolah aku sendu je speech nya. mcm takde wawasan audiens pun jadi bosan, last2 dia sendiri cakap 'saya taknak cakap banyak sbb nampak semua orang bosan...' mak aku cita nik amar ni org lantik itu ini sbb kapasiti dia sbg anak tokoh alim ulama yang disegani di kelantan suatu ketika dulu..
Quote orion_pax 20-1-2022 10:34 PM
Jeming,…jeming..mu jange tanyo banyok ko kerajae pas..mu tok napok ko keto macedih baru tuh?..pahtu wak baya naik gaji geng exco ngan adun..dohla buleh tunggakan gaji….rakyat?..gi mapuh laaaaa..carro apo ko rakyat..hok peting skali, ini semua salah DAP…
Quote dua_chzy 20-1-2022 10:36 PM
Eh, PAS dah jadik macam Mngok yang dikutuk2 PAS selama berpuloh tahun tu ka?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.087952 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top