CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditinggalkan Ibu Bapa Sejak Kecil, Gadis Muslim Ini Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh Oleh Ibu Angkat Cina

17-1-2022 01:42 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2166| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Description: Rohana ditinggalkan di tadika dua puluh tahun yang lalu kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Sumber: Twitter Aweeff

Rohana ditinggalkan di tadika dua puluh tahun yang lalu kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia. 

Menerusi perkongsian oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Aweeff di Twitter, cerita tentang Rohana telah menarik perhatian netizen. 

Mari kita sama-sama ikuti kisah Rohana dan Hoi Lan yang telah menyentuh hati rakyat Malaysia. 

Sumber: Twitter Aweeff

Waktu itu, usia Rohana Abdullah baru dua bulan namun kerana kebaikan hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang. Wanita itu ialah Chee Hoi Lan. 

Dia merupakan seorang guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai cleaner dan mengenangkan nasib bayi terbabit selepas ibunya terpaksa pulang ke Indonesia, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.

Hoi Lan berkata, dia sedar perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana sebagai seorang Muslim dan tidak kisah menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).


Selain itu, Hoi Lan juga akan memastikan Rohana belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.

"Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.

"Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila," 

 "Saya tahu ada benda yang dia tidak boleh makan. Saya tahu ada masanya dia perlu solat dan itu langsung tidak menjadi masalah.

"Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama," katanya.

Sumber: Twitter Aweeff

Rohana yang kelihatan sayu sepanjang sesi temu bual bersama Harian Metro berkata, dia akan terus menyayangi ibu angkatnya yang mesra dipanggil laoshi (cikgu dalam bahasa Mandarin) itu walaupun selepas dia membawa haluan sendiri sekarang.

Kata Rohana, ibunya merupakan seorang warga Indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang menghilangkan diri selepas dia dilahirkan.

"Cuma sekarang ini saya berdepan masalah status kewarganegaraan. Saya faham kerana ibu warga Indonesia dan bapa pula menghilangkan diri sejak saya kecil. Jadi amat sukar untuk saya membuat apa-apa kerana saya tiada dokumen yang sah. Saya tidak dapat sambung belajar, saya tidak dapat bekerja kerana dianggap orang luar" 

"Saya ada memohon taraf kewarganegaraan pada 2016 dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

"Jadi saya dan laoshi berjumpa dengan Gulam Muszaffar yang kebetulan anak muridnya pada 1980 untuk meminta bantuan dalam isu ini,".

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga urusan Rohana untuk mendapatkan status kewarganegaraan dipermudahkan dan semoga hajat Hoi Lan untuk melihat anaknya berkahwin, bekerjaya dan bahagia tercapai tidak lama lagi.  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jijoli 17-1-2022 02:43 PM
Terbalik dah kalau dulu ramai Cina terutama perempuan jadi anak angkat melayu sebab keluarga tak mau/ tak berkemampuan, moyang aku sendiri ada dua anak angkat cina sebab kes MCM ni lah
Quote Artemesiaa 17-1-2022 05:08 PM
Bertuah dia dapat ibu angkat yang baik dan bertanggungjawab
Quote intan244 17-1-2022 09:06 PM
comel Rohana ni. mak angkat dia moga dapat hidayah sebelum meninggal.
Quote kucim 17-1-2022 09:09 PM
Terharu baca..sebenarnya dlm dunia ni masih ada manusia yg tulus budinya cuma mata kita saja yg tak melihat
Quote gideoncross 18-1-2022 12:30 PM
kucim replied at 17-1-2022 09:09 PM
Terharu baca..sebenarnya dlm dunia ni masih ada manusia yg tulus budinya cuma mata kita saja yg tak  ...

Sbb org mcm Neelofa & PU Riz je yg dpt limelight.
Quote putput 18-1-2022 02:26 PM
intan244: comel Rohana ni. mak angkat dia moga dapat hidayah sebelum meninggal.


tak payah la tukar agama bagai. dia bagui gini pun kerna pegangan kepercayaan dia sekarang
Quote cucuq 18-1-2022 04:51 PM
Sure ke bapak die warganegara msia? Ade info x psal bpak dia? Kahwin dgn mak die register x?
Quote imransulaiman 18-1-2022 04:54 PM
intan244 replied at 17-1-2022 09:06 PM
comel Rohana ni. mak angkat dia moga dapat hidayah sebelum meninggal.

Aaamiin ya Allah....
Quote MissVixen 18-1-2022 06:49 PM
Sooo??? dah tular ni.. ramai simpati senang nak dapat warganegara??? Senang2 je bangsa trisna ni mencret di sini dan nak minta warganegara. Bapak si perempuan ni pun indon agaknya.
Quote downiey 19-1-2022 03:22 PM
MissVixen replied at 18-1-2022 06:49 PM
Sooo??? dah tular ni.. ramai simpati senang nak dapat warganegara??? Senang2 je bangsa trisna ni men ...

keennnn.lpas ni ramai la nk mntk wrganegaraa jugak,..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.127650 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top