CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ada Ke Patut Samakan Sakit Nak Beranak Dengan Masa Buat Anak Dengan Suami?

19-1-2022 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2165| Komen: 8

Description: Semua wanita hamil yang bakal melahirkan pasti berdepan pelbagai ragam dari jururawat.
Semua wanita hamil yang bakal melahirkan pasti berdepan pelbagai ragam dari jururawat.

Biarpun ditegur dengan agak ‘pedas’, ibu-ibu akan cuba bersabar agar pemeriksaan kandungan mereka berjalan tanpa sebarang masalah.



Kredit foto: TikTok/Google

Inilah yang terjadi pada seorang ibu, di mana beliau berkongsikan kisahnya di platform TikTok ketika berdepan perangai seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kandungannya.

Wanita ini mengakui berasa amat kecewa ketika berurusan dengan jururawat atau pegawai kesihatan yang didakwa bermulut ‘laser’.


"Sabar jelaa ibu-ibu yang pernah kena macam ni. Tak faham aku dengan sesetengah orang ni. Langsung tak rasa simpati sikit," tulisnya.



Video yang dikongsikan mendapat perhatian ramai terutamanya di kalangan ibu-ibu.

Susulan itu, wanita tersebut sempat membalas respons seorang ibu lain yang diperli jururawat serta menganggap hal tersebut agak keterlaluan apabila sudah menyentuh perihal hubungan suami isteri.


Kredit foto: TikTok

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet melepaskan geram dengan berkongsikan pengalaman masing-masing ketika berdepan situasi serupa.


Sumber: BeautifulNara/Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-1-2022 12:57 PM
Ada lg ka misi yg pakai ayat basi mcm ni?? Rata2 3x bunting & bsalin suma berurusan di kk & sepital gomen merata negeri k sbb i xleh miss appointment (hari raya pn misi kna attend hokeyy) sbb sticker buku pink tu kaler merah, molek2 ja staf nya dr bwh smpai ataih layan. Pngalaman i larr...misi2 ngn doc pn kalo bukan sebaya lg muda sisturr ya tua2 dah.
Quote pinggan 19-1-2022 01:26 PM
Amboi mulut. Mmg xnak masuk syurga kekdahnya. Hahahaha
Quote Gomea 19-1-2022 04:10 PM
Alhamdulillah sepanjang aku mengandung dan bersalin jumpa misi2 yg baik2.
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:50 PM
Jenis cakap lepas tak sesuai kerja disitu
Quote zuri154 21-1-2022 06:36 PM
Alhamdulilah nurse & dokter kerajaan yg aku jumpa baik2 sepanjang aku check up kt KK masa aku pregnant dulu. Tiga2 anak aku, aku check kt KK. Dorg cuma bebel2 bila aku salah kira tendangan baby yg suruh  tick kt buku pink tu. Siap nasihat jgn miss dtg check up aku & anak2 aku dulu. Rezeki masing2 dpt layanan baik dari org lain
Quote Suchi 21-1-2022 08:22 PM
Edited by Suchi at 21-1-2022 08:23 PM

Kenapa iols tak penah pun jumpa misi ckp gini maybe sbb iols jenis behave dan dengar kata kot

Tp iols penah dengar misi n doc tengking kuat2 kat patient yg memekak masa nak beranak.
Hah yg ni mmg selayaknya yaa sbb dr awal dia asik memekak sampai iols yg tgh tahan sakit kontraksi kat sebelah pun terganggu.
Org lain semua diam2 je sambik selawat takde bunyi apa pun
Yg dia menjerit terlolong kuat gila apa lagi taktaula misi ke doc tengking dia suh diam, suh sabar sbb bulan puasa time tu.

Kuat gila ok kena tengking tu la lain kali bawak2 la bertenang, beranak mmg sakit tp jgn bazirkan tenaga terpekik terlolong sampai mengganggu patient kat ruang sebelah bagai.
Bila  bukaan dh penuh tu mmg kita akan jd tak tentu hala seolah2 nak terkeluar sgt2 dh tp tak perlu pun jerit2 bg iols ni laa part paling semangat sbb baby dh nak kuar dh so kena happy dan meneran dgn betul.
Quote faraway1 21-1-2022 09:24 PM
Ok mungkin yang kena tu jenis mulut jahat menulis entah apa apa di Facebook bila komen...

Ialah bukan semua orang kena camni.

Pengalaman sendiri, semua nurse doctor bebaik sangat..

Quote Supersirap 21-1-2022 10:49 PM
Percakapan kita ni menunjukkan true color kita tau

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.058634 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top