Isu anak merupakan perkara yang sangat sensitif dalam sesebuah rumah tangga. Terlewat mendapat anak adalah perkara yang cukup sensitif untuk dibincangkan. Hati boleh gusar dan marah apabila soalan sebegitu sering dilontarkan oleh orang sekeliling kerana jawapan rezeki anak ini bukan di tangan kita. Semuanya bergantung pada rezeki Allah. Perkongsian lelaki yang dikenali sebagai ikarbertweet di Twitter adalah benar. Dalam rumahtangga, kita tak boleh hanya menyalahkan si isteri apabila kita lambat mendapat zuriat. Baik suami dan isteri, kedua-duanya memainkan peranan yang besar dalam menentukan isteri yang hamil. Pun begitu, semuanya bergantung pada ketentuan Allah. Jadi sebagai suami, kawan dan saudara mara jangan hanya menuding jari dan meletakkan beban itu kepada isteri. Menjadi satu kebiasaan apabila berkahwin, kita mesti mahukan zuriat sebagai waris penyambung nasab kita tapi Allah tak janji bila dah kahwin, automatik kita akan dapat zuriat. Dan tidak dinafikan, anak adalah pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna tetapi tidak semestinya tanpa anak, hubungan suami isteri hambar dan tidak bahagia. Namun, soalan bila hendak mendapat zuriat merupakan persoalan yang sangat menyentuh hati sehingga membuatkan mereka yang masih belum mempunyai zuriat terasa apabila ditanya soalan ini. Tapi jangan sesekali kita salahkan isteri jika belum ada anak. Sebabnya? Lelaki tidak semestinya subur walaupun ada sperma, walaupun sihat dan zakar boleh berfungsi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ia sesuatu yang subjektif. Banyak perkara yang berkait rapat dan saling berkaitan dengan kesuburan seseorang seperti pemakanan, gaya hidup dan tahap kesihatannya. Inilah tabiat stereotype masyarakat kita dan makcik-makcik bawang zaman kini. Kalau lambat dapat anak, mesti isteri yang salah, kalau tak dapat anak, isteri mandul, seolah-olah punca utama ini datang 100% dari isteri sahaja. Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya berpotensi mengalami masalah kesuburan. Dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, jangan ego, jangan malu, jangan salahkan isteri dan jangan bergaduh menuding jari. Perkongsian ini menerima hampir 21 ribu tweet semula dan disokong oleh kebanyakan pengguna Twitter: Jika suami isteri subur dan tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki ini kepada kita. Allah akan bagi rezeki pada orang usaha, perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserahNya. InsyaAllah, rezeki itu akan datang tidak lama lagi. -CARI |
WeAiNe: hahaha gelak dulu... bini subu ...
WeAiNe replied at 17-1-2022 03:49 PM
hahaha gelak dulu... bini subur tak ada masalah, laki yang problem sperma bermasalah, tapi ego giler ...
WeAiNe replied at 17-1-2022 03:49 PM
hahaha gelak dulu... bini subur tak ada masalah, laki yang problem sperma bermasalah, tapi ego giler ...
Megikari replied at 18-1-2022 06:14 AM
Puas pulak hati baca kisah camni. Boleh imagine ex laki dgn mil dia punya besar malu tu kahkahkah ...
Kitty_catz replied at 18-1-2022 07:31 PM
haaa sebijik citer my kezen
pumpang2 bini kena kecam berjemaah sampai kena cerai.. alih2 kawen sek ...
fairy_fairy replied at 18-1-2022 10:55 PM
Eh, macam sama cerita dengan someone I know. Tiap kali ada kenduri tak sah kalau sheols tak nangis ...
kelip2_07 replied at 20-1-2022 10:06 AM
pegi mati lah ngan mulut org..sibuk nk mengatur umahtgga org..bila cerai slh pompuan..bl xdpt ank pn ...
nsagb replied at 20-1-2022 10:05 AM
Makcik pakcik blh laki iolss pun sibukk tanya bila nak ada baby weollss baru setahun kahwin...yg cou ...
babelina replied at 19-1-2022 11:03 AM
sedih nya dgr citer nie.. aku pn 3thn kawin xde ank lg.. sebaik belah mentua tu selalu ckp nie rezki ...
WeAiNe replied at 22-1-2022 11:29 AM
percayalah ada je isteri2 yang kawin tiada anak dan suami bermasalah ni sebenarnya dia ok je boleh ...
WeAiNe replied at 22-1-2022 11:38 AM
den share cite bonar ye......someone i know dapat 1st baby boy waktu usia perkahwinan mereka 20 t ...
WeAiNe replied at 22-1-2022 11:30 AM
tak habis mengira 1-10 dah tamat.......bluwekksssssssssssssss
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050523 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.